Cara Betul Memakai Minyak Wangi - Cahaya Hayati

6 Apr 2018

Cara Betul Memakai Minyak Wangi

Cara Betul Memakai Minyak Wangi. Tudiaaa spray parfume sampai satu badan.. Tak sayang ke? kihkih. Mommy memang sayang nak guna minyak wangi. Guna sikit-sikit ja tambah-tambah lagi kalau parfume mahal. Sekali spray saja boleh tahan dari pagi sampai petang... Tapi betul ke cara pakai minyak wangi tu? Confuse sudah. Hahaha...

Cara Betul Memakai Minyak Wangi, cara memakai minyak wangi, minyak wangi, parfum, parfume, tips pemakaian parfume, tips pemakaian minyak wangi,
Cara Betul Memakai Minyak Wangi


Disebabkan ada pertelagahan cara pakai parfume yang betul, mommy pun google lah cara memakai parfume yang betul dan disyorkan oleh pakar serta pengeluar minyak wangi. Mesti korang pun tak tahu kan? Kalau tahu takdelah nak spray parfume tu sampai satu badan kan!

Cara Betul Memakai Minyak Wangi


  • Pastikan berada di dalam bilik yang bersuhu normal atau agak hangat
  • Semburkan minyak wangi dari jarak sejengkal dari tapak tangan anda
  • Semburkan di titik-titik nadi iaitu di bahagian leher dan lebih tepat di bawah rambut, pergelangan tangan dan bahagian dalam siku. 
  • Untuk membuatkan aroma minyak wangi tahan lama, gunakan selepas mandi dan semburkan pada pakaian yang akan dikenakan.
  • Jangan gosok minyak wangi ke dalam kulit. Biarkan ia kering secara natural. 

Dah tahu cara betul, jangan lupa hadiahkan akak sebotol minyak wangi yer... hihihi #lawakjer.

No comments:

Post a Comment