Sebab-Sebab Suami Perlu Sediakan Tempat Tinggal Untuk Isteri Asing Dari Keluarga - Cahaya Hayati

5 Feb 2020

Sebab-Sebab Suami Perlu Sediakan Tempat Tinggal Untuk Isteri Asing Dari Keluarga

Sebab-Sebab Suami Perlu Sediakan Tempat Tinggal Untuk Isteri Asing Dari Keluarga. Tinggal bersama keluarga mertua ada pro and kon. Tidak kiralah tinggal bersama keluarga suami atau isteri yang pasti bila membicarakan tentang hal ini banyak senarai baik dan buruknya. Jadi, adalah lebih baik suami bawa isteri pindah duduk asing walaupun rumah tersebut dekat dengan rumah keluarga. Mungkin awalnya ramai yang menentang, tapi percayalah ramai lagi yang setuju jika anda tinggal berasingan dari keluarga. Berikut adalah sebab-sebab yang korang perlu fikirkan terlebih dahulu ataupun orang kata in advance jika korang hendak tinggal dengan keluarga dibawah satu bumbung.

Sebab-Sebab Suami Perlu Sediakan Tempat Tinggal Untuk Isteri Asing Dari Keluarga, suami, isteri, tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri, tips perkahwinan, tips suami isteri, tips suami isteri bahagia, suami isteri bahagia, suami isteri, tips rumahtangga bahagia, tips rumahtangga, rumah, bahagia, kenapa perlu tinggal sendiri selepas berkahwin, tinggal asing atau dengan keluarga mertua,
gambar dari goole... 

Sebab-Sebab Suami Perlu Sediakan Tempat Tinggal Untuk Isteri Asing Dari Keluarga


  • Penjagaan Aurat
Penjagaan aurat di hadapan keluarga amat penting. Unless korang tidak kisah isteri korang tayang auratnya. Untuk yang mementingkan aurat, ia adalah perkara yang paling dikisahkan sekali. Yelah bila dah tinggal sekali dengan keluarga yakni ipar, maka isteri perlu bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Begitu juga dengan suami, perlu menjaga aurat dengan ipar perempuan. Tapi sampai bila?

Jika setiap masa pasangan perlu menjaga dan menutup auratnya dengan sempurna, maka keselesaan untuk meneruskan kehidupan ditempat itu untuk tempoh waktu yang lama adalah amat menyeksakan. Ini kerana orang perempuan perlu menutup auratnya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Jadi kerja-kerja seperti mengemas, memasak atau nak buat apa saja dalam rumah jadi tak selesa dan tak senang. Kalau tak buat dikatakan malas. 

Bila dah ada anak, nak susukan anak pun susah... Jadi payah.. 

  • Kurang Bebas Dan Tiada Privasi
Setiap pasangan ada aktiviti, cara atau hobi tersendiri tapi bila tinggal dengan keluarga benda itu jadi halangan atau terhad. Itu belum lagi bab nak rehat lama, bab nak bangun tidur lambat ataupun bab 'me time'. Tak boleh buat sesukahati sebab banyak mata melihat, memandang dan menilai. Makanya kebebasan cara hidup tersendiri seperti yang diinginkan tak boleh dilakukan. 

Selain dari itu, pasangan juga ada impian untuk syurga dunia. Mahu rumah seperti ini, mahu dekorasi seperti itu, mahu layanan seperti ini tapi bila tinggal bersama keluarga, ia tak boleh buat... 

So, dah kurang bebas dan tiada privasi. 

  • Banyak Hati Yang Perlu Dijaga
Tak dapat dinafikan lagi apabila tinggal dibawah satu bumbung yang ramai ahli keluarganya, banyak hati dan perasaan yang perlu dijaga. Bila dah tinggal beramai-ramai, mudah berlaku hal-hal yang berkaitan 'terasa hati' walaupun ianya perkara kecil. Dari perkara kecillah menjadi semakin besar. Jadi sebelum ianya berlaku, ambillah tindakan bijak dengan tinggal sendiri. 

  • Tanggungan Bil-Bil Utiliti Dan Perbelanjaan Harian
Asyik dia saja yang kena bayar atau tanggung. Mana adik beradik yang lain? Masa guna semua guna, tapi bil-bil utiliti dan belanja rumah dia saja yang tanggung sampai nafkah kepada isteri pun terabai. Sampai bila nak tanggung beban dan tekanan? Lama-lama boleh gaduh adik beradik hanya di sebabkan duit. 

Tinggal asing dan tanggung bil utiliti rumah sendiri tapi kepada mak ayah jangan lupa di hulurkan setiap bulan dan moga rezeki kita berkat dan bertambah. 

  • Menjaga Silaturrahim
Tinggal asing bukan bermakna kita memutuskan sillaturrahim tapi akan mengeratkan lagi sebab dengan tinggal asinglah akan wujud perasaan rindu dan sayang.  

  • Sukar Buat Keputusan
Sukarnya nak buat keputusan bila tinggal sekali dengan keluarga. Yelah kita atau suami bukan ketua keluarga. Nak kena tanya pendapat ramai... Nak kena jaga hati. Bak kata nak kena jaga semualah... 

Bila tinggal asing dengan keluarga kecil, kita tak perlu tanya pendapat mak ayah, pendapat ahli keluarga yang lain kecuali pasangan kita saja. Contohnya, kita ada budget sekian, nak pergi bercuti ke satu tempat. Nak keluar rumah kena inform mak ayah yang tinggal keluar untuk 2, 3 hari ke tempat tersebut. Adik ipar dengar dan nak ikut... Korang nak cakap tak boleh ke? Nak ajak, lebih dari budget dah. Last-last tak jadi pergi. Pasangan makan hati, merajuk sebagainya. 

  • Tidak Berdikari
Bila dah tinggal dengan keluarga, ramai yang tak reti berdikari. Tak reti jaga anak, ada mertua tolong jagakan, tak reti masak, takpe mertua masakkan dan korang tinggal nak makan saja. Silap-silap semua mertua tanggung. Si suami jadi suami yang tak reti bertanggungjawab, si isteri lepas tangan dan jadi malas. Buat apa nak susah-susah kalau semua perkara dah tersedia dan secured..

Ini kalau dapat mertua yang baiklah yer...

Tapi sampai bila? kesenangan dan kebergantungan kepada mertua akan berakhir bila mereka telah tiada. Apa yang akan jadi kepada kita? Terkial-kial untuk meneruskan hidup. 

Dari awal perkahwinan lah kena mula susah senang bersama isteri. Manis masam segalanya bersama-sama. In sha Allah akan jadi pasangan yang berjaya dan bahagia dunia akhirat. 

  • Lebih Bertanggungjawab
Bila tinggal sendiri ni semua perkara kena buat sendiri. Tiada yang nak tolong buat dan pasangan pun menjadi lebih bertanggungjawab. You jaga I, I jaga You. Susah senang kita sama-sama tanggung... 

Dapat disimpulkan yang bina kehidupan sendiri dan berasingan adalah lebih baik.... Namun begitu pasangan perlu pertimbangkan untuk tinggal sendiri jika orang tua telah uzur dan memerlukan penjagaan tapi dengan syarat tiada ipar yang tinggal sekali. Jika ada, eloklah tinggal berasingan. 

Cipta syurga kita sendiri. 

No comments:

Post a Comment