Puding Mempelam Harum Manis Kemboja - Cahaya Hayati

3 May 2020

Puding Mempelam Harum Manis Kemboja

Puding Mempelam Harum Manis Kemboja. Semalam CH order mempelam harum manis kemboja 4kg. Harga yang ditawarkan mur mur saja. Caj COD pun RM3 saja.. Harga yang paling murah diwaktu PKP ni. Bukan senang nak dapat tu, yang CH terus order... Alhamdulillah trusted seller sebab buah yang dapat semua elok, segar dan manis. Bila dah banyak, terus mai idea untuk buat puding mempelam harum manis kemboja.

Puding mempelam ni kesukaan semua anak-anak dan juga suami. Jadi amat berbaloi kalau buat sendiri. Boleh masukkan buah mempelam tu banyak-banyak. Lagi banyak buah lagi sedap rasa puding tu. 

 Cahaya Hayati · Post Puding Mempelam Harum Manis Kemboja  Posting as cahaya hayati       Post settings  Labels resepi, Recipe  Schedule  Links  Location  Search Description Puding mangga, puding mangga sedap, resipi puding mangga mudah dan sedap, resepi puding mangga mudah dan sedap, puding mempelam, puding mempelam harum manis, puding mempelam harum manis kemboja, puding mempelam harum manis mudah dan sedap, sedapnya puding mempelam harum manis, resipi puding mempelam harum manis, resepi puding mempelam harum manis, resipi puding mudah dan sedap, resepi puding mudah masak dan sedap, puding mudah masak,  Options
Puding Mempelam Harum Manis Kemboja

Sharing dengan korang jika terbeli harum manis perlis tapi bila dapat sudah terlebih masak dan lembik. Frust memang frust tapi dari buang, lebih baik olah menjadi menu yang sedap seperti puding mempelam. CH tak beli harum manis Perlis sebab bagi CH rasa dia lebih kurang sama saja dengan harum manis kemboja.. Tak tahu la korang punya taste. Apa-apapun buah mempelam memang sedap. 

Puding Mempelam Harum Manis Kemboja


Bahan:

2 biji mempelam harum manis kemboja - 1 biji mempelam di potong dadu dan 1 biji lagi dikisar halus.

1 bungkus agar-agar 20g

12 sudu besar gula (boleh tambah jika mahu lebih manis. 

1/2 tin susu cair

1 plastik agar-agar air 

Caranya

Masak agar-agar dengan sukatan 1 plastik agar-agar air. Biarkan agar-agar masak sepenuhnya. 

Masukkan gula dan susu cair. 

Masukkan separuh mempelam yang dikisar ke dalam agar-agar. Kacau sebati dan biarkan sehingga mendidih.

Angkat dan masukkan 3/4 agar-agar dalam bekas. Biarkan bahagian bawah sejuk dan keras sikit. 

CH guna teknik rendam dalam air untuk cepatkan proses penyejukkan agar-agar. 

 Cahaya Hayati · Post Puding Mempelam Harum Manis Kemboja  Posting as cahaya hayati       Post settings  Labels resepi, Recipe  Schedule  Links  Location  Search Description Puding mangga, puding mangga sedap, resipi puding mangga mudah dan sedap, resepi puding mangga mudah dan sedap, puding mempelam, puding mempelam harum manis, puding mempelam harum manis kemboja, puding mempelam harum manis mudah dan sedap, sedapnya puding mempelam harum manis, resipi puding mempelam harum manis, resepi puding mempelam harum manis, resipi puding mudah dan sedap, resepi puding mudah masak dan sedap, puding mudah masak,  Options


Tabur separuh mempelam dadu. Biarkan sehingga sejuk dan sedikit keras. 

Baki agar-agar - masukkan 1 sudu kecil pewarna kuning telur, baki mempelam yang dikisar.  Gaul rata dan sebati..

Masukkan baki agar-agar ke dalam bekas yang sama. Tabur baki mempelam yang di potong dadu. 

 Cahaya Hayati · Post Puding Mempelam Harum Manis Kemboja  Posting as cahaya hayati       Post settings  Labels resepi, Recipe  Schedule  Links  Location  Search Description Puding mangga, puding mangga sedap, resipi puding mangga mudah dan sedap, resepi puding mangga mudah dan sedap, puding mempelam, puding mempelam harum manis, puding mempelam harum manis kemboja, puding mempelam harum manis mudah dan sedap, sedapnya puding mempelam harum manis, resipi puding mempelam harum manis, resepi puding mempelam harum manis, resipi puding mudah dan sedap, resepi puding mudah masak dan sedap, puding mudah masak,  Options
Puding mempelam aka puding mangga

Biarkan sejuk dan masuk kedalam peti ais. 

Potong dan hidangkan ketika masih sejuk. 

 Cahaya Hayati · Post Puding Mempelam Harum Manis Kemboja  Posting as cahaya hayati       Post settings  Labels resepi, Recipe  Schedule  Links  Location  Search Description Puding mangga, puding mangga sedap, resipi puding mangga mudah dan sedap, resepi puding mangga mudah dan sedap, puding mempelam, puding mempelam harum manis, puding mempelam harum manis kemboja, puding mempelam harum manis mudah dan sedap, sedapnya puding mempelam harum manis, resipi puding mempelam harum manis, resepi puding mempelam harum manis, resipi puding mudah dan sedap, resepi puding mudah masak dan sedap, puding mudah masak,  Options


Selamat mencuba uolls! 

No comments:

Post a Comment