Resipi Sambal Paru Mudah Dan Sedap - Cahaya Hayati

25 Oct 2020

Resipi Sambal Paru Mudah Dan Sedap

Resipi Sambal Paru Mudah Dan Sedap. Assalamualaikum wbt & happy weekend uolls. Masak apa hari ini? Semalam CH masak sambal paru mudah dan sedap. 


Sambal paru ni favorite suami dan MIL. Semalam CH ke kedai frozen, Kebetulan masa CH pergi tu stok paru frozen baru sampai. Apalagi, CH terus ambil la sebab dah lama tak masak sambal paru. 


Resipi Sambal Paru Mudah Dan Sedap, sambal paru, sambal kelempung, paru masak sambal, resipi paru mudah dan sedap, paru, paru berlado, kelempung,
Resipi Sambal Paru Mudah Dan Sedap


Paru atau kelempung ni CH suka buat sambal, rendang dan gulai. Untuk gulai dan rendang tu CH campur dengan daging rincik atau tetel.  Alahai sambil type entry ni pun dah terbayang -bayang paru yang siap masak dan dimakan dengan nasi panas..


Tak nak bebel panjang-panjang, nah resipi sambal paru untuk korang. Makan dengan nasi lemak pun sedap..


Resipi Sambal Paru Mudah Dan Sedap


Resipi Sambal Paru Mudah Dan Sedap, sambal paru, sambal kelempung, paru masak sambal, resipi paru mudah dan sedap, paru, paru berlado, kelempung,
Sambal paru mudah dan sedap


Bahan Untuk Rebus Dan Goreng Paru: 

1/2 paru 

2cm halia

1 batang serai

Garam secukupnya

Kunyit secukupnya

Minyak untuk menggoreng


Caranya: 


Bersihkan paru. 

Masukkan semua bahan dan rebus sehingga paru lembut. CH rebus guna rice cooker selama 1 jam.

Angkat dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk, hiris mengikut ketebalan dan kepanjang yang korang nak.

Gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga separa garing. 

Angkat dan ketepikan. 


Bahan Sambal


3 sb cili kisar

2 biji bawang besar - kisar

4 ulas bawang putih- kisar

2 cm halia- kisar

1 batang serai - diketuk

1sb sos cili

2 sb sos tiram

2 sb kicap

1 keping asam gelugor

1 biji bawang holland - dipotong separa bulat

Gula secukupnya

Garam secukupnya

Minyak secukupnya


Caranya: 

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak. 

Masukkan asam keping , sos cili, sos tiram dan kicap manis. Gaul rata. Biarkan mendidih sebentar untuk satukan rasa. 

Jika masih kurang masin dan manis, tambah garam dan gula secukupnya. 

Masukkan bawang holland. Gaul rata. 

Masukkan paru yang telah di goreng separa garing. Gaul rata.. biarkan mendidih sekejap. 

Angkat dan hidangkan dengan menu yang lain. 


Selamat mencuba uolls.


No comments:

Post a comment