Sambut Birthday Octoberian Di Kambin Cafe. Assalamualaikum wbt & hi korang. Kalau korang dah lama follow CH, korang tahukan bulan october merupakan bulan yang paling ramai dalam family CH lahir termasuklah husband, MIL dan anak nombor 2 CH. Kali ini kami join mak saudara suami yang mahu sambut hari lahir anaknya di Kambin Cafe. Lagi ramai lagi meriahkan..
Sambut Birthday Octoberian Di Kambin Cafe
|
Sambut Birthday Octoberians Di Kambin Cafe |
Memula kami cadang nak ke Halab tetapi mak saudara suami kata depa dah pernah pi.. So, kami follow cadangan depa ke Kambin Cafe. First time dengar nama dan first time juga nak ke sana... Nak tau apa yang best di Kambin Cafe ni, baca sampai habis tau. Hihi..
Kambin Cafe ni terletak di hadapan pintu masuk Penang Contingent Police Headquarters. Kafe ni juga dekat dengan Mydin Georgetown. Walking Distance saja orang kata...
Di Kambin Cafe ini kami order....
|
Nasi Kambing
|
|
Tuan tanah tumpang lalu..
|
|
Chicken chop tambah nasi...
|
|
Lamb Shank tambah nasi... |
|
zoom in sikit... |
|
model jalan-jalan cari makan... |
|
Mixed grill... |
Dah selesai makan, barulah potong kek... satu kek untuk Octoberians. Kek kali ini dari Secret recipe. Pilihan kek pula adalah Chocolate Chip Walnut. Serius sedappp.
Inilah Octoberians yang sambut beday tu... Happy birthday semua. Semoga murah rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa di bawah rahmatNya.
Kasi can tuan tanah nak suap 2 hero kesayangan.
Itu saja cerita tentang sambutan birthday Octoberians di Kambin Cafe.
Untuk makanan dan minuman di Kafe ni, CH bagi 5 bintang sebab semuanya sedap-sedap belaka. Portion pun banyak... Kalau jenis makan sikit better kongsi ataupun ambik mixed grill.
Service pun pantas. Tak sempat nak rasa bosan makanan dan minuman dah sampai... sangat recommended untuk korang makan di sini.
Kafe ini buka dari Isnin sehingga Sabtu dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Ahad tutup. Berikut adalah alamat Kafe ni..
Kambin Cafe
14, Lebuh Dickens, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
016-446 4619
Meriah sungguh sambut birthday Oktoberians! Kek SR tu memang sedap sangat!
ReplyDeleteHb oktoberian
ReplyDeleteMeriah sambutannya