Janjinya Syurga OST Drama Teratai Kemboja - Cahaya Hayati

23 Apr 2018

Janjinya Syurga OST Drama Teratai Kemboja

Janjinya Syurga OST Drama Teratai Kemboja. Mommy baru start layan Drama Teratai Kemboja yang telah di tayangkan di TV3 setiap Rabu sehingga Jumaat. Mulanya ingat malas nak layan tapi bila tengok barisan pelakon yang hebat, terus hati kata mesti best. so, mommy pun layan drama ni secara online saja dan ternyata best sangat. 
Lirik Lagu Superchild - Janjinya Syurga, Janjinya Syurga OST Drama Teratai Kemboja, ost teratai kemboja, ost drama teratai kemboja, lagu drama teratai kemboja, lirik janjinya syurga, video janjinya syurga , lagu superchild, janjinya syurga suoerchild,
Ost Drama Teratai Kemboja

SINOPSIS TERATAI KEMBOJA

Mengisahkan mengenai Fikri (Adi Putra), seorang usahawan yang berkahwin dengan Hanani (Elly Mazlein) sewaktu mereka sama-sama masih menuntut di universiti. Hanani masih belum bersedia untuk mempunyai anak dan mengambil pil perancang kerana mahu menumpukan pengajian tahun akhir mereka. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani tetapi Hanani tetap dengan keputusannya. Dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah demi menjaga hati Hanani.
Konflik semakin meruncing apabila Hanani semakin tidak menghormati Fikri sebagai suami lebih-lebih lagi apabila perniagaan Spa Hanani kini semakin maju. Situasi ini menyebabkan Fikri sangat tertekan dan diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar Taufik. Mujur kecederaan Taufik tidak serius namun dia tetap di tahan di hospital. Selama mereka dirawat di hospital, Taufik selalu datang melawat Fikri di wadnya.


Fikri bertanyakan tujuan Taufik yang juga seorang guru agama di Kemboja datang ke Malaysia. Taufik menceritakan dia mencari seseorang dan dalam masa yang sama berjumpa dengan pihak NGO yang banyak menyumbang keperluan asas seperti pakaian, buku, alat tulis terutama yang berkaitan dengan perkembangan Islam dan pendidikan kanak-kanak di kampungnya. Fikri tertarik dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja.
Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri juga tertarik dengan peribadi Nurhidayah (Fasha Sandha) yang juga anak kepada Taufik (Hasnul Rahmat), tetapi Fikri masih ingat akan statusnya yang sudah berkahwin. Taufik juga turut menceritakan asal usul mereka dan kenapa dia membawa Nurhidayah lari ke Kemboja. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah.
Fikri bingung. Namun dalam masa yang sama, Fikri juga mahukan zuriat sebagai pewaris keturunannya dunia akhirat. Nurhidayah pula, seorang anakyang baik hanya menurut permintaan bapanya. Akhirnya Fikri dan Nurhidayah disatukan. Taufik meminta Fikri untuk menjaga Nurhidayah dan mencari Maryam, ibu kandung Nurhidayah sekembalinya mereka ke Malaysia nanti. Dapatkah Nurhidayah menemui Maryam dan bagaimana pula penerimaan Hanani terhadap Nurhidayah?

Lirik Lagu Superchild - Janjinya Syurga

Berlindung di sayap rahmatNya
Menanti embun seroja 
Titis hilang dahaga
Dibalik cahaya sejahtera
Terpaku aku menanti yang dijanjinya syurga

Apapun yang ku cari tetapnya disini
Peneman kebimbangan berlalu pergi
Dan kasih hadir jua di balik kecewa
Tak mungkin beralih ku menanti rahmat cintaNya

Bayangan mengejar diriku
Hilang terang di belenggu rindu
Percaya kekalnya Sang Cinta
Hangat ku bersama
Berteman lenanya
Mimpi kasih kita sempurna

Dibalik cahaya sejahtera
Terpaku aku menanti yang dijanjinya syurga

Apapun yang ku cari tetapnya disini
Peneman kebimbangan berlalu pergi
Dan kasih hadir jua di balik kecewa
Tak mungkin beralih ku menanti rahmat cintaNya

Bayangan mengejar diriku
Hilang terang di belenggu rindu
Percaya kekalnya Sang Cinta
Hangat ku bersama
Berteman lenanya
Mimpi kasih kita sempurna

Bayangan mengejar diriku
Hilang terang di belenggu rindu
Percaya kekalnya Sang Cinta
Hangat ku bersama
Berteman lenanya
Mimpi kasih kita sempurna

1 comment:

  1. Cerita nih best tapi saya tak ada masa nak tengok tv kak...anak anak saja yang tengok

    ReplyDelete