Nikmati Sotong Tembun Di Pak Mud Cafe, Merbok. Semalam mommy follow encik suami dan kawan-kawan dia pergi jalan-jalan cari makan. Destinasi kali ini adalah di Pak Mud Cafe di Merbok, Kedah. Terletak di tepi jalan dan kalau hendak ke Tanjung Dawai bolehlah singgah.. Teringin nak rasa sotong tembun Pak Mud sebab dah viral dan asyik lalu lalang di FB. hahaha..
Sotong tembun nama diberi sebab dalam sotong yang di bakar besar dan dalamnya ada telur sotong. Memang nampak gemuk aka tembun laa... Kami sampai di sini dalam pukul 10.30 pagi.. Dah ramai cuma belum beratur lagi. Oh yer Pak Mud Cafe di buka setiap hari Ahad sehingga Khamis mulai jam 10 pagi sehingga 2.30 petang. Ahad sampai khamis jer tau, weekend tak buka... So, pandai-pandailah korang cari masa untuk merasai keenakkan sotong tembun ni.
![]() |
beratur dulu. Muka pucat sebab terlupa nak pakai lipstik.. hihi |
Sementara menunggu sempatlah mommy snap gambar sotong-sotong tembun ni tengah di bakar... Tembun-tembun kan?
![]() |
Sotong tembun tengah di bakar.. |
Zoom sikit. Ada pelbagai saiz dan harga sotong adalah mengikut saiz..
![]() |
Tembun tak? hahaha |
Eh, dah sampai giliran mommy. Untuk dapatkan sotong ni, just habaq berapa ekor sotong yang kita nak... Nasiblah kalau dapat saiz yang tak berapa nak besar sebab tokey tu tak tanya pun nak saiz macammana.. huhuhu.
![]() |
dah start nak ramai |
Inilah saiz sotong yang mommy dapat... Dua ekor sudah! Nampak tak dalam tu ada telur sotong... Untuk saiz mommy ni RM7 seekor. Mahal? Harga sotong pun tengah mahal sekarang ni...
Untuk sotong ni... order, ambil dan bayar sebab nanti nasi, lauk tambahan dan air di kira lain.. lain-lain tokey agaknya.
![]() |
kena bom daaa... |
Sebagai pelengkap hidangan sotong tembun tentulah nasi bersama kari bawal, ulaman dan sambal belacan. Ulam dan sambal belacan takdak dalam gambar sebab letak sekali dalam pinggan nasi.
![]() |
pelengkap hidangan |
![]() |
Oppps tak lupa juga gambar my only one semalam. hahaha.. |
![]() |
Jemput makan sotong tembun uolls... |
Review mommy, sotong tembun ni rasa macam sotong percik. Sedap! Kalau tak, takdaklah encik suami pergi tambah lagi seekor...
![]() |
posing dulu... |
![]() |
yummy! |
Bagi korang yang tak tahu di mana lokasinya Merbok atau jalan ke Tanjung Dawai, korang bolehlah folllow google maps ni...
Alaaaaaa..Cik T....Sampai hati tau...saje je duga SA pagi2 ni...blom tengahri lagi..tapi siyes la sotong tu semua tembun2
ReplyDeleteBertabahlah wahai hati bila nampak CH post sotong tembun murah..
ReplyDeleteAndai ada di sini memang sekarang juga ku terjah..
Sotong dan seafood memang my favorite..
Fuyoo tembun Abes.. mmg sdap ni kalau fresh
ReplyDelete