Resipi Samperit Susu 3 Bahan. Awal-awal puasa hari tu ingat tak nak buat kuih raya tapi bila makin makin nak raya, makin terasa kemeriahan raya walaupun disambut dalam PKPB. Biarlah acara ziarah menziarahi tidak dapat di lakukan tapi sambutan sesama ahli keluarga dalam rumah biarlah meriah. Biarlah kemeriahan aidilfitri kekal selamanya. Jangan kita matikan kemeriahan aidilfitri dalam jiwa anak-anak. Jadi kuih raya, ketupat rendang wajib ada.. So semalam CH ambik mood baking dengan membuat resipi mudah samperit 3 bahan yang sedap.
Resipi Samperit Susu 3 Bahan Sukatan Cawan |
Dah lama tak buat kerja-kerja baking ni sebab wayar oven CH kena gigit dek tikus sampai nampak wayar halus tembaga tu. Nak beli salotape untuk tutup balik wayar tu asyik lupa saja. Sampai dah berabuk la.
Ni sebab dah nekad nak buat kuih raya, terus pi cari pvc salotape. Nasib baik oven masih berfungsi dengan baik. Tu yang test buat samperit susu 3 bahan. Alhamdulillah menjadi dengan baik.
Samperit susu |
Resipi samperit susu 3 bahan yang CH buat adalah seperti di bawah:
Resipi Samperit Susu 3 Bahan Sukatan Cawan
Bahan:
1 cwn Butter
4.5 cwn tepung jagung
7 sb susu pekat manis
Bahan hiasan :
Coklat cip/ cerry
Caranya:
Satukan susu dan butter. Gaul rata dan sebati.
Masukkan tepung jagung sikit demi sedikit sehingga ianya menjadi doh yang tak melekat di tangan.
Masukkan doh dalam acuan dan tekan membentuk bunga daisy dalam tray. CH guna tudung periuk.
Hiaskan dengan coklat cip.
Assistant CH sexy sikit... |
Bakar pada suhu 170° selama 25 minit.
Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan dalam balang.
Note:
Jika samperit yang pertama bakar tu kembang dan bentuk bunga cair, tambah tepung jagung lagi sehingga doh menjadi sedikit keras. In sha Allah samperit korang akan menjadi dengan elok.
sebelum bakar semperit kita, mekar setaman...bila dah bakar dia jadi layu di tasik madu...kenapa aek....ada tips tak?
ReplyDeleteRamai jugak yang buat semperit susu tahun ni. Teringin nak buat kuih, tapi keadaan pulak tak mengizinkan
ReplyDeleteRaya tahun nak try buat semperit pulak
ReplyDeleteraya tahun ni nak try buat semperit pulak.
ReplyDelete