Resipi Tart Nanas Mudah Dan Sedap. Kelmarin CH buat samperit susu 3 bahan, semalam pula buat tat nanas diatas permintaan si bongsu. Suka sangat dia dengan tat nanas. Tat nanas yang CH buat ni resipi dia mudah saja tapi hasil dia memang meletop..
Resipi Tart Nanas Mudah Dan Sedap |
Disebabkan CH telah cuba sendiri dan hasilnya sangat sedap, CH kongsi resipi ini disini. Senang bila2 CH nak buat lagi..
Tat Nanas |
Resipi Tart Nanas Mudah Dan Sedap
Bahan & Caranya:
1kg Jam nanas - CH beli yang siap dah. Gentel jam menjadi inti tat sebelum mula buat doh. 1kg jam boleh hasilkan 150-200 biji tat nanas.
Bahan Doh:
1.5 cwn Butter
2sb minyak masak
2sb susu pekat manis
1 biji kuning telur
1/4 sk garam
1sk essen vanilla
1sk pewarna kuning
Satukan bahan di atas dan gaul sebati. Bila dah sebati, tambah bahan di bawah.
2sb tepung jagung
2sb tepung custard
3.5 cwn tepung gandum
Masukkan tepung jagung, tepung custard dan 1 cwn tepung gandum. Gaul rata.
Masukkan baki tepung gandum. Uli sehingga ia menjadi doh yang lembut. Jika terlalu lembut, tambah tepung gandum sikit demi sedikit sehingga memperolehi doh yang dikehendaki. Jika terlalu
Terap doh memanjang ( 1 jari). Masukkan inti dan gulung.
Glaze dengan kuning telur yang ditambah dengan pewarna kuning.
Ulang langkah ini sehingga doh habis sehingga penuh
Panaskan oven 170° selama 5 minit.
Bakar tat selama 25 minit.
Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dlm bekas.
Kita kalau tak ada tart nenas setiap raya tak sah. hehehe
ReplyDeletekiteee jeles la orang pandai buat cookies ni..
ReplyDeletehehe saya tahu makan ja =P