Buat Sendiri Sizzling Yee Mee Kegemaran Anak-Anak. Assalamualaikum wbt & hello October! Bila anak-anak makin besar, makin pandai depa request nak makan tu nak makan ni... Tapi bila setiap kali keluar makan kat luar, depa dok request makanan yang sama ja iaitu Sizzling Yee Mee. Bila dah asyik request menu yang sama ja mestilah CH perasan yang mereka suka makan. Jadi lebih baik la CH buat sendiri dan anak-anak boleh makan banyak.
Buat Sendiri Sizzling Mee Kegemaran Anak-Anak
Resipi Sizzling Mee ni CH belajar dengan mak saudara suami. Siap praktikal buat step by step lagi. Terima kasih Mama atas tunjuk ajar.
Belajarnya dah lama tapi baru-baru ni saja yang CH buat.. Nasib baik resipi yang di turunkan tu CH masih ingat. Alhamdulillah, Sizzling Mee CH menjadi.
Sizzling Yee Mee |
Resipi Sizzling Yee Mee Mudah dan Sedap |
Resipi Sizzling Mee Mudah Dan Sedap
Bahan:
1 bungkus yee mee
1/2 kg ayam - di potong kecil ( saiz ikut suka)
10 biji cendawan shitake - rendam sehingga lembut dan dibelah 2
10-15 biji chicken ball - di belah 2
6-10 ulas bawang putih - di cincang halus
2 cm halia - dihiris
2 ketul kiub pati ayam
3-5 sb kicap manis
3-5 sb sos tiram
2sb kicap pekat - takde pun takpe. Cuma kuah nanti tak hitam macam kat kedai la
1sb lada hitam tumbuk/ serbuk
5-8 biji cili kering - di potong 2. Letak sikit if taknak pedas. CH tak letak.
Tepung jagung secukupnya.
Garam secukupnya
Minyak secukupnya
air secukupnya
6 biji telur
1 ikat sawi / pak choi
Caranya:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi dan sedikit garing. Masukkan ayam dan gaul rata.
Tambah halia dan lada hitam. Gaul rata sehingga ayam separuh masak.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, kiub ayam, cendawan shitake dan garam secukupnya. Biarkan sehingga mendidih atau sehingga ayam masak.
Tambah cili kering. Gaul rata.
Bancuh tepung jagung dengan air. Masukkan dalam kuah. Gaul rata sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah tidak pekat macam kat kedai, tambah bancuhan tepung jagung lagi sehingga mendapat kepekatan yang kita mahukan.
Dah siap kuah.
Bila nak makan, panaskan kuah dalam kuali kecil yang lain sehingga mendidih. Masukkan yee mee dan sayur sawi. Biarkan sehingga yee mee lembut dan sayur separa masak, masukkan telur. Biarkan telur separa masak.
Angkat dan hidangkan dalam pinggan.
selamat mencuba uolls!
SA baca resepi macma senang jer...nampak sedap..boleh dah buat sendiri
ReplyDeleteSizzling mee ni memang sedap, makan time panas. Kalau buat sendiri lagi puas hati. Boleh pilih bahan yang disukai. Bersih lagi.
ReplyDeleteanak2 ammi pun suka.
ReplyDeletelagi best kalau letak sayur sawi
bestnya! kalau saya cuba buat jadi ke ek? takutt..hehe
ReplyDelete