Nasi Ayam Sup Berempah Man Mawi Sedap Di Desa Aman. Hari minggu yang lalu, mommy ke Desa Aman untuk melihat-lihat rumah di sana untuk di pertimbangkan sebagai investment pada masa depan. Tak sangka begitu pesat sekali pembangunan di Desa Aman Kulim ini. Harga rumah pun naik 3 kali ganda selepas airport akan di bina tapi tapak airportnya tak nampak pun.. Entah bila nak naik sedangakan harga rumah semakin hari semakin tinggi. Selepas melihat-lihat rumah, perut pun dah lapar.. mommy pun singgahlah di Man Mawi Cafe.
Lapar punya pasal, mommy order nasi ayam campur daging (special lah kiranya). Sekali datang, terbeliak mata mommy sebab banyak, ada ayaq asam, kicap, cabai nasi ayam dan aroma nasi serta sup memang membangkitkan selera yang sedia lapar ni.
Nasi Ayam Daging (special) pilihan mommy |
Jaranglah kedai yang menjual nasi ayam ada pakej sekali dengan daging tapi di Man Mawi Kafe ada nasi daging dan pelbagai menu lagi. So, korang boleh pilih menu yang mana yang korang mahu dan kena dengan selera korang.
menu di kafe Man Mawi |
Man Mawi Kafe memberi kelainan berbanding nasi ayam yang lain apabila ia menghidangkan nasi ayam bersama dengan sup berempah yang sedap. Hmmm... Makan nasi dengan sup saja pun dah sedap.
Menu utama di Man Mawi Kafe |
Masa mommy singgah tu pun hampir fullhouse. Ramai rupanya peminat nasi ayam sup berempah Man Mawi Kafe terutamanya di kalangan pekerja kilang INOKOM.
Nasi Ayam Sup Berempah Man Mawi Sedap Di Desa Aman |
Bagi yang belum pernah sampai ke Desa Aman, korang bolehlah guna maps di bawah. Ataupun kalau korang dalam perjalanan ke Baling, Grik dan Kelantan, boleh juga singgah sini untuk mengisi perut sebelum menempuh perjalanan yang jauh.
bolehlah cuba nanti
ReplyDeletelapar plak tgk menu nasi ayam ni sbb tk lunch td
ReplyDelete