Sayur-Sayuran Yang Perlu Dielakkan Semasa Dalam Pantang 100 Hari. Sayur-sayuran yang disenaraikan ini perlu dielakkan selama 100 hari selepas bersalin kerana ia berangin dan sejuk. Ia juga boleh menyebabkan bentan dan bisa pada sendi. Sakit akibat memakan sayur-sayuran ini ketika dalam pantang akan memakan masa untuk sembuh.
Sayur-Sayuran Yang Perlu Dielakkan Semasa Dalam Pantang 100 Hari
Sayur-Sayuran Yang Perlu Dielakkan Semasa Dalam Pantang 100 Hari |
2. Petai dan Jering
Sayur-Sayuran Yang Perlu Dielakkan Semasa Dalam Pantang 100 Hari |
3. Bunga Kobis
4. Kangkung
Sayur-Sayuran Yang Perlu Dielakkan Semasa Dalam Pantang 100 Hari |
5. Tauge
6. Mentimun
Sayur-Sayuran Yang Perlu Dielakkan Semasa Dalam Pantang 100 Hari |
8. Labu (semua jenis labu)
Sayur-Sayuran Yang Perlu Dielakkan Semasa Dalam Pantang 100 Hari |
10. Bayam
Sayur-Sayuran Yang Perlu Dielakkan Semasa Dalam Pantang 100 Hari |
Ini adalah sayur-sayuran yang WAJIB kena pantang dalam masa 100 hari selepas bersalin. Walaubagaimanapun, cara berpantang atau apa yang perlu di pantangkan adalah mengikut badan seseorang. Ada yang makan tu okay, okaylah. Ada yang baru rasa sesudu dah berangin dan seram sejuk seluruh badan. Yang macam ni memang kena pantang. Bukan setakat 100 hari silap-silap setahun...
Mommy pernah sekali alami salah makan selepas bersalin.. Tapi masa tu dah lebih 100 hari. Mommy tersalah minum air kelapa. Lepas minum jer terus rasa seram sejuk dan sakit sendi. Cepat-cepat cari ubat atau minum jamu yang di ambil ketika dalam pantang... Alhamdulillah lepas tu dah okay.
Kalau info yang dapat hasil dari bersembang dengan bidan yang datang mengurut mommy, dia kata berpantang ni adalah untuk menguatkan badan kita bukan dalam masa terdekat tapi dalam jangka panjang. Maksudnya, umur 50 pun badan masih kuat dan aktif bukannya makan ini sikit dah berangin, makan itu sikit dah sakit sendi. Itulah tujuan berpantang...
Mommy okay ja pantang sayur sebab mommy bukanlah seorang yang suka makan sayur-sayuran yang di senaraikan di atas. Sayur lain okay jer...
kredit: Bengkung Moden
banyak jugak yg perlu dielakkan..
ReplyDeleteAerill Hassan
saya tgh pantang ni asik makan sawi je. bosan btul. haha
ReplyDeleteilmu turun termurun ni penting dan sangat elok diamalkan (lagi2 waktu tubuh tengah fragile waktu lepas bersalin). Orang tua ikut pengalaman, kita ikut jika sesuai dengan badan kita :D
ReplyDelete