Bas Sekolah Percuma, Tiada Alasan Lagi Untuk Tidak Ke Sekolah. Sekarang giliran anak-anak mommy pula menaiki bas sekolah. Seronok kata mereka! Kalau ikutkan hati, mommy nak saja menghantar dan mengambil mereka tapi apakan daya, tempat kerja mommy jauh. Tak berbaloi mommy berulang alik untuk mengambil dan menghantar mereka. Kalau dekat, memang mommy sanggup pergi dan ambil mereka sebab bayaran bulanan untuk dua beradik ke sekolah (pergi balik) dan juga ke KAFA (pergi balik) mencecah RM 200. Itu bayaran bagi mommy yang tinggal di bandar kecil. Terbayangkan juga kalau mommy masih tinggal di Kuala Lumpur dan tidak dapat bertukar balik ke utara. Berapa jumlah bayaran bas untuk ke sekolah dan KAFA di sana? Mesti mahalkan? Bagaimanalah ibu bapa yang berpendapatan rendah di sana? Mesti terbeban dengan kos ini. Namun persoalan mommy tentang kos bas sekolah di Kuala Lumpur ini terjawab apabila mommy terbaca tweet di twitter tentang Bas Sekolah Percuma. Terus mommy search tentang Bas Sekolah Percuma ni. Pasti korang pun tak tahu lagi kan? Samalah macam mommy...
Bas Sekolah Percuma, Tiada Alasan Lagi Untuk Tidak Ke Sekolah |
Bas Sekolah Percuma, Tiada Alasan Lagi Untuk Tidak Ke Sekolah
Rupanya Bas Sekolah Percuma ini telah di lancarkan pada awal tahun 2017 dan ia di teruskan lagi pada tahun 2018 bagi memberi manfaat kepada lebih 6,500 anak-anak penghuni perumahan kos rendah di ibu negara. Skim Bas Sekolah Percuma ini adalah inisiatif yang di buat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu murid-murid kurang berkemampuan menimba ilmu di sekolah. Ia meliputi 74 kawasan PPR dan PA di ibu kota. Peruntukan yang di peruntukkan untuk inisiatif ini adalah RM 15 juta sebagaimana yang terdapat dalam belanjawan DBKL 2018. Alhamdulillah.
Bas Sekolah percuma DBKL |
Bagi sesetengah orang, mungkin initiatif ini seolah-olah memanjakan golongan yang tinggal di PPR dan PA di ibu kota.. Tapi bagi mommy ia adalah usaha murni untuk mengurangkan kos sara hidup yang terpaksa di tanggung oleh penghuni ini yang mungkin juga akan menyebabkan anak-anak PPR dan PA pergi sekolah dengan perut yang kosong serta terpaksa menahan lapar sehingga balik sekolah. Sedihkan? Tapi dengan usaha atau Skim Bas Sekolah Percuma ini, peruntukan yang sepatutnya untuk bayar tambang bas sekolah boleh di gunakan sebagai perbelanjaan anak-anak ini di sekolah dan mereka tidak perlu berlapar lagi serta tiada alasan lagi untuk tidak ke sekolah.
Bas Sekolah Percuma Untuk PPR dan PA Wilayah Persekutuan |
Initiatif Bas Sekolah Percuma adalah idea Dato Seri Tengku Adnan Bin Mansor atau lebih di kenali sebagai Ku Nan yang merupakan menteri di Wilayah Persekutuan. Initiatif yang di laksanakan oleh Ku Nan ini bagaikan mendengar keluhan penghuni-penghuni di PPR dan PA Wilayah Persekutuan berhubung tambang bas sekolah yang saban tahun mengalami kenaikkan. Selain dari mengurangkan kos, initiatif ini juga dapat menjamin keselamatan anak-anak ketika pergi dan pulang sekolah. Malah ibu bapa juga dapat menumpukan perhatian kepada kerja dan masa yang ada boleh di gunakan untuk meningkatkan produktiviti sekaligus dapat menghasilkan lebih pendapatan serta meningkatkan taraf hidup mereka.
Selain dari Bas Sekolah Percuma, Ku Nan juga telah melaksanakan beberapa program yang lain seperti pembangunan semula Residensi Kerinchi demi memastikan semua rakyat Wilayah Persekutuan mendapat manfaat, kemudahan serta kesejahteraan yang sama rata.
Harapan mommy, dan mungkin juga harapan ibu bapa yang lain.. Moga initiatif yang di laksanakan oleh Ku Nan dan DBKL dapat di teruskan malah perluaskan kepada bukan golongan sasaran demi kesejahteraan serta keselamatan pelajar-pelajar di Wilayah Persekutuan.
Bagus ada program macam ne sedikit sebanyak dapat ringan kan beban mak ayah maklumlah kos sara hidup di kota ne serba serbi tinggi
ReplyDeleteBAS PERCUMA.. BEST KOTT.. KALAU ADA SENANG LA SIKIT.. NAK BAYAR BAS PUN DAH BERAPA SEKARANG NI
ReplyDeletedah dapat bantuan bas percuma, mmg teda alasan tiada kenderaan nak pergi sekolah ...
ReplyDeleteUntung orang Wilayah Persekutuan ni, bas percuma tu membantu sangat !
ReplyDeletekalau naik bas setipa bulan mahal kan..dengan adanya bas nih parents dah boleh jimat da..
ReplyDeleteKawasan rumah k.fiezz antara yang dapat bantuan ni..Mula2 dulu blur jugak..apa bas sekolah percuma..lepas tu baru tahu..
ReplyDeleteUntung sekarang ada perkhidmatan bas percuma.
ReplyDeleteSeronoknya naik bas sekolah
ReplyDeleteSebagai rakyat marhane, sangat berharap supaya program bas percuma ini diadakan di semua negeri di Malaysia. Sedikit sebanyak akan mengurangkan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah dan juga sederhana..
ReplyDeleteAlhamdulillah..lega ibubapa dpt kurangkan kos perbelanjaan kan dan untung anak2 ni kan
ReplyDeleteSangat membantu program ni
ReplyDeletewah.. untungnya kalau anak2 dapat ke sekolah naik bas percuma ni kan.. sedikit sebanyak dapat membantu golongan tak berkemampuan .. tapi ada rekod ke setiap pelajar yang menaiki tiap2 satu bas tu ye?
ReplyDeleteMeringankan beban ibu bapa yg memerlukan kemudahan bas sekolah
ReplyDeleteBagus ada program bas percuma..yelah tambang bas sekolah pun dah makin naik
ReplyDeleteWahh.... Beruntungnya anak² Wilayah Persekutuan. Pasni rajin² pi sekolah yaa... Buat Mak Pak nya, ini sangat meringankan bebanan setiap bulan.
ReplyDeletetak nak pergi sekolah bukan alasan! dah ade bas percuma haaaaa hihihi
ReplyDeleteBagus kemudahan yang macam ni..barulah berkurangan isu tak pergi sekolah.
ReplyDeletedulu masa sekolah selalu teringin nak naik bas, taktau pulak yang mahal yuran dia, huhu baguslah ada program mcm ni
ReplyDeletewahhh percuma je bas pergi sekolahhhh. best ni!
ReplyDeletetak tau pula ada bas sekolah percuma, kalau ada dulu takde baik berhimpit dengan bangla dan indon bila naik bas awam kena tabah la
ReplyDeleteRingan perbelanjaan ibubapa ada bas percuma nih... :)
ReplyDeletealhamdulilah.. nampak2 xde alasan x boleh pergi sekolahhhh..
ReplyDeleteBaguskan kalau diperluaskan lagi cik T
ReplyDeleteJimat banyak mcm ni.
ReplyDeleteUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ReplyDeleteBas sekolah percuma ni dah boleh tarik nafas lega parents
ReplyDeleteSuka naik bas masa sekolah dulu. Tak sangka ada bas percuma pula skarang ya :)
ReplyDeleteIa sgt2 membantu kpd ibu bapa yang perlu tampung kos perbelanjaan ank2. Belum lagi duit saku. Semoga usaha ni berterusan.
ReplyDeletebagus sangat ni, dah jimat bab pengankutan ke sekolah anak.
ReplyDelete