Xiomi Redmi A5 Plus | Smartphone Budget Yang Latest - Cahaya Hayati

3 Apr 2018

Xiomi Redmi A5 Plus | Smartphone Budget Yang Latest

Xiomi Redmi A5 Plus | Smartphone Budget Yang Latest. Hai semua... kalau ada yang ikut status FB mommy mesti dah tahu handphone OPPO kesayangan mommy dah buat terjunan tiruk dalam air. Bergelen jugalah air yang di telannya... terlebih sadisnya ada banyak gambar produk review dalam tu dan mommy tak sempat transfer kepada extenal memory card lagi... Terpaksa buat photoshoot lagi sekali menggunakan handphone adik. Tapi itulah still tak puas.. Mungkin sebab handphone pinjam kot. hahaha. Btw, thank you adik. Lagi satu, mommy rasa OPPO tu bunuh diri la sebab mommy asyik dok sebut nak cari handphone baru. Belum cari pengganti dia dah tak boleh guna... huhu. Dah seminggu lebih dia kat kedai repair. Apa cerita ntah... Kawan suami suruh pi tengok hari ni.. Moga boleh guna lagi. 

Disebabkan handphone ni penting untuk mommy, maka mommy pun terpaksa cari pengganti.. Tapi cari yang under budgetlah. Maka terjumpalah Xiomi Redmi A5 Plus dengan 4G RAM 64G  internal memory. Blogger macam mommy perlu saiz memory yang besar. Senang nak simpan gambar-gambar. 

Untuk camera pula, memang mommy test di kedai phone tu... Nasib baik kamera lawa dan tak silap akak kamera depan 16 dan belakang 20 MPs. Ini hasil gambar yang mommy baru ambil menggunakan Xiomi Redmi A5 Plus. Lawa tak? Untuk kamera Xiomi Redmi A5 Plus boleh setting untuk potrait mode atau bokeh.

Xiomi Redmi A5 Plus, xiomi, redmi 5A plus, handphone xiomi, review xiomi redmi 5A, review xiomi redmi 5A plus,harga xiomi 5A plus, saiz bateri xiomi 5A plus
kamera belakang dalam cahaya terang

Xiomi Redmi A5 Plus, xiomi, redmi 5A plus, handphone xiomi, review xiomi redmi 5A, review xiomi redmi 5A plus,harga xiomi 5A plus, saiz bateri xiomi 5A plus
kamera belakang dalam cahaya malap

Xiomi Redmi A5 Plus, xiomi, redmi 5A plus, handphone xiomi, review xiomi redmi 5A, review xiomi redmi 5A plus,harga xiomi 5A plus, saiz bateri xiomi 5A plus
kamera depan - selfie

Untuk bateri pula, 4000 mAh dan bateri ni tahan lama. Dah test, pengguna macam akak boleh guna untuk satu hari... Masa nak tidur baru caj bagi penuh balik. 

Kalau yang tengah pertimbangkan untuk beli handphone baru under budget boleh lah pertimbangkan jenama ini. Harga pun bawah 1K.

3 comments:

  1. cantik gambarnya. Bagi penuh tabung dulu.

    ReplyDelete
  2. SA memang guna Xiaomi Redmi dan puas hati dengan gambar tapi la ni Xiaomi ni dah buat hal di usia 3 tahun dia...haih...geram je...

    ReplyDelete
  3. Encik suami guna Xiaomi Mi 5 pun ok. Harga murah kualiti terbaik

    ReplyDelete