TIPS MEMILIH TUDUNG MENGIKUT WARNA KULIT - Cahaya Hayati

10 Apr 2018

TIPS MEMILIH TUDUNG MENGIKUT WARNA KULIT

Tips memilih tudung mengikut warna kulit. Tak lama lagi, bulan syawal bakal menjelma... kat timeline fb pun dah banyak promosi baju dan tudung raya.. Tapikan, warna-warna tu sesuai tak dengan warna kulit kita? Ke main padan dengan warna baju raya? Ataupun sebab tudung tu nampak cantik? Mestilah kan sebab cantik dan kena dengan warna baju raya. Walaubagaimanapun, tak semua warna kena dengan warna kulit. Salah pilih warna confirm nampak suram, tak bermaya dan hilang seri.. Kalau nak nampak cantik vogue kebabom follow tips memilih tudung mengikut warna kulit. Confirm jadi tumpuan masa raya nanti...


TIPS MEMILIH TUDUNG MENGIKUT WARNA KULIT


KULIT GELAP

Bagi kamu yang memiliki kulit gelap, warna tudung yang sesuai adalah seperti warna plum, lavender, warna-warna pastel dan warna neutral seperti putih. Warna-warna ini akan membuatkan kulit kamu kelihatan lembut dan sudah tentu lebih cerah. Tapi ingat! Elakkan menggunakan warna coklat, hitam dan oren kerana ia akan membuatkan wajah kamu bertambah gelap. Begitu juga warna-warna terang seperti hijau gelap, merah bata dan kuning.

SAWO MATANG

Majoriti rakyat Malaysia memiliki kulit jenis ini kan? Warna tudung yang sesuai bagi kamu adalah seperti warna krim, biru navy, ungu dan hitam. Manakala warna yang perlu dielak seperti merah, kuning, hijau gelap, coklat gelap dan warna oliv.


PUTIH KEKUNINGAN

Bagi kulit jenis ini, kamu dinasihatkan untuk mengenakan tudung dari warna merah jambu, merah dan biru. Bagaimanapun, elakkan menggunakan warna krim, coklat dan oren. Kalau tidak, kamu akan kelihatan pelik!


BERKULIT PUTIH

Bagi kamu yang memiliki kulit jenis ini, tiada masalah untuk kamu mengenakan sebarang jenis warna sama ada warna gelap atau warna cerah. Semuanya kena saja pada kamu. Pun begitu, kamu kelihatan lebih berseri jika mengenakan warna hitam, kelabu, merah, biru dan ungu. TETAPI! Elakkan warna pastel, putih dan beige sebab warna-warna itu menyebabkan kulit kamu kelihatan sangat pucat.


4 comments:

  1. huntung orang yang berkulit putih semua boleh masuk

    ReplyDelete
  2. tq for tips. nak praktikkan lah nanati

    ReplyDelete
  3. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete