Kenali Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Serta Nasihat Kepada Ibu Bapa - Cahaya Hayati

12 Jul 2018

Kenali Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Serta Nasihat Kepada Ibu Bapa

Kenali Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Serta Nasihat Kepada Ibu Bapa. Korang tahukan Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang paling banyak di laporkan di Pulau Pinang. Walaupun duduk di negeri sebelah tapi mommy masih bimbang jika anak-anak ataupun kita orang dewasa terkena penyakit ini. penyakit ini mudah sangat berjangkit dan kesan kepada anak sangat cepat. Ia memberi kesan melepuh di tangan, kaki dan mulut. Untuk mulut pula akan ada ulser kecil di tekak dan tonsil.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut


Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut, hand, foot and mouth desease, HFMD, Kenali Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Serta Nasihat Kepada Ibu Bapa, cara mencegah penyakit kaki tangan dan mulut, langkah untuk mencegah HFMD, punca HFMD, Tanda dan gejala HFMD, Rawatan HFMD, Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut, tanda dan gejala penyakit tangan kaki dan mulut, komplikasi HFMD, komplikasi penyakit tangan kaki dan mulut, nasihat kepada ibu bapa dan penjaga berhubung HFMD
Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Info dari laman web MyHealth.gov.my menyatakan HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut, hand, foot and mouth desease, HFMD, Kenali Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Serta Nasihat Kepada Ibu Bapa, cara mencegah penyakit kaki tangan dan mulut, langkah untuk mencegah HFMD, punca HFMD, Tanda dan gejala HFMD, Rawatan HFMD, Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut, tanda dan gejala penyakit tangan kaki dan mulut, komplikasi HFMD, komplikasi penyakit tangan kaki dan mulut, nasihat kepada ibu bapa dan penjaga berhubung HFMD
punca HFMD

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala HFMD


Ciri-ciri klinikal termasuk:

  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan


Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut, hand, foot and mouth desease, HFMD, Kenali Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Serta Nasihat Kepada Ibu Bapa, cara mencegah penyakit kaki tangan dan mulut, langkah untuk mencegah HFMD, punca HFMD, Tanda dan gejala HFMD, Rawatan HFMD, Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut, tanda dan gejala penyakit tangan kaki dan mulut, komplikasi HFMD, komplikasi penyakit tangan kaki dan mulut, nasihat kepada ibu bapa dan penjaga berhubung HFMD
Tanda dan gejala HFMD

Komplikasi HFMD


Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung

Rawatan HFMD


Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut, hand, foot and mouth desease, HFMD, Kenali Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Serta Nasihat Kepada Ibu Bapa, cara mencegah penyakit kaki tangan dan mulut, langkah untuk mencegah HFMD, punca HFMD, Tanda dan gejala HFMD, Rawatan HFMD, Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut, tanda dan gejala penyakit tangan kaki dan mulut, komplikasi HFMD, komplikasi penyakit tangan kaki dan mulut, nasihat kepada ibu bapa dan penjaga berhubung HFMD
rawatan untuk HFMD

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga


  • Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. 
  • Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. 
  • Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. 
  • Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. 
  • Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.


Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut, hand, foot and mouth desease, HFMD, Kenali Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Serta Nasihat Kepada Ibu Bapa, cara mencegah penyakit kaki tangan dan mulut, langkah untuk mencegah HFMD, punca HFMD, Tanda dan gejala HFMD, Rawatan HFMD, Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut, tanda dan gejala penyakit tangan kaki dan mulut, komplikasi HFMD, komplikasi penyakit tangan kaki dan mulut, nasihat kepada ibu bapa dan penjaga berhubung HFMD
nasihat kepada ibu bapa

Langkah Untuk Mencegah HFMD


  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan


1 comment:

  1. Semakin merebak plak kan penyakit ni...menakutkan...kesian budak- budak kecik

    ReplyDelete