6 Resepi Menggunakan Bunga Chicha. Assalamualaikum wbt & hi korang. Belah utara sekarang ni tengah famous dengan bunga Chicha atau Cica ataupun Cicar. Tak kisahlah yang mana satu sebutan korang yang penting ia adalah bunga yang sama. Bunga Chicha ataupun nama saintifiknya adalah Stereospermum fimbriatum DC. Ia adalah sejenis tumbuhan hutan yang terdapat di Malaysia dan juga di negara-negara Asean yang lain. Terdapat 2 warna bunga ini iatu putih dan pink cair Bunga cantik ini selamat di makan.
Bunga Chicha |
CH sendiri pernah merasa pengalaman mengutip bunga ini untuk di buat kuih lepat tapi dah lama. Masih teringat lagi keenakkan lepat bunga chicha yang dibuat oleh arwah mak CH. Sekarang susah nak jumpa. So, jangan pandang rendah pada resepi orang dulu-dulu. Jika ia digunakan pasti ada keistimewaannya yang tersendiri. Kalau tak, takkan sampai teringat sampai sekarang...
4 Resepi Menggunakan Bunga Chicha
#1 Lepat Liat Bunga Chicha
Lepat Liat Bunga Chicha Gambar kredit kpd mr google Resepi kredit kepada Monie's Life 2 |
Bahan tepung:
500 gm tepung pulut
200 gm gula pasir @ 1 1/2 cawan
2 cawan pati santan
2 helai daun pandan
1 cawan serbuk bunga cica (bunga dikisar)
Bahan Inti:
1 biji kelapa parut (putihnya saja)
sedikit garam
Bahan lain:
minyak masak
daun pisang secukupnya (jemur atau layur)
Caranya:
1. Masak air, gula pasir dan daun pandan sehingga gula larut. Ketepikan dan biarkan sejuk.
2. Dalam bekas masukkan tepung pulut, santan dan sendukkan gula yang dimasak tadi sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh yang lembut.
3. Kelapa digaul dengan sedikit garam.
4. Ambil daun pisang kemudian lenserkan minyak di atasnya.
5. Letakkan 1 sudu besar tepung tadi dan isikan inti kelapa.
6. Lipat dengan kemas. Ulang cara tadi sehingga habis
7. Kukus sehingga masak sekitar 10-15 minit. Jangan terlalu lama sebab air wap akan masuk di dalamnya.
8.Siap untuk dihidangkan.
#2 Kuih Koci Bunga Chicha
Kuih koci bunga Chicha Resepi dan gambar kredit kpd COOKPAD |
Bahan Inti
1 biji kelapa parut
200 gm gula merah
100 gm gula pasir
Sedikit garam
Sedikit air
Bahan Koci
500 gm tepung pulut
200 gm serbuk bunga chicha
Sedikit air (untuk membuat doh)
Daun pisang
Caranya
1. Pertamanya sediakan inti terlebih dahulu. Caranya, masukkan kelapa parut, gula merah, gula pasir, garam dan air. Gaul sekata dan masak sehingga mendidih. Sejukkan seketika.
2. Sediakan bahan-bahan untuk koci. Daun pisang dilayurkan atas api seketika untuk bagi lembut
3. Tepung pulut, serbuk bunga chicha dan air dicampur ke dalam bekas. Uli sehingga menjadi doh.
4. Untuk balut Koci. Potong daun pisang ikut saiz yang dikehendaki. Ambil sedikit adunan tepung. Masukkan inti dan bulatkan. Kemudian balut. Untuk balut tu, ikut kesesuaian citarasa masing-masing. Sebab koci ni ada macam-macam jenis balutan dia. Ulangi semua langkah ini sehingga adunan habis.
5. Kukus dalam periuk pengukus selama 20 minit atau sehingga koci masak.
6. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidang.
Nota: Koci Bunga Chicha yang telah masak sempurna. Tekstur warna dia akan gelap sedikit berbanding koci biasa. Rasanya pula jauh lebih sedap dan lembut.
#3 Talam Pulut Bunga Chicha
Resepi dan gambar Talam Pulut Bunga Chicha Kredit kepada batupahatlife |
Bahan:
Bunga Chicha segar- segenggam
Tepung pulut - 250 gm
Gula - 130 gm
Santan pekat - 1 cawan
Garam - 1/2 sudu teh
Cara:
1. Kisar gula, santan dan bunga chicha sehingga halus
2. Tuang ke dalam bekas, campurkan tepung pulut dan garam, Kacau sebati
3. Tuang adunan ke loyang 8 inci yang telah disapu minyak.
4. Kukus selama 45 min
5. Biarkan sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut bergaram
#4 Kasui Bunga Chicha
Kasui Bunga Chicha Gambar dan resepi kredit kepada Kak Nor |
3 Cawan Tepung Gandum
1 mangkuk Bunga Chicha
5 1/2 cawan air untuk di kisar dengan bunga chicha
1 1/2 cawang gula pasir/ brown sugar
1/2 cawan tepung jagung
sedikit garam
2 Sudu besar air kapur
1/2kg kelapa parut ( ambik putihnya saja)
Caranya:
1. Masukkan air dalam periuk pengukus dan biarkan sehingga mendidih.
2. Satukan semua bahan diatas kecuali kelapa parut dan gaul sehingga sebati. Kalau malas, kisar saja sehingga sebati dan halus. Ketepikan.
3. Sapukan minyak pada loyang dan masukkan adunan kedalamnya. Sedia dikukus selama 50minit atau sehingga masak. Setelah masak, angkat dan biarkan ia sejuk.
4. Setelah itu, kukus kelapa parut yang digaul dengan garam supaya kelapa tidak cepat basi atau masam.
5. Potong kuih kasui dan gaul dengan kelapa. Sedia untuk di makan.
lepat bunga chicha tu lah yg paling femes ^_^
ReplyDeleteAssalamualaikum Sis Yati Zul, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.
ReplyDeleteHadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50
Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.