5 Langkah Untuk Hati Tenang - pagi tadi mommy dengar ceramah oleh Prof Dr Muhaya melalui applikasi Muslim Go. Prof Dr. Muhaya kongsikan 5 langkah untuk hati tenang. Katanya, jika hati tenang kita tidak akan marah-marah, tidak akan iri hati dan tidak mudah sentap.. Jom amalkan 5 langkah yang di kongsikan ini agar hidup dan hati kita lebih tenang.
5 Langkah Untuk Hati Tenang
Niat
Untuk hati menjadi lebih tenang kita mesti luruskan niat. Jika kita ingin berjaya dalam hidup kita mesti niat agar berjaya dan untuk apa kejayaan itu. Dalam ceramah itu, beliau memberi contoh jika menuntut ilmu dan apa yang kita akan buat apabila memperolehi ilmu tersebut - untuk di sebarkan atau di simpan dalam hati saja, untuk di ajarkan kepada generasi akan datang atau di biarkan terkubur saja.
Jadi luruskan niat kita untuk mendapatkan ilmu dan memanfaatkannya kepada jalan Allah sama ada melalui penulisan, ceramah ataupun sharing di media social.
Hati Mesti Tulus Dan Bersih
Bila dah ada niat, kita mesti pastikan hati bersih dan tulis untuk mencapai kejayaan ke arah jalan Allah bukannya kita mencapai kejayaan kerana ingin menunjuk sesama manusia atau kerana ingin memperolehi pangkat. Jika dengan ini kita tidak akan memperolehi hati yang tenang sebab akan ada orang yang ada lebih dari kita.
Ikhtiar
Kita juga mesti berikhtiar untuk memperolehi hati yang tenang. Katanya lagi, hati tidak akan tenang jika solat kita tidak sempurna. Jadi, carilah guru agar solat kita sempurna dan menjadi terbaik di mata Allah.
Doa
Setelah berikhtiar atau berusaha kita juga mesti menyerah segala keputusan atau hasilnya kepada Allah dengan hanya berdoa.
Taubat Yang Berterusan
Dalam memperolehi hati yang tenang, Prof Dr Muhaya juga meminta agar kita melakukan taubat yang berterusan.
Katanya lagi, jika kita melakukan kelima-lima langkah ini... In Sha Allah ketenangan yang kita cari akan kita jumpa.
Selamat beramal uolls!
tHANKS FOR TIPS :)
ReplyDelete