Faraid | Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati? - Cahaya Hayati

21 Feb 2020

Faraid | Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati?

Faraid | Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati? Amboi tajuk bukan kemain lagi.. CH tak pandai pun bab faraid ni tapi CH sendiri pun perlu mengurus tanah peninggalan arwah mak ayah. Sampai sekarang tak settle lagi. Huhu.. Lagipun adik beradik yang lain pun diam saja... Biarlah dulu nanti bila ada masa dan ada yang dah bersuara, baru urus betul-betul hingga lengkap pembahagian tersebut. In sha Allah. 

CH terasa nak muat naik post ni sebab bila nampak kesusahan isteri Arwah Abam walaupun baru beberapa hari arwah meninggal dunia. Dalam islam sendiri dah ada garis panduan untuk pembahagian faraid. Ada anak lelaki, anak, isteri dan ibu bapa si mati akan dapat sekian sekian, tiada anak lelaki atau tiada anak, isteri, anak, ibu bapa si mati akan dapat sekian-sekian. Jadi kenapa perlu dipertikaikan lagi? Banyak lagi termasuklah aset yang mempunyai dua nama. Sebab itulah kita perlu merujuk kepada yang PAKAR. Bukan boleh buat sukahati ikut kepala kita.. 

Pentadbiran harta pusaka

Kalau nak menuntut pun biarlah si balu ni lepas edahnya agar beliau dapat mengurus, meminta pendapat peguam, ustaz ataupun siapa-siapa yang pakar dalam pembahagian harta selepas penama meninggal. Tempoh edah adalah tempoh dimana si balu masih bersedih, lemah dan rasa kehilangan. Kenapa perlu disusahkan lagi dengan menuntut harta, aset dan lain-lain yang kepunyaan si mati? 

Tak faham betul CH dengan orang menuntut tapi bukan dalam kategori waris. Kenapa perlu nak sibukkan diri? Duduk diam-diam dan tegurlah dengan cara berhemah jika waris itu tidak melaksanakan pembahagian dengan cara yang betul. Kan lebih baik!

Contoh pembahagian faraid


Bila dah jadi macam ni, kita semua perlu belajar ilmu faraid, wasiat dan hibah agar tidak salah faham dan membuat tindakan yang tidak betul.


CH sendiri pernah dengar ceramah dan artikel yang meminta kita membuat pembahagian, wasiat dan hibah ketika masih sihat. Penting rupanya pesanan supaya tidak terjadi perebutan dan rasa tidak puashati. 

Perbezaan faraid, wasiat dan hibah

Bagi yang tiada aset, bolehlah mengambil insurans berbentuk HIBAH kerana ia adalah pemberian kepada isteri. So, tiada siapa pun boleh kacau HIBAH tersebut. Seorang konsultan insurans pernah bercerita kepada CH yang seorang peniaga goreng pisang mempunyai seorang isteri dan 4 anak kecil telah mengambil insurans dengannya dengan bayaran RM200 sebulan. Tidak pernah culas bayar. Selepas dua tahun mengambil insurans, peniaga tersebut meninggal. Isteri tidak tahu pun yang sisuami ni ambil insurans dan tahu selepas konsultan ni pergi followup bayaran. Peniaga ini telah tinggalkan RM 200K kepada isteri dan anak-anak untuk kelangsungan hidup. Alhamdulillah dan terserlah kelegaan kepada si isteri.

Jadi korang boleh bayangkan bagaimana balu yang tidak bekerja apabila suami meninggal. Hilang terus sumber pendapatan. Suami/isteri pun jangan pandang sebelah mata bila isteri/suami ambil tahu semua hal. Bukan nak control tapi nak memastikan semua urusan senang bila kita tiada.

Bagi CH, orang yang paling layak untuk urus segala hutang, faraidh apabila suami telah tiada adalah isteri, anak dan ibu bapa suami. Begitu sebaliknya bila si isteri juga telah meninggal dunia. Adik beradik sila duduk tepi dulu. Adik beradik hanya ada bahagian bila si mati tiada anak dan tiada anak lelaki ketika meninggal. Kepada isteri pula, sentiasalah menjadi bijak dan tegas dalam mempertahankan hak sendiri. Banyak hak yang isteri boleh tuntut selepas kematian suami iaitu tempat tinggal sehingga habih edah, harta sepencarian, tunggakan nafkah, bahagian dalam faraid dan tanggungjawab terhadap anak. 

Jadi Bapa-bapa yang budiman lagi bijak, jika tiada anak lelaki... Silalah pergi buat hibah aset yang dimiliki kepada isteri dan anak perempuan agar mereka tidak ditindas oleh adik beradik sendiri.#sekadarpesanan.

Bab mewarisi pula, patuhlah pada arahan mahkamah/ pihak berkuasa atau sebagaimana yang tertulis dalam wasiat/ hibah ataupun mengikut pembahagian faraid.

Bagi CH, nak harta berkepuk-kepuk usahalah sendiri. Lastly dari CH, jom kita tonton, dengar dan fahami faraid, hibah dan wasiat dalam syariah meja bulat di bawah.

1. Hibah Dan Wasiat

2. Rebut Harta Pusaka
3. Harta Sepencarian
Ada banyak video lagi dan korang pun bolehlah cari untuk mendengar dengan lebih lanjut tentang pembahagian harta setelah penama meninggal. 

No comments:

Post a Comment