6 Cara Untuk Bersara Dengan Kaya Raya - Cahaya Hayati

19 Feb 2020

6 Cara Untuk Bersara Dengan Kaya Raya

6 Cara Untuk Bersara Dengan Kaya Raya. Assalamualaikum wbt & hi korang! Hujung bulan ni genaplah umur CH 40 tahun. Dah 4 siries uolls... Dah tak boleh main-main acilut cakk dah. Kena ambil serius sebab lagi 15 tahun dah nak bersara. Tu pun kalau sempat. Yang pasti mati itu PASTI. Disebabkan lagi 15 tahun nak bersara, CH dah fikir tentang kewangan pada masa bersara nanti. Biarlah cukup dan tak menyusahkan anak-anak sebab kita tak tahu lagi masa depan dan cabaran yang anak-anak kita akan hadapi nanti... Mungkin depa struggle mencari pekerjaan, mungkin depa tidak mendapat pekerjaan setelah tamat belajar, mungkin pekerjaan yang diperolehi hanya cukup untuk sara hidup mereka.. 

6 Cara Untuk Bersara Dengan Kaya Raya, cara untuk menjadi kaya, cara mudah untuk berjaya dan kaya, cara untuk menjadi senang dan kaya, tips untuk berjaya dan kaya, tips jutawan, cara nak jadi kaya dalam islam, cara menjadi jutawan senyap, tips orang kaya, tips bersara, tips kewangan untuk bersara, persediaan untuk bersara, persediaan untuk pencen, retired, pelan persaraan, tips simpanan persaraan, perancangan kewangan persaraan, panduan kewangan, financial tips,
6 Cara Untuk Bersara Dengan Kaya Raya


CH sebolehnya tak nak menyusahkan anak-anak dari segi kewangan. Biarlah mereka bina hidup dan kumpul aset mereka sendiri. Disebabkan itu, CH banyak baca buku dan artikel tentang pengurusan kewangan. Mantapkan diri dengan pengurusan kewangan agar duit gaji tak melencong ke tempat yang sepatutnya. Belum terlewat untuk memulakan apa yang dihajati. 

Hasil dari pembacaan buku pengurusan kewangan dan juga artikel kewangan yang dikongsi oleh pakar kewangan dan hartanah iaitu Azizul Azli Ahmad, CH kongsikan dengan korang. Moga ia menjadi manfaat untuk semua yang baca dan bersara dengan kaya raya. In sha Allah. 


6 Cara Untuk Bersara Dengan Kaya Raya


#1 Memiliki Dan Melabur Dalam Pelaburan Hartanah

Melabur dalam hartanah tak pernah tak menguntungkan. Ianya cuma lambat ataupun cepat saja. Bagi yang mempunyai tanah yang diwarisi dari orang tua, jangan mudah untuk menjualnya ketika terdesak sebab bila-bila masa saja harga tanah tersebut akan melambung tinggi. 

Pembelian rumah adalah satu pelaburan yang menguntungkan sebab jika anda tidak tinggal di rumah tersebut, anda boleh jadikan ia rumah sewa, homestay ataupun hostel. Pasti ia mendatangkan hasil setiap bulan kepada anda. 


#2 Melabur Dalam Unit Amanah

Dari dulu lagi orang kata, nak simpan, simpanlah dalam unit amanah sebab setiap tahun boleh dapat pulangan (dividen) balik. 10% pun jadilah sebab ia menggandakan simpananan kita. 

Bagi yang tak tahu, akaun 1 kwsp boleh dikeluarkan untuk disimpan dalam unit amanah. Ia adalah untuk memaksimumkan simpanan pelabur. Ini kerana ramai yang pertikaikan kwsp hanya mampu memberi dividen sebanyak 5-6 % saja. Sedangkan pelaburan dalam unit amanah membolehkan pelabur memperolehi dividen sebanyak 10-15% setahun. Jadi, korang boleh anggarkan berapa jumlah kwsp yang korang akan dapat apabila berumur 55 tahun... Kira jangan tak kira. 

Nak melabur dalam unit amanah pun mudah sebab sekarang dah banyak ejen unit amanah. Silap-silap ahli keluarga kita sendiri pun ada yang jadi ejen. Rajin-rajinlah bertanya... 


#3 Membeli Insurans Dan Hibah

Melabur dalam unit amanah dah, rumah pun dah ada 3 biji... nak buat apa lagi? Insurans dan hibah dan ambik ke? Kalau belum silalah ambil sebab yang ini sangat bermakna kepada kita. 

Insurans yang wajib kita ambil adalah insurans perubatan kerana pada masa kita bekerja, syarikat yang tanggung bil perubatan kita dan ahli keluarga. Tapi bila dah tak bekerja, siapa yang akan tanggung kita? Tambah-tambah lagi yang tak pernah mendapat rawatan di hospital kerajaan... So, better ambil insurans perubatan sebelum bersara demi memastikan keselesaan dan rawatan yang terbaik ketika bersara nanti. 

Hibah pula, adalah untuk memastikan kita mempunyai pendapatan yang dilindungi. Maksudnya ia bukan saja kepada pasangan kita ketika berlakunya kecemasan/ kemalangan/ kehilangan tetapi juga untuk kita apabila kita telah bersara. Ia umpama simpanan. Contohnya, suami A ambil hibah 300K dan penamanya adalah A. Jika, apa-apa berlaku kepada suami A, A akan memperolehi hibah tersebut agar kelangsungan hidup A dan anak-anak dapat diteruskan. 

Jika tiada apa-apa yang berlaku dalam tempoh suami A ambil hibah tadi, suami A boleh keluarkan hibah RM300K bila telah selesai tempoh bayaran. 

Walaubagaimanapun, sebelum membeli insurans dan hibah, korang dapatkan maklumat terperinci dari ejen sebab insurans dan hibah ni ada penambaikkan dari masa ke semasa. 


#4 Melaksanakan Perniagaan

Berniaga memang digalakkan sebab Rasulullah pun berniaga. pastikan ilmu perniagaan dan pengurusan kewangan penuh didada. Jangan modal yang dikeluarkan hangus begitu saja. Cari perniagaan yang bertahan lama dan sentiasa ada permintaannya. 

Contoh perniagaan yang bertahan lama adalah kedai buku dan stationery, kedai makan, kedai printing, kedai kek dan kedai runcit. 

Sebolehnya perniagaan yang korang hendak mulakan setelah bersara adalah perniagaan yang korang mempunyai kepakaran, kemahiran dan kepandaian. Tak tahu, boleh belajar sebab pembelajaran tiada tempoh tamatnya. 


#5 Meminimumkan Hutang Piutang

Yang paling penting sebelum bersara kena tengok dulu hutang piutang kita ada banyak mana lagi. Bukan apa, takut nanti, pendapatan ( kwsp + unit amanah+ share)  tolak hutang piutang tinggal kosong ataupun terhutang lagi. Tiada apa yang tinggal... Menangis air mata berdarah pun duit tu takkan dapat balik. Baru setahun bersara dah kena kerja balik... huhu. 

Sebelum jadi macam tu, beringatlah bila nak berhutang... 


#6 Jangan Melabur Dalam Skim Cepat Kaya

Ramai pesara tak habaq yang mereka habis banyak duit sebab join skim cepat kaya. Skim ni memang tak dapat di kesan sebab ketika awal pelaburan, memang akan dapat pulangan tapi bila sampai suatu ketika, tetiba skim tersebut jadi haram dan modal pun tak dapat balik. Duit habis begitu saja. So, hati-hatilah agar tidak terkena dengan skim ini. 


#bersaradengankayaraya
#Bebashutang

2 comments: