Tempat Untuk Simpan Duit Raya Anak-Anak Yang Menguntungkan - Cahaya Hayati

5 Jul 2018

Tempat Untuk Simpan Duit Raya Anak-Anak Yang Menguntungkan

Tempat Untuk Simpan Duit Raya Anak-Anak. Hai korang.. Kalau dalam entry mommy yang lepas tentang anak-anak sekarang pandai berbelanja tapi dalam entry ini adalah tempat yang sesuai untuk menyimpan duit raya anak-anak. Bukan setakat simpan malah dia boleh beranak (dividen) sekali. Kenapa perlu simpan di tempat khas? Takut kita sebagai ibu bapa (pemegang amanah) terguna duit tersebut dan hukumnya adalah HARAM. Sebab itulah duit raya anak-anak mommy simpan dalam tempat khas iaitu melalui dengan membuka akaun untuk anak-anak sejak mereka kecil lagi.

Tempat Untuk Simpan Duit Raya Anak-Anak Yang Menguntungkan


Tabung Haji


Tabung haji adalah tempat untuk simpanan yang berbentuk pelaburan. Sangat berbaloi kerana dividen Tabung Haji menunjukkan peningkatan setiap tahun. Selain dari dividen yang tinggi, simpanan sebanyak RM 2 saja di perlukan untuk membuka akaun. Dokumen yang di perlukan pula hanyalah salinan mykid/ sijil lahir dan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga.

Tempat Untuk Simpan Duit Raya Anak-Anak Yang Menguntungkan
Done simpan duit raya anak-anak untuk tahun ni..

Selain dari pelaburan, tujuan menyimpan di Tabung Haji juga adalah untuk mendaftar haji kepada si kecil. Ini kerana senarai pendaftaran haji sangat panjang... Daftar hari ini mungkin lagi 50 tahun baru anak kita dapat pergi.


ASB Akaun Remaja


ASB adalah simpanan atau pelaburan yang amat popular dan tak perlu di perkenalkan lagi. Sangat berbaloi untuk pelaburan jangka panjang kerana mempunyai kadar keuntungan yang tinggi malah lebih tinggi dari Tabung Haji. Untuk tahun 2017, ASB telah mengumumkan dividen + bonus sebanyak 8.25sen. Untungnya!

Untuk membuka akaun ASB ( akaun remaja) seawal usia 6 bulan sudah boleh dan jumlah pelaburan permulaan adalah sebanyak RM 10.

Untuk mendaftar Akaun Remaja ini, dokumen yang diperlukan adalah:

  • Borang Pendaftaran Unit Amanah (diambil di Pejabat ASB)
  • Kad Pengenalan dan/atau Sijil Lahir Remaja
  • Kad Pengenalan Penjaga Berdaftar
  • Wang Tunai

SSPN-i


SSPN-i adalah akaun simpanan untuk masa depan anak-anak. Konsep dia sama saja dengan ASB tapi pelaburan ini boleh di buka selepas anak berumur 1 tahun. Simpanan ini adalah untuk membolehkan anak-anak belajar hingga ke peringkat tertinggi tanpa di belenggu hutang seperti PTPTN.

Bagi menyokong initiatif ini, kerajaan memberi pengecualian cukai kepada ibu bapa sebanyak RM6000 setahun. Jumlah potongan itu mengikut berapa banyak ibu bapa simpan untuk tahun semasa. 

Unit Trust


Unit Trust adalah salah satu pelaburan yang lebih tinggi risikonya berbanding 3 bentuk pelaburan di atas walaubagaimanapun ia lebih menguntungkan jika simpan untuk jangka panjang.

Pelaburan permulaan untuk unit trust adalah RM 1000 dan boleh buat pelaburan tambahan RM 100 setiap bulan. Wang yang di simpan di unit trust tidak boleh di keluarkan sesuka hati.. so perlu ada simpanan lain untuk kecemasan.

So, setakat hari ini.. Mommy sudah buka akaun Tabung Haji dan ASB akaun remaja untuk anak-anak.  In Sha Allah jika ada rezeki lebih, mommy akan melabur dalam unit trust pula untuk mereka.

2 comments:

  1. utk syafi mama ada bank asb, th dan sspn

    ReplyDelete
  2. di tabung haji adalah pilihan terbaik =)

    ReplyDelete