Tonton Drama Patahnya Sebelah Sayap Full Episod 1 Sehingga Akhir - Cahaya Hayati

29 Oct 2020

Tonton Drama Patahnya Sebelah Sayap Full Episod 1 Sehingga Akhir

Tonton Drama Patahnya Sebelah Sayap Full Episod 1 Sehingga Akhir. Drama patahnya sebelah sayap ini merupakan drama tahun 2016 yang diulang tayang semula di Unifi TV. So, CH pun tertengok dan terlayan sampai akhir episod. Bagi CH drama ini banyak memberi pengajaran kepada kita antaranya nak berkorban kepada orang yang disayangi biarlah berpada-pada jangan sampai makan diri, nak menghukum jangan melulu sampai tersalah hukum, bila jatuh, bangun semula dan berusaha sehingga berjaya dan banyak lagi. So, korang kena tonton sendiri drama Patahnya Sebelah Sayap Full Episod 1 Sehingga Akhir. 


Drama ini merupakan lakonan Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Normah Damansuri, Neera Azizi, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Mili, Arash Mohd, Faiz Hak, Zainab Othman. 


Tonton Drama Patahnya Sebelah Sayap Full Episod 1 Sehingga Akhir


Mengisahkan Alisha, seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar. Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.


Tonton Drama Patahnya Sebelah Sayap Full Episod 1 Sehingga Akhir, drama patahnya sebelah sayap, patahnya sebelah sayap full episod, tonton online,
Tonton Drama Patahnya Sebelah Sayap Full Episod 1 Sehingga Akhir



Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.


Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.


Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi, suami kepada mangsa langgar lari Amzar.


Nak tahu kisah lanjut, korang tonton melalui link di bawah :


[EPISOD 1] [EPISOD 2][EPISOD 3] [EPISOD 4][EPISOD 5] [EPISOD 6][EPISOD 7] [EPISOD 8][EPISOD 9] [EPISOD 10][EPISOD 11] [EPISOD 12][EPISOD 13] [EPISOD 14][EPISOD 15


Selamat menonton uolls!

No comments:

Post a Comment