Hatyai Day 2 | Chang Puak Camp. Hari mood rajin dah kembali tapi masa pulak takdak. Ni pun curi time lunch untuk update entry. Sekejap pun takpa janji dalam kepala dah ada apa yang nak di update dan dah ada segala info. Kalau baru nak mencari memang susah dan lambatlah siap walaupun satu entry 300 patah perkataan. Selalunya kalau yang baru nak cari info dan gambar bagai, mommy boleh siapkan dalam 1 hari tapi buat benda tu sajalah.. Kalau paid review selalunya mommy akan study dulu, cari bahan rujukan dan plan idea bagaimana nak delivery di blog. Siapa kata jadi blogger senang? Susah sebenarnya tapi dengan minat yang ada, semuanya nampak senang... Oh yer, hari ni mommy nak update entry pergi Hatyai hari tu tapi entry ni untuk satu tempat sajalah dulu.. Tempat kedua, ketiga dan lain-lain dalam entry akan datang..
Pagi hari kedua tu, kami turun sarapan di kedai muslim sebaris dengan hotel tempat kami menginap. Jalan kaki ja sebab kedudukan kedai tu lebih kurang dalam 200 meter dari hotel. Kami sarapan di situ sebab kedai ni memang mendapat review yang baik dari pelancong dari Malaysia. Pemilik/pekerja kedai ni boleh berbahasa melayu tapi sikit-sikit. Menu kedai ni ada dalam bahasa melayu... So, boleh order apa yang kita mahu.
Untuk pengetahuan semua juga, sarapan pagi di kedai sama dengan menu di restoran thai yang ada di Malaysia. Hadap sajalah sebab kita berada di tempat orang dan janji kenyang sebab nanti akan jalan-jalan banyak. hihihi
Lepas sarapan kami terus gerak ke Chang Puak Camp untuk memenuhi impian anak-anak untuk melihat dan naik gajah. Ia juga reward kepada anak-anak sebab memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan pertengahan tahun dan juga akhir tahun. Depa request yang ni saja... Okeylah kan? Yang sebenarnya mommy plan nak ke Kuala Gandah Pahang tapi memandangkan budget ke Kuala Gandah lebih tinggi dari Hatyai, mommy ubah plan ke Hatyai. Janji mommy & daddy tunaikan apa yang di janjikan cuma tempat saja yang berubah.
Di sini mommy kongsikan maps ke Chang Puak Camp untuk memudahkan perjalanan korang ke sana..
Dah sampai wajib bergambar di pintu masuk. Tanda dah pernah sampai. Hihi... Nak tangkap gambar sefamili tapi si kecik Aisy tu tak reti dok diam... Sekejap ke depan, sekejap pusing belakang.. Takpelah janji ada dia dalam gambar tu jugak.
Nak naik gajah kena beli tiket dulu... Harga tiket korang boleh tengok di bawah tu. Harga tu untuk seorang. Kami bernasib baik sebab si Aisy tu kecik dan dia dapat naik percuma.. Kakak Aisya & Abang Ammar kena bayar. 500 baht seorang. Lebih kurang RM62 seorang...
Muka happy sebab daddy dah beli tiket.. hahaha.
Harga tiket dan aktiviti yang ada di Chang Puak Camp. Tak mahu naik gajah, boleh cuba aktiviti lain sementara ahli keluarga yang naik gajah balik. 30 minit tau elephant riding tu... Siap masuk sungai lagi.
Add caption |
Seperti biasalah sementara menunggu giliran. Bergambar untuk kenangan pada masa akan datang dan juga bukti yang mommy dan daddy dah pernah bawa anak-anak mai sini. kihkih
Memula kakak Aisya nak naik tapi bila tengok tinggi dan dia adalah seorang penakut pada ketinggian (gayat), daddy yang kena ganti. Syioklah daddy! Lagipun daddy kena teman dua orang hero tu...
Sementara menunggu daddy dan hero-hero kecik balik dari elephant riding, mommy dan kakak Aisya menghabiskan masa dengan bergambar di sekitar Chang Puak Camp. Banyak spot yang menarik untuk bergambar.
Dah tak larat bergambar, mommy belanja kakak Aisya makan aiskrim pula... murah aiskrim kat sini, 20 baht saja.
Yeay daddy dan hero-hero kecik dah balik. Dari jauh dah nampak senyuman masing-masing. Enjoy elephant riding la tu.
Disebabkan kakak Aisya tak naik gajah, daddy beli hadiah untuk kakak Aisya iaitu gelang tangan dari gading gajah. Senyum ja dia lepas dapat gelang tu...
Lepas turun dari elephant riding, korang kena mai sini sebab di sediakan buah-buahan dan mineral water kepada pengunjung yang ambil pakej elephant riding. Tapi kena jaga-jaga sebab kat sinilah ada gambar-gambar menarik plus cantik korang yang naik gajah tadi. Siap berframe.. Harga gambar tu mommy tak sure berapa. Kalau korang nak belilah, kalau tak nak pun takpa...
Lepas turun darin elephant riding, daddy belanja kakak Aisya bagi makan kat gajah... Depa berani ja tapi mommy yang geli dengan belalai gajah. Rasa macam dia nak sedut tangan mommy saja. kihkih..
Dah selesai bagi gajah-gajah makan, kami pun bergerak ke Shamila Beach. Nak bergambar dengan duyung pulak. Tapi biasalah sebelum bergerak, ada saja tempat yang depa nak bergambar... Layankan jer.
Shamila Beach next entry yer...
Baca juga :-
wah bestnya jenjalan hatyaai
ReplyDeleteNampak jinak gajah-gajah ni, mungkin sebab dah selalu sangat dilatih kan
ReplyDelete