Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Menyebabkan Makan Nasi Bertambah - Cahaya Hayati

29 Oct 2020

Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Menyebabkan Makan Nasi Bertambah

Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Menyebabkan Makan Nasi Bertambah. Assalamualaikum wbt & salam Maulidur Rasul. Hari cuti maka banyaklah urusan rumah yang nak kena tengok. Dari laundry sehinggalah ke bab membersih dan mengemas rumah. Semua nak kena tengok dan buat. Makanya kita masak menu yang mudah dan sedap tapi boleh menyebabkan makan nasi bertambah. Menu tersebut adalah daging masak kicap. Sambil buat kerja pun korang boleh masak. hihi


Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap, daging, resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap, daging masak kicap, mudahnya masak daging, sedapnya daging, sedapnya daging masak kicap, menu sahur sedap, menu iftar paling disukai, resipi daging untuk sahur, resipi daging masak kicap kegemaran keluarga, resepi daging masak kicap mudah dan sedap
Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Menyebabkan Makan Nasi Bertambah


CH jarang masak daging sebab CH kalau makan daging terover sikit mesti sakit kepala. Tak tahu kenapa tapi perasan perkara ni sejak remaja lagi. Bila selalu sangat sakit kepala, terus berhati-hati nak makan. CH dah check, sakit kepala bila makan daging ni bukan sebab darah naik. Tekanan darah normal saja tapi dia rasa berdenyut-denyut sampai kena makan paracetamol baru lega. So, sampai sekarang CH tak pasti sebab apa. Jadi bila teringin sangat-sangat baru CH makan atau masak. 


Itu cerita tentang CH tetapi daging merupakan favorite suami, MIL dan anak-anak CH. Diaorang makan takde masalah apa. 


Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap, daging, resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap, daging masak kicap, mudahnya masak daging, sedapnya daging, sedapnya daging masak kicap, menu sahur sedap, menu iftar paling disukai, resipi daging untuk sahur, resipi daging masak kicap kegemaran keluarga, resepi daging masak kicap mudah dan sedap
Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap


Oklah tak nak membebel panjang-panjang sebab CH masih ada senarai panjang yang nak kena buat. Kongsi dengan korang, resipi daging masak kicap mudah dan sedap yang menyebabkan makan nasi bertambah. Selamat mencuba uolls!



Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Menyebabkan Makan Nasi Bertambah



Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap, daging, resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap, daging masak kicap, mudahnya masak daging, sedapnya daging, sedapnya daging masak kicap, menu sahur sedap, menu iftar paling disukai, resipi daging untuk sahur, resipi daging masak kicap kegemaran keluarga, resepi daging masak kicap mudah dan sedap
daging masak kicap


Bahan:

1kg daging lembu batang pinang - dihiris nipis
2cm halia - diracik
1 biji bawang holland - di potong separa bulat ( optional)
3 ulas bawang putih - diracik
1/2 biji bawang besar - dipotong separa bulat
1 biji tomato - di belah 4/6
5sb kicap manis
2sb sos tiram
1sk lada hitam
3-5 biji cili padi - di belah 2
1 biji cili besar
1 btg kulit kayu manis
garam secukupnya
kunyit secukupnya
minyak secukupnya
air secukupnya


Caranya:

Gaul daging dengan kunyit dan halia. Perap selama 15 minit. 

Panaskan kuali dan masak daging yang telah diperap sehingga empuk. ketika masak daging, boleh tambah air sehingga menutup daging. Biarkan sehingga daging benar-benar empuk dan kering air. Tips supaya daging cepat empuk, korang tutup kuali dengan penutup dan buka sekali sekala untuk check daging dah empuk atau belum. 

Bila daging dah empuk dan air dah kering, masukkan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan kulit kayu manis sehingga wangi. 

Tambahkan sos cili, sos tiram,sos tomato dan kicap manis. Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air. 

Masukkan tomato, cili besar dan bawang holland. Gaul rata dan biarkan sehingga bawang holland sedikit layu.

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas. 

No comments:

Post a comment