7 Tips Mudah Dapur Bersih Dan Kemas - Cahaya Hayati

6 May 2020

7 Tips Mudah Dapur Bersih Dan Kemas

7 Tips Mudah Dapur Bersih Dan Kemas. Sejak PKP ni, dapur tu umpama ruang kerja utama. Sekejap sekejap masuk dapur. Sebelum puasa buat sarapan, makan tengahari, minum petang dan juga makan malam. Malam baru dapur tutup sepenuhnya. Tu belum tengah-tengah ada yang nak makan itu ini..  Bila kerap ke dapur, dapur jadi berselerak, cawan berlonggok dalam singki dan sedikit melekit. Bila keadaan macam tu, terus rasa geram dan sakit hati. Tarik nafas dan sejukkan hati. Dapur atau rumah kemas dan bersih tu, bermula dari seorang ibu. So, kita tunjukkan yang kita suka kemas dan bersih untuk sejuk mata memandang. In sha Allah lama-lama anak-anak akan ikut dan praktik apa yang kita amalkan. Jom kita mulakan dengan 7 tips mudah dapur bersih dan kemas. 

7 Tips Mudah Dapur Bersih Dan Kemas, Tips Mudah Dapur Bersih Dan Kemas, dapur bersih dan kemas, cara untuk pastikan dapur bersih dan kemas, cara untuk pastikan dapur sentiasa bersih dan kemas, kemas dan bersih rumah, tips rumah sentiasa bersih, langkah-langkah untuk pastikan dapur sentiasa bersih dan kemas, petua dapur kemas dan bersih, amalan untuk dapur bersih dan kemas, dapur impian,
7 Tips Mudah Dapur Bersih Dan Kemas
Gambar kredit kpd FB Dunia Deko

7 Tips MUdah Dapur Bersih Dan Kemas


1) Letak bahan asas sahaja di atas table top. Barang yang tak perlu boleh simpan.

2) Segala botol sos, kicap dan sebagainya simpan di tempat tersorok.

7 Tips Mudah Dapur Bersih Dan Kemas, Tips Mudah Dapur Bersih Dan Kemas, dapur bersih dan kemas, cara untuk pastikan dapur bersih dan kemas, cara untuk pastikan dapur sentiasa bersih dan kemas, kemas dan bersih rumah, tips rumah sentiasa bersih, langkah-langkah untuk pastikan dapur sentiasa bersih dan kemas, petua dapur kemas dan bersih, amalan untuk dapur bersih dan kemas, dapur impian,
7 Tips Mudah Dapur Bersih Dan Kemas


3) Terus kemas dapur setelah selesai memasak. Jangan tangguh.

4) Atas meja makan jangan ada makanan melainkan waktu makan. Dah selesai makan bersama keluarga, kemas meja dan simpan lauk pauk di tempat sepatutnya. Kalau kita ingat orang dulu ada kabinet berjaring yang menyimpan lauk pauk. Zaman sekarang payah nak jumpa, letak saja di tempat lain.

5) Ajar anak-anak basuh cawan selepas minum. Jangan lepas minum letak je atas meja. Lebih baik jika anak-anak terutama yang masih kecil ada tumbler masing- masing.

6) Jangan biarkan pinggan mangkuk ada di dalam sinki. Secara jujur CH biasa lihat situasi ini dari kecil sebab arwah Mak dulu sibuk bekerja dan yang tinggal saya seorang perempuan dan adik beradik lelaki yang lain. Memang tak terbuat tapi tak seharusnya apa yang kita lihat dan alami akan kita warisi, Kita boleh ubah dengan memulakan dengan keluarga kecil kita. 

7) Jika minyak terpercik/tumpah ketika masak segera lap/mop. Tak lap, kalaulah terpijak habis satu rumah berminyak. Kan payah..

Cukup 7 tips mudah ini dulu. Kalau follow 7 tips ni,  inshaAllah kemas la dapur anda😃.. Dapur kemas dan bersih bukan bermakna perlu deko, perlu ada barang mahal. Tak! Bukan begitu ya. Dapur yang bersih dan kemas bermakna sedap mata memandang, tak rasa 'geli' apabila orang lihat atau orang suka nak jamah apa yang kita jamu pada tetamu. Kalau dapur kotor, tetamu nak makan pun tak lalu kan, 'kembang tekak" 😅.

Kredit kepada: Nurlia Mohd Noor

2 comments:

  1. impian setiap wanita memiliki dapur yang nyaman begini

    ReplyDelete