11 Resipi Topping Coklat Mudah Dan Sedap - Cahaya Hayati

16 May 2020

11 Resipi Topping Coklat Mudah Dan Sedap

11 Resepi Topping Coklat Mudah Dan Sedap. Topping coklat atau chocolate ganache memang sedap tambah-tambah lagi sebagai topping kepada kek, aiskrim, puding, pisang goreng cheese, chuross dan lain lain-lain lagi. Perkataan Ganache berasal dari peranchis yang bermaksud cushion. Details tentang ganache adalah sepeti di bawah tetapi di Malaysia ia lebih di kenali sebagai topping coklat. Sebenarnya ia sama saja. Bila baca tentang ganache di bawah,kita rasa macam susah tapi sebenarnya ada cara yang senang untuk hasilkan topping coklat yang mudah dan sedap. Korang boleh try 11 resipi topping coklat mudah dan sedap. 

Apa itu Ganache?


Ganache yang asas menggunakan dua bahan iaitu krim pekat/krim putar (dairy whipping cream) dan coklat masakan. Bagamanapun anda boleh menambah mentega dan esen vanilla dalam adunan ganache. Krim pekat boleh digantikan dengan air, susu cair (evaporated milk), susu segar(fresh milk) atau susu UHT. Tetapi penggunaan bahan gantian ini menjejaskan kualiti ganache dari segi kekilatan dan teksturnya. Oleh itu hotel-hotel dan bakery, mereka lebih suka menggunakan krim pekat/krim putar kerana hasilnya lebih baik.

Jika anda mahu topping yang cair anda bolehlah gunakan setelah beberapa jam disejukkan. Jika mahu topping yang lebih tebal, sejukkan semalamam pada suhu bilik. Keesokkannya barulah boleh digunakan. Satu perkara perlu diingatkan coklat tidak boleh dicairkan dengan haba yang terlalu panas kerana akan menyebabkan keluarnya minyak pada permukaan coklat. Ini akan menjejaskan tekstur ganache.

Anda tidak boleh memasukkan ganache yang baru dicairkan terus kedalam peti sejuk. Ganache perlu disejukkan perlahan-lahan untuk membantu molekul-molekul dalam coklat dan krim itu menjadi sebati dengan baik.

Bila baca tentang ganache di atas,kita rasa macam susah tapi sebenarnya ada cara yang senang untuk hasilkan topping coklat yang mudah dan sedap. 

11 Resipi Topping Coklat Mudah Dan Sedap

11 Resipi Topping Coklat Mudah Dan Sedap, topping coklat, topping coklat mudahh dan sedap, cara buat topping coklat, cara mudah buat topping coklat, mudahnya buat topping coklat, topping coklat untuk kek, buat sendiri topping coklat untuk kek, cara mudah buat topping coklat, sedapnya topping coklat, topping coklat sedap, resipi topping coklat sedap, bahan untuk buat topping coklat, pelbagai cara untuk buat topping coklat, coklat, ganache, resipi coklat ganache, coklat ganache, apa itu ganache, asal usul topping coklat, sedapnya coklat,
11 Resipi Topping Coklat Mudah Dan Sedap


RESEPI TOPPING COKLAT 1

Bahan-bahan:

2 sudu marjerin
3 sudu besar susu cair @ air panas
1/2 cwn serbuk koko
4 sudu besar susu pekat

Cara-caranya:

1.Masak cara double boiler
2.Biarkan sebentar dan curahkan diatas kek yg telah sejuk..


RESEPI TOPPING COKLAT 2

Bahan-bahan:

150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter

Cara-caranya:

1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar  dan curahkan diatas kek yg telah sejuk..


RESEPI TOPPING COKLAT 3

Bahan-bahan:

1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:

1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..


RESEPI TOPPING COKLAT 4

Bahan-bahan:

250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml double cream atau whipping cream
gula halus secukup rasa (optional)

Cara-caranya:

1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream. Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek..


RESEPI TOPPING COKLAT 5

Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik

Cara-caranya:

1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..


RESEPI TOPPING COKLAT 6

Bahan-bahan:

200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas

Cara-caranya:

1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar dan curahkan diatas kek yg telah sejuk..


RESEPI TOPPING COKLAT 7

CHOCOLATE GANACHE:
450g Coklat - potong kecil
300g Cream - (heavy cream/thick cream/whip cream)

Caranya:

Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.


RESEPI TOPPING COKLAT 8

Bahan:

200 gm susu isian sejat
600 gm coklat masakan
1 sb madu atau mentega

Caranya:

Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.


RESEPI TOPPING COKLAT 9

Bahan:

300 gm coklat masakan - potong kecil
200 gm UHT whipping cream
1 sb mentega

Caranya:

Panaskan cream hingga mendidih sedikit dan matikan api. Masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair dan sebati. Masukkan mentega dan sebatikan


RESEPI TOPPING COKLAT 10

Bahan:

1 sb gelatin
150gm coklat bar - compound
1 biji kuning telur
2 biji putih telur
2 sb gula castor
200 gm whipping cream

Caranya:

Larutkan 1 sb gelatin dengan sedikit air panas.
Cairkan 150gm coklat bar. Guna kaedah double boiler.
Masukkan 1 biji kuning telur yg dah dipukul, butter 2 sb & gelatin. Gaul sebati. Ketepikan.
Pukul 2 biji putih telur dengan 2 sb gula kastor hingga bertanduk. Campur dlm adunan coklat guna kaedah kaup balik.
Pukul 200 gm whipping cream dan masukkan dalam adunan coklat.
Simpan dalam peti ais selama 2 jam sebelum digunakan


RESEPI TOPPING COKLAT 11

Bahan:

1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat

Caranya:

Masak guna kaedah double boiler hingga sebati. Sejukkan sebelum tuang ke atas kek, donut dan lain-lain. 

No comments:

Post a Comment