San Francisco Coffee Dah Mai Penang Weiii.. Bestnya bila kopi kegemaran mommy masa di Menara TM dulu dah berada di Utara. San Francisco Coffee ( SF Coffee) melebarkan sayapnya ke Utara bagi memikat penggemar coffee tempatan dengan menawarkan kopi yang berkualiti tinggi, kepakaran memanggang dan perkhidmatan yang terbaik.
posing sikit |
Pastinya penggemar kopi di Penang teruja dengan pelancaran cawangan pertama SF Coffee di Penang. Cawangan pertama ini terletak di Ground Floor, Gurney Plaza. Ia menawarkan suasana yang sejuk, selesa dan rekaannya di inspirasikan dari 5 deria iaitu bau, sentuhan, rasa, pendengaran dan penglihatan.
Patutlah masa mommy pergi ke pelancaran pembukaan cawangan pertama SF Coffee di Penang, mommy rasa best sangat dan nak pergi lagi. Pada pendapat mommy, San Francisco di Gurney ini sangat sesuai untuk di jadikan tempat lepak atau hangout dengan kawan-kawan.
kali kedua bertemu dengan blogger Khaty Aiman dan kali pertama dengan blogger El Darwena |
Setiap Outlet San Francisco Coffee di reka dengan identiti tersendiri. Patutlah SF Coffee di Penang tak sama seperti di Menara TM dan Nu Sentral. Outlet pertama di Penang ini di reka dengan mengambilkira lifestyle 'Penangite' yang sentiasa sibuk dengan menawarkan tempat yang tenang dan damai sambil menikmati hidangan yang terbaik.
SF Coffee di Gurney Plaza di bahagikan kepada dua iaitu 'private lounge area' yang terletak di belakang dinding bar coffee dan casual seating area di luar untuk membolehkan pelanggan melihat suasana dan ragam di Gurney Plaza.
casual seating area |
casual seating area Bab makan, minum ngan posing, semua sehati sejiwa... |
private lounge area Dah nama blogger, pantang nampak camera semua sedia beraksi. hihi |
private lounge area Selain dari EL, kali pertama juga bersua muka dengan Shahirah dan Eiza. |
Mommy memang penggemar kopi. Sehari tak minum kopi, badan rasa lemau jer.. Dapat saja kopi, terus cergas dan segar bugar. hahaha. Dulu masa kerja di Menara TM, confirm seminggu sekali mommy akan mencari kopi di SF Coffee. Kegemaran mommy adalah Hazelnut Latte yang sejuk dan juga panas.
pilihan mommy... Sedap-sedap belaka menu di SF Coffee |
Mocha, Cappucino, Americano, Espresso dan Latte adalah jenis coffee yang di tawarkan di SF Coffee. Selain dari Coffee ia juga menawarkan minuman berasaskan coklat bagi yang inginkan selain minuman berasaskan kopi.
Selain dari minuman SF Coffee juga menawarkan pilihan menu yang lain seperti Pasta, Assorted puff, Croissant dan juga pelbagai jenis kek untuk di nikmati bersama-sama dengan kopi yang sedap.
Sebelum pelancaran pembukaan SF Coffee yang pertama di Penang, terdapat sesi soal jawab di antara media dan tetamu VIP jemputan.
Pelancaran pembukaan SF Coffee agak meriah kerana menerima kunjungan mengejut dari Yang Berhormat Syerleena Abdul Rashid, ADUN Seri Delima.
Lawakan mural di dinding SF Coffee Penang? Mural cantik ni bertemakan ' Kopi, Pantai dan Laut '. Ia di lukis oleh multitalented artist yang berasal dari Penang iaitu Anna Maria.
sentuhan Anna Maria yang bertemakan Kopi, Pantai dan Laut |
Selain dari Penang, SF Coffee mempunyai 40 lagi outlet yang terletak di Klang Valley, Negeri Sembilan dan Pahang. Menurut Chairman Envictus International, negeri pilihan seterusnya adalah Johor.
Okaylah bagi yang ingin tahu lebih lanjut tentang SF Coffee, korang bolehlah layari www.sfcoffee.com atau lawati laman Facebook mereka di sini: https://www.facebook.com/sfcoffee/.
terbaek.. mesti sedap ni :)
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
Nanti kalau ada rezeki nak pi jgk jln2 pulau pinang.. Mmg tak pernah merasa lagi sana.. Pulau pinang pun byk tempat mkn yg best kan kak..mcm akk share psl san francisco ni.. Huiii meriah makanan dia.. Ada kek dan pelbagai menu lain.. Sedapnyaa 😃
ReplyDeleteJom repeat lagi yati..best dpt jumpa korang..semua sporting..part paling best sakan bergambar n makan..kopi sf pun sedap..
ReplyDeletedlu kt opis ada kiosk SF ni ..syok sbb ada buy 1 free 1..tp sejak dh ;pindah opis payah dh nk jmpa
ReplyDeleteEnjoy... i memang suka their latte and pasta.
ReplyDeleteBanyak juga 40 outlet, Ada Promo Tak ? Lukisan art cantiklah
ReplyDeletetu dia..tu dia..penang dah ada mcam-macam oiii..ni nak kena p penang lagi..bukn p semata nasi kandaq jaa
ReplyDeleteAmboi.. San Francisco Coffee dah ada kat penang ye.. boleh la mengopi selalu ni
ReplyDelete