SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER | RAMBUT LEBIH HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI! - Cahaya Hayati

10 Jul 2018

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER | RAMBUT LEBIH HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI!

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER | RAMBUT LEBIH HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI! Pernahkah anda mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak anda bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak anda mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar. 

Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER | RAMBUT LEBIH HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI!


Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER, carrie junior odour buster, odor buster, syampu kanak-kanak, child syampoo, kids syampoo, syampu yang sesuai untuk anak-anak, syampu wangi, syampoo rambut anak-anak, carrie junior, syampu carrie junior, review syampu carrie junior, cara menjaga rambut anak-anak, harga syampu carrie junior,
SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER, carrie junior odour buster, odor buster, syampu kanak-kanak, child syampoo, kids syampoo, syampu yang sesuai untuk anak-anak, syampu wangi, syampoo rambut anak-anak, carrie junior, syampu carrie junior, review syampu carrie junior, cara menjaga rambut anak-anak, harga syampu carrie junior,
Kakak Aisya dengan syampu kegemarannya

Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!


SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER, carrie junior odour buster, odor buster, syampu kanak-kanak, child syampoo, kids syampoo, syampu yang sesuai untuk anak-anak, syampu wangi, syampoo rambut anak-anak, carrie junior, syampu carrie junior, review syampu carrie junior, cara menjaga rambut anak-anak, harga syampu carrie junior,
syampu carrie junior

6 comments:

  1. Dari dulu sampai sekarang anak anak saya memang guna produk Carrie Junior ni. Bau pun best

    ReplyDelete
  2. el suka produk carrie junior ni..sedap bau dia..budak2 kt rumah ni pun suka..sllu kitaorg pakai satu family haha

    ReplyDelete
  3. Carrie junior ni zaza suka sangat dgn bauan dia..beli untuk budak2 memang syok la mandi.. Hihi

    ReplyDelete
  4. suke sangat dengan carier junior..masa mandi masa ceria..baunya pun sedap sgt smpai rasa nak makan

    ReplyDelete
  5. Baunya sedap..syampu rambut anak suka bau rambut dia...hehehhe

    ReplyDelete
  6. Kanak-kanak dr umur berapa boleh pakai? Tahan berapa Lama

    ReplyDelete