Tonton Online Drama Hati Yang Tersakiti | Kisah Kecurangan Rumah Tangga - Cahaya Hayati

28 Oct 2020

Tonton Online Drama Hati Yang Tersakiti | Kisah Kecurangan Rumah Tangga

Drama ini mengisahkan mengenai Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT).

Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.

Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya. Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.


Tonton Online Drama Hati Yang Tersakiti | Kisah Kecurangan Rumah Tangga, ost drama hati yang tersakiti, drama hati yang tersakiti, hati yang tersakiti
Tonton Online Drama Hati Yang Tersakiti | Kisah Kecurangan Rumah Tangga


Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.

Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya. Di sinilah bermulanya kecurangan dalam rumahtangga yang bahagia


Tonton Online Drama Hati Yang Tersakiti | Kisah Kecurangan Rumah Tangga




Layan juga OST Drama Hati Yang Tersakiti. Ost ni sangat sesuai dengan jalan cerita drama ini.. Jom layanzz.


No comments:

Post a Comment