Aisy Dah Mula Mengaji Iqra - Cahaya Hayati

11 Jul 2018

Aisy Dah Mula Mengaji Iqra

Aisy Dah Mula Mengaji Iqra. Aisy anak nombor 3. Lain sikit dari abang dan kakak. Terlebih aktif dan nakal. Lagi di larang, lagi di buatnya. Macam sengaja! Sejak puasa tempohari Aisy dah tak mahu ke taska. Tak tahu apa sebabnya. Bila tanya, dia hanya cakap tak tahu. Pening kepala mommy ngan daddy. Di sebabkan Aisy dah tak mahu ke taska, mommy & daddy decide untuk hantar Aisy mengaji. Ingat nak hantar masa bulan puasa tempohari tetapi tak jadi sebab bila mommy tunggu, dia ajak balik. HailIahhh anak...

Jadinya, hari ahad hari lepas... mommy hantar Aisy pergi mengaji. Tak tunggu kali ni... Tinggal dia dengan kakak dan abang. Pandai-pandailah dia bawa diri di rumah ustazah. Masa balik, mommy jumpa ustazah untuk feedback. Positive feedback cuma baca Bismillah tak betul. Itu mommy akui sebab bila ajar Aisy baca Bismillah dan doa lain-lain dia tak nak ikut. Lain dengan kakak dan abang. Depa ikut apa yang di ajar dan boleh hafal doa pendek seawal usia 4 tahun.. Dengan Aisy ni lain sikit jadi terpaksa hantar ke kelas mengaji untuk ajar dia satu-satu perkara.

Ini video yang mommy rekod masa ajar Aisy mengaji pada hari kedua. Abaikan suara abang dan kakak dia di belakang... Alhamdulillah dengan masa yang singkat iaitu 5 minit, Aisy dah boleh hafal dan kenal 2 huruf. 


Semalam adalah hari ketiga Aisy pergi mengaji dan dia dah mula buat perangai TAK NAK PERGI mengaji. Sorry Aisy! Mommy tak akan terpedaya dengan taktik awak lagi.... Yang bestnya kat rumah saja tak nak pergi tapi sampai depan rumah ustazah laju ja dia turun kereta sebab ramai dah kawan-kawan sebaya dia yang menunggu. 

Oh yer, hari kedua pergi mengaji ustazah dah approved untuk terus mengaji dan dah ada buku rekod. Besar harapan mommy untuk melihat Aisy menjadi seorang hafiz. Sebab itulah nama dia ada hafizi di belakang. :D

1 comment:

  1. cute lah dak aisy ni....in shaAllah moga doa mama dimakbulkan

    ReplyDelete