Walaupun Baru Episod 3 Drama Pengantin 100 Hari Berjaya Membuat Mommy Melekat Depan TV - Cahaya Hayati

28 Jun 2018

Walaupun Baru Episod 3 Drama Pengantin 100 Hari Berjaya Membuat Mommy Melekat Depan TV

Walaupun Baru Episod 3 Drama Pengantin 100 Hari Berjaya Membuat Mommy Melekat Depan TV. Mommy ni jarang ada kesempatan nak layan drama di TV dan hanya akan layan online bila drama tu ramai yang kata best. Tapiii bila mommy tertengok tayangan drama Pengantin 100 hari masa episod pertama tu mommy dah rasa drama ni best. Tambah-tambah lagi lakonan antagonis zila bakarin. Memang menjadi sangat..

Drama Pengantin 100 Hari


Puan Yasmin setuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina. 

Pengantin 100 Hari

Itulah ringkasan yang terjadi dari episod 1 hingga 3. Tak sabar nak tahu apa yang berlaku dalam episod seterusnya minggu depan. 

Drama ini di tayangkan di TV3 pada jam 10 malam setiap isnin hingga rabu. 

Oklah selain dari drama yang best, ost Pengantin 100 Hari pun best. Ianya nyanyian Aman Aziz. 

Ost Pengantin 100 Hari



Lirik Lagu Sulit - Aman Aziz


Dapatkah aku melukiskan cinta
Mengarangkan sejuta rasa
Seperti nota dalam mimpi indah
Dikalung kasih selamanya

Selagi jantungku terus bergetar
Selagi nyawaku masih bersama
Akanku terus mencintai kamu
Walau jalannya ku lalu berliku

Biar ditimbus gelisah derita
Ku mahu bersama

Seperti angin kau hembuskan rasa
Menerbangkan titipan hati
Seperti madah dalam kamus cinta
Ungkapan itu ku personakan

Selagi jantungku terus bergetar
Selagi nyawaku masih bersama
Akanku terus mencintai kamu
Walau jalannya ku lalu berliku

Selagi jantungku terus bergetar
Selagi nyawaku masih bersama
Akanku terus mencintai kamu
Walau jalannya ku lalu berliku

Biar ditimbus gelisah derita
Ku mahu bersama

No comments:

Post a Comment