Sedapnya Parpu Telur Versi Melayu Resipi Dari Dato' Rizalman Ibrahim - Cahaya Hayati

15 May 2020

Sedapnya Parpu Telur Versi Melayu Resipi Dari Dato' Rizalman Ibrahim

Sedapnya Parpu Telur Versi Melayu Resipi Dari Dato' Rizalman Ibrahim. Terpengaruh juga bila dok tengok orang pakat share video Dato Rizalman Ibrahim masak parpu telur versi melayu. Tengok bahan semua ada, CH pun masak untuk berbuka dua hari lepas. Sedap rupanya. Tak pernah rasa lagi rasanya ke CH tak ingat pernah makan dulu. kihkih...

Sedapnya Parpu Telur Versi Melayu Resipi Dari Dato' Rizalman Ibrahim


Tapi ini memang kali pertama CH masak  untuk keluarga. Ingatkan kena guna banyak bahan macam masak dalca tu. Rupanya tak.. Sebab itulah bila CH check bahan yang Dato Rizalman guna ada kat rumah, terus CH masak.. Tak tangguh dah sebab kalau tangguh lagi confirm tak buat.

Sedapnya Parpu Telur Versi Melayu Resipi Dari Dato' Rizalman Ibrahim, Resipi Parpu Telur, parpu telur, parpu telur mudah dan sedap, Parpu mudah sedap, parpu melayu, resipi parpu melayu, resipi parpu rizalman ibrahim, resipi parpu mudah dan sedap, sedapnya parpu telur, parpu telur mudah masak dan sedap, parpu telur paling sedap, resepi parpu telur utara, resipi parpu telur utara, cara orang utara masak parpu telur, telur, egg, masakan berasaskan telur, menu telur mudah dan sedap, resipi telur, resepi telur, resipi telur mudah dan sedap, sedapnya telur masak parpu, resipi mudah masak telur, parpu, parpu melayu, kacang dhal, bahan untuk masak parpu, cara masak parpu,
Sedapnya Parpu Telur Versi Melayu Resipi Dari Dato' Rizalman Ibrahim


Resipi Parpu Telur Versi Melayu


Bahan:

2 cawan parpu (dhal)
4 biji telur
1 batang serai
1 sb jintan manis serbuk
1 sb jintan putih serbuk
1sk kunyit serbuk
RM2 santan
Air untuk rebus parpu
garam secukupnya

Bahan Tumis Darat:

3-5 tangkai daun kari
5 biji cili kering
1 biji bawang besar - diracik halus
minyak untuk menumis


Caranya:

Rebus parpu sehingga empuk dan sedikit hancur. 

Masukkan serai, kunyit , jintan manis dan jintan putih. kacau rata dan biarkan ia mendidih. 

Masukkan santan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih dengan api sederhana. 

Masukkan garam secukupnya. Gaul rata. 

Untuk masukkan telur, biarkan kuah mendidih dengan api sederhana. Masukkan telur satu persatu sehingga habis. Jangan kacau sehingga telur masak sepenuhnya. 

Sementara tunggu telur masak, tumis bahan tumis sehingga keperangan dan berbau wangi. Bila dah perang dan wangi, tutup api kuali dan api parpu. 

Tuangkan bahan tumis kedalam parpu. Terus tutup periuk parpu untuk memberi aroma dan rasa sedap pada parpu. 

Kacau rata sebelum hidang. 

Masukkan dalam bekas sebelum hidang dengan lauk pauk yang lain. CH hidangkan dengan ayam goreng berempah dan sambal paru. 

Sedapnya Parpu Telur Versi Melayu Resipi Dari Dato' Rizalman Ibrahim, Resipi Parpu Telur, parpu telur, parpu telur mudah dan sedap, Parpu mudah sedap, parpu melayu, resipi parpu melayu, resipi parpu rizalman ibrahim, resipi parpu mudah dan sedap, sedapnya parpu telur, parpu telur mudah masak dan sedap, parpu telur paling sedap, resepi parpu telur utara, resipi parpu telur utara, cara orang utara masak parpu telur, telur, egg, masakan berasaskan telur, menu telur mudah dan sedap, resipi telur, resepi telur, resipi telur mudah dan sedap, sedapnya telur masak parpu, resipi mudah masak telur, parpu, parpu melayu, kacang dhal, bahan untuk masak parpu, cara masak parpu,
parpu telur

Resepi paru ini tak pedas dan sebab itulah CH hidangkan dengan sambal paru. Jadi bila makan ada la rasa pedas tu. Tekak melayu kena ada pedas pedas sikit...

Okay lah nak pergi masak untuk berbuka pula. Hangpa masak apa petang ni?

No comments:

Post a comment