Couple Day Out | Macam Biasa, Planning Ke Laut - Cahaya Hayati

23 Oct 2020

Couple Day Out | Macam Biasa, Planning Ke Laut

Couple Day Out. Halah halah tetiba hari ni gedik nak update moment dating dengan encik suami.. Dating pergi cari hadiah birthday encik suami sebenarnya. Tak tahu nak beli apa sebenarnya sebab tulah ajak dia keluar cari barang yang dia nak. Sian dia sebab dapat bini yang tak tahu nak beli apa kat suami. 


First tempat yang CH cadangkan adalah design village sebab encik suami kata nak cari kasut. Dari satu butik ke satu butik tak jumpa juga jenis kasut yang di cari. Haru sungguh. Then, cakap kat suami tak jumpa kat sini, nanti balik kita singgah sport direct dekat tesco Seberang Jaya. Settle bab kasut. CH suruh la dia beli jeans sehelai dua... Non hado size pula. huhu... So, satu benda pun tak beli kat sini. 





Penat pusing Design Village tu, kami lepak minum kopi dekat Starbuck. Hilang dahaga dan penat, baru gerak ke Tesco Seberang Jaya. 


Otw ke Tesco Seberang Jaya, encik suami kata jom kita singgah Mitsubishi Bukit Mertajam untuk test drive Xpander. Sekali, outlet Mitsubishi kat Bukit Mertajam tengah renovate. Dari Bukit Mertajam, kami ke outlet Mitsubishi di Butterworth pula. Rupanya, Xpander tak sampai lagi untuk test drive. Harga pun tak tahu lagi berapa sebab Mitsubishi baru lancarkan Xpander untuk media saja. Habiskan masa tengah jalan saja. Takpelah janji dapat spend quality time dengan encik suami.


Lepas frust sebab tak dapat nak test drive Xpander, kami terus ke Tesco Seberang Jaya. Nasib baik ada kasut yang di cari. Ni ha kasut aka sandal untuk aktiviti lasak.. 


Hahaha... Tu sajalah cerita dating kami. 


1 comment:

  1. Seronoknya dating. Kami bilalah nak keluar dari pkpb hihihiii.

    ReplyDelete