Road To Jannah - Cahaya Hayati

19 Feb 2020

Road To Jannah

Road To Jannah. Hari ni penuh timeline dengan troll road to Jannah. Korang ada baca tak? Ke korang join sekali jadi pembaris. Baik ngaku.. 

Kalau tak baca lagi, korang boleh baca di SINI

Road to jannah
Road to Jannah

Ini pendapat peribadi CH la. 

Bagi CH, tips yang di kongsi tak salah pun sebab itu situasi yang dia hadapi. Situasi yang dihadap hari-hari. Dah biasa. Dah Mangli orang kata..

Kenapa situasi ni wujud? Korang tahu ke waktu kerja suami si pemberi tips ni? Kerja jauh atau dekat? 

Tak tahu kan? 

Situasi di atas wujud mungkin sebab si suami kerja 12 jam. Masuk kol 7 pagi habis kerja 7 malam. Nak masuk kol 7 pagi, mungkin kena keluar rumah 6.30 pagi dan sampai rumah kol 7.30 - 8.00 malam... 

Itu bagi yang bekerja dekat dengan rumah lah. Bagi yg bekerja jauh tapi demi memastikan mereka dapat tinggal 1 keluarga dalam 1 rumah, mereka sanggup tempuh perjalanan pergi balik yang jauh demi keluarga. Sampai lambat dan dan letih. Ofkos la dia minta isteri masak dan kemas rumah agar dia tak serabut dan marah-marah. 

Kita juga tak tahu, mungkin pada weekend sisuami ni tolong isteri tapi tak dinyatakan dalam tips tersebut. Mungkin juga sisuami sediakan semua kemudahan yang diperlukan oleh isteri demi memudahkan isteri masak, iron baju dan lain-lain. Mungkin juga sisuami ini adalah suami yang mampu beri apa saja yang di minta oleh isteri..  Mampu bawa isteri dan anak-anak jalan ataupun bercuti. 

Mungkin juga mereka dalam merancang kewangan untuk mencapai impian sebab itulah si isteri berkorban untuk memasak dan memastikan perjalanan rumah tangga mereka berjalan dengan lancar. 

Dalam tips tu jugak tak dinyatakan pun yang suami buli si isteri.. Yang suami abaikan nafkah pada isteri dan lain-lain lagi.

Kita tak tahu situasi dan tak berada di tempat mereka. So, jangan nak jadi pembaris sangat. 

Kita kena ingat, setiap orang ada bahagianya yang tersendiri. Mungkin dia bahagia dengan cara dia.. Kita atur bahagia dan syurga kita sendiri. 

#roadtojannah
#ciptasyurgasendiri

No comments:

Post a comment