Cari Kerja Kosong Melalui Portal KerjaKosong.Co - Cahaya Hayati

27 Feb 2020

Cari Kerja Kosong Melalui Portal KerjaKosong.Co

Cari Kerja Kosong Melalui Portal KerjaKosong.Co . Hai korang! Baru-baru ni CH ada dengar di radio yang graduan hari ini susah untuk mendapat pekerjaan tetap atau mendapat pekerjaan yang boleh mereka mempunyai pendapatan selepas tamat belajar. Ada yang kata rezeki masing-masing tapi kalau tak usaha mana kan nak dapat hasilnya. CH sendiri pernah alami situasi tersebut dan bekerja dengan kedai serbaneka hampir 5 tahun sebelum mendapat kerja sekarang. Alhamdulillah. Walaupun CH bekerja di kedai serbaneka, CH berada dalam kumpulan management yang mana handle pengurusan kedai, stok, kewangan dan juga pengurusan sumber manusian. Kerja banyak, gaji sikit tapi semua itu pengalaman yang sangat bermakna. Itu pengalaman CH yang memang tak memilih kerja tapi tak semua orang macam CH. Bagi yang memilih kerja, kerja di kedai serbaneka adalah tak sesuai dan tak standard. Disebabkan sikap memilih kerja inilah menyebabkan kadar pengangguran kian meningkat. Percaya atau tidak, 700,000 orang pengganggur mencari jawatan kosong pada tahun 2020. 

Sebenarnya, banyak jawatan kosong 2020 yang ada di Malaysia sama ada popular atau tak saja. Mungkin disebabkan syarikat tersebut tidak dikenali ramai, maka iklan jawatan kosong tersebut dirasakan tak menarik walaupun kerja dan gaji yang di tawarkan sangat menarik. Betul kan?

Cari Kerja Kosong Melalui Portal KerjaKosong.Co, kerjakosong.co, kerja kosong, jawatan kosong, jawatan kosong 2020
Cari Kerja Kosong Melalui Portal KerjaKosong.Co


Bagi korang yang mahu mencari jawatan kosong bolehlah layari portal KerjaKosong.Co ini dan tengok jawatan kosong yang sesuai dengan korang. Dalam portal ini, terdapat pelbagai tawaran dan pilihan jawatan kosong kerajaan dan swasta. Ia meliputi seluruh negeri di Malaysia. Korang nak apply kerja di timur, selatan, utara ataupun Sabah Sarawak. Boleh saja dengan KerjaKosong.Co.

Dengan adanya portal ini, pencarian kerjaya atau jawatan kosong adalah lebih mudah kerana portal ini memberikan maklumat lengkap tentang kerja kosong yang baru, tepat dan berserta tips mudah dapat kerja. Bagusnya portal ini siap bagi tips untuk dapat kerja lagi. Oh yer, antara jawatan kosong yang kerap dan ramai yang dicari termasuklah jawatan kosong sabah, kerja kosong kelantan, jawatan kosong terengganu dan jawatan kosong spp.

Bukan kata laman web yang lain tak bagus tapi bila layari banyak yang hanya beri details yang dikehendaki oleh majikan saja. Bagi yang ada pengalaman mungkin okay la tapi bagi yang tiada pengalaman dan baru graduate, confirm rasa down dan susahnya nak dapat kerja. Frust! itulah yang dirasakan oleh para pencari kerja. 

Jadi kalau nak senang dapat kerja, pastikan korang tahu dan rajin semak jawatan kosong di portal KerjaKosong.Co . Jangan lupa letak kat favorite portal ni. Senang nak cari bila nak semak jawatan kosong. 

Itu jer info yang CH boleh share dengan korang yang tengah mencari kerja sekarang. Diharapkan anda akan memperoleh kerja dengan mudah melalui portal rasmi kerja kosong ini. 

Jangan lupa share jika anda rasa artikel ini bermanfaat kepada semua orang. 

Terima kasih!

1 comment:

  1. bagus portal macam ni membantu penganggur mencari kerja... yang sedang cari kerja tu kena rajinlah..

    ReplyDelete