Mee Kuah Tulang Mudah Masak Dan Sedap |
Mee Kuah Tulang Mudah Masak Dan Sedap
Bahan Kuah
1 kilo tulang rusuk - boleh diganti dengan daging rincik atau daging harimau menangis
1/2 tin tomato soup - akak guna jenama kimball. Boleh ganti dengan tomato fresh yang dikisar
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos cili
4 Sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk perasa
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
garam secukupnya
Air - 2 liter atau guna air rebusan daging
Bahan Lain
Mee kuning - 2 bungkus ( boleh di gantikan dengan koay teow atau mee segera)
Sawi
Tauge
Tauhu - di goreng terlebih dahulu
Bawang goreng
Daun bawang
Cili besar merah - di potong nipis
Caranya
Rebus daging sehingga empuk.
Tumis bawang putih & besar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
Tambah air/ air rebusan daging , tulang dan daging. Masukkan sos cili, sos tiram, tomato soup. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasa. Jika rasa masih kurang sepertimana yang di mahukan.. Tambahlah sos cili, tomato soup, sos tiram atau garam sehingga mendapat rasa yang di hendaki.
Untuk menghidangkan pula, akak akan panaskan kuah, daging dan tulang dalam kuali sehingga mendidih. Kemudian masukkan mee dan sayur. Biarkan sehingga masak. Kemudian angkat dan hidangkan dalam mangkuk.
Hiaskan hidangan dengan meletakkan tauhu goreng, bawang goreng, daun bawang dan cili merah yang di potong.
Selamat mencuba!
Assalamualaikum. Uish... nampak menyelerakan betul. SAma laa.. dua hari ni SS dah stop makan nasik.. jemu hari2 makan nasik. heheh Done follow #264
ReplyDeleteAlahai sedapnyer
ReplyDeleteselamat berbuka puasa
Menarik.. boleh cuba nanti..
ReplyDeleteNampak sedap.
ReplyDelete