Pengalaman Manjakan Diri Di Chanteque Beauty & Spa. Setiap jumaat hujung bulan, company mommy bagi cuti separuh hari hari kepada semua pekerja kecuali pekerja yang bekerja sebagai frontliner. Best kan? Selalu jumaat hujung bulan ni ni mommy gunakan sebagai me time mommy sama ada pergi lepak dengan kawan-kawan, shopping ataupun ke spa. Bukan selalu, hanya setengah hari setiap bulan. Jadi semalam adalah me time mommy untuk bulan Julai. Mommy decide untuk ke manjakan diri di spa dan spa yang menjadi pilihan adalah Chanteque Beauty & Spa.
Chanteque Beauty & Spa ni terletak di Kulim Avenue, Kulim Hi Teach. Di buka setahun yang lalu di mana MUA Bella datang sebagai perasmian pembukaan spa ni.
Chanteque Beauty & Spa |
Mommy dah lama follow facebook Chanteque Beauty & Spa cuma tidak terasa nak pergi. Mungkin sebab tak dak geng nak pi. Pi sorang2 mana best kan? Kebetulan kawan seopis mommy nak join, itu yang terus on.. kihkih.
Untuk bulan Julai ni, Chanteque Beauty & Spa ada promosi Rainbow di mana setiap pakej promosi berdasarkan warna pelangi. Jadinya, untuk bulan Julai 2018 ada 7 pakej yang boleh di pilih oleh pelanggan dengan tawaran harga RM 150 bagi satu pakej.
Pakej yang mommy pilih adalah indigo. Perkhidmatan yang ada dalam pakej ini adalah seperti:-
- Facial
- Body Scrub
- Sauna
Serius teruja dengan pakej yang Indigo ni sebab selalunya mommy just ambil ala carte. Contohnya, kalau pergi spa, hanya buat facial saja tapi ini 3 benda dalam satu pakej. Kiranya ini kali pertamalah mommy pergi sauna, nody scrub dan facial.. Semua ni mengambil masa 3 jam. Berbaloi sangat!
Chanteque Beauty & Spa |
Untuk pakej indigo ini, di mulai dengan sauna. Untuk sauna ni, di beri bra dan seluar dalam pakai buang. Tempoh bersauna pula adalah 20 minit. Tu pun mommy rasa lama gila.. hahaha. Yang bestnya bila bersauna ni, terasa lemak-lemak berguguran. Banyak gila peluh walaupun 20 minit... Badan pun terasa ringan.
Inilah bilik sauna tu. Boleh buat 2 orang sekali. Tapi mommy buat sorang-sorang saja...Taklah rasa malu nak buat muka tak tahan nak lap peluh tu... hahaha
Bilik sauna Chanteque Beauty & Spa |
Lepas sauna, body scrub pula.. Best sangat sebab rasa semua daki tanggal. Scrub yang di gunakan adalah scrub buah pala (hasil sembang dengan adik yang scrub mommy). Cara adik yang scrub ni pun best sebab lembut sangat. Orangnya pun cantik.
Inilah bilik yang di gunakan untuk scrub tu... Lepas scrub, mandi untuk bersihkan badan.
Bilik Lulur atau scrub di Chanteque Beauty & Spa |
Settle bersihkan badan, buat facial pula. Yang ni kat bilik lain.. Mommy tak sempat nak ambil gambar. Facial yang di buat kat mommy pun best sangat.. Mommy rasa banyak step sebab mula-mula tu dia cuci, scrub, steam, vacum white/blackhead, korek white/blackhead, laser untuk sekatakan kulit sebab mommy ada jeragat, mask, sapu serum dan pelembap. Settle part facial... Rasanya sejam lebih kat facial saja. Siap mommy tertidur lagi.. hahahaha
Muka lepas facial di Chanteque Beauty & Spa |
Oh yer, kalau korang nak datang Chanteque Beauty & Spa ni korang bolehlah follow google maps di bawah. Untuk pakej atau promosi terkini, korang bolehlah whatsapp ke number telefon ni 011-1060 0092 ataupun follow FB Chanteque Beauty & Spa.
Bestnyer...manjakan diri
ReplyDeletewahh tak tahu pun ada spa ni dkt kulim..bolehlah nnti bawak mak dtg sini :)
ReplyDeletehtpps://aerillhassan.blogspot.com
best dah best..tapi nun jauh di kedah tempatnya..huh
ReplyDelete