Konferensi Ibu Bapa Dan Guru - Cahaya Hayati

12 Jul 2018

Konferensi Ibu Bapa Dan Guru

Konferensi Ibu Bapa & Guru. Cerita petang semalam tadi. Petang semalam adalah hari konferensi ibu bapa & guru di sekolah kakak Aisya. konferensi ini adalah pertemuan ibu bapa dan guru berhubung keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan juga prestasi serta kelakuan anak-anak di sekolah. 

Alhamdulillah kakak Aisya anak yang baik. Komen yang baik saja dari guru kelas dia dan minta dia improve lagi untuk matapelajaran yang dia dapat B. Okay noted dan mommy akan cuba bantu dia untuk naikkan gred demi #UPSR2020

Mommy & kakak Aisya

Sebelum mommy face to face dengan guru kelas kakak Aisya, kakak Aisya ada minta nak guna phone sekejap. Mommy pun bagilah. Rupa-rupanya untuk wefie dengan kawan-kawan kelas dia. Comei-comei semua.  

Kakak aisya dan kawan-kawan

Masa mommy menunggu giliran, mommy nampak tempat giliran bagi kelas belakang. Tiada ibu bapa yang datang.. Cikgu yang sabar menunggu. Kenapa eh? Muka anak-anak pun nampak down... Adakah ibu bapa anak-anak kelas belakang ni tak boleh datang atau memang tak mahu datang? Masa dalam perjalanan balik rumah, kakak Aisya cerita yang ibu bapa kawan dia dari kelas tersebut tak boleh datang sebab tak dapat cuti. Kalau tak dapat cuti okaylah.. Boleh jumpa cikgu pada hari yang lain tapi kalau taknak datang sebab result anak, susahlah nak cakap. Tapi mommy ssentiasa ajar kakak Aisya berfikiran positive dengan memberi sebab yang ibu bapa kawan dia tu tak boleh datang sebab tak dapat cuti bukannya sebab lain. Malah mommy juga explain dekat kakak Aisya yang bukan semua tempat kerja boleh bagi cuti tambah-tambah lagi kalau mohon dalam masa singkat. Harap dia fahamlah...

Tapi kalau ibu bapa kawan dia tu sengaja tak datang sebab result anak kurang memuaskan, mommy rasa tak wajar dan tak patut berbuat demikian. Kesian kat anak yang menunggu ibu bapa datang dan berjumpa dengan guru mereka. Selain itu, bila dengan berjumpa guru face to face barulah dapat tahu masalah sebenar yang di hadapi oleh anak-anak di sekolah. Kita juga boleh berbincang dengan guru jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah pembelajaran yang di hadapi oleh anak. 

Walaupun mommy baru mempunyai 3 orang anak, tapi setiap seorang cara pembelajaran dan penerimaannya sangat berbeza. Ada yang boleh terima dengan cepat, ada yang slow and steady dan ada yang kena ajar berulang kali. 

Jadi dengan berjumpa dan berbincang dengan guru barulah kita dapat tahu tentang masalah tersebut. Ibu bapa jangan beri alasan tak boleh datang ke sekolah masa hari konferensi sebab ia hanya dibuat 2 kali setahun dan ianya juga demi masa depan anak kita. Jadilah ibu bapa yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada anak-anak walupun  apa jua keputusan peperiksaan mereka, Perjalanan mereka masih jauh....


No comments:

Post a Comment