Sediakan Sendiri Cheezy Fish & Chips Yang Sedap ~ Korang pernah rasa tak Fish & Chips yang dalam ikan ada cheese aka keju? Bila potong ikan tu, keju dia meleleh-leleh... Sedapnya lahai! Dulu ingatkan boleh makan macam tu dalam mimpi saja rupa dah ada dalam reality. Kat mana? Kat restoran mana yang ada jual cheezy fish & chips tu? Kat kedai atau restoran, mommy belum jumpa lagi tapi Cheezy Fish & Chips yang sedap ni mommy buat sendiri kat rumah. Terer kan mommy? :D :D
Semua boleh jadi terer masak apabila ada rangkaian produk dari Pacific West. Ni stok makanan sejuk beku musim cuti sekolah. Ia juga penyelamat mommy bila balik kerja dan anak-anak buat muka lapar.. Dah la cakap lapar sampai sakit perut serta tak larat nak bangun. Ngada-ngada dan pandai berdrama kan budak-budak ni?
Produk-produk Pacific West ni mudah di sediakan sebab tak perlu nyahbekukan. Keluar dari peti sejuk beku saja dah boleh goreng terus. Walaupun terus di goreng, rasa ikan atau produk Pacific West yang lain tak akan berubah rasa. Tetap rasa seperti ikan atau makanan laut yang segar. Lebih-lebih lagi di tambah dengan cheese yang terbaik. Sedap!
Sediakan Sendiri Cheezy Fish & Chips Yang Sedap
Disebabkan Cheezy Fish & Chips yang mommy sediakan sedap dan menjadi kesukaan anak-anak mommy, jadi mommy kongsikan juga dengan korang... Semoga ia menjadi penyelamat apabila korang balik kerja dan anak-anak lapar. hihi.. Boleh juga di jadikan hidangan untuk makan malam korang... Tambah-tambah lagi yang bujang tu. Diet kan?
Bahan-Bahan
1 kotak Cheezy Fish Fillet / 3 Cheezy Fish Fillet Pacific West- di goreng terlebih dahulu.
Fries - di goreng garing dan rangup.
1 biji limau nipis besar
1 biji tomato
6 potong timun - di potong bulat dengan lebar 1/2 cm setiap satu.
Salad segar - Mommy tak letak sebab tiada stok di rumah.
Mayonis
Cili sos
Caranya:
Susun Cheezy Fillet fish dalam pinggan yang sesuai. Hiaskan dengan fries, timun, salad dan tomato agar hidangan nampak cantik dan menarik.
Masukkan sos cili dan mayonis dalam satu mangkuk kecil.
Senangkan? Oh yer, untuk menggoreng Cheezy Fish Fillet ni korang perlu menggunakan api yang tingi pada 3 minit awalnya dan api yang sederhana sehingga masak atau fillet dah kekuningan. Deep fryer ya... Angkat dan sediakan hidangan seperti di atas.
CHEEZY FISH FILLET
Cheezy Fish Fillet merupakan produk terbaru dari Pacific West dan ia baru dilancarkan pada November 2017 baru-baru ni. Patutlah mommy baru nampak kat pasaraya sebab sebelum ni takde lagi. hikhik. Terus beli lak tu sebab mommy dan anak-anak adalah peminat cheese. Yang kecik tu paling suka dengan cheese sebab dia boleh meratah cheese macam tu saja. Kalau beli confirm cepat habis.
Cheezy Fish Fillet |
Selepas merasa Cheezy Fish Fillet dari Pacific West ini mommy boleh katakan ia SANGAT SEDAP dan menjadi kesukaan mommy dan anak-anak. Ini kerana Pacific West telah menyediakan Cheezy Fish Fillet ini dari ikan berwarna putih semulajadi dan dicampur dengan keju Mozarella dan Nacho yang berkualiti tinggi. Selain itu, ia juga disalut dengan serbuk roti jepun yang memberikan aroma dan rasa yang unik kepada pengguna. Patutlah sedap..
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa mommy beli banyak sangat produk Pacific West? Selain buat stok musim cuti sekolah, mommy beli banyak-banyak sebab nak masuk contest 'Win Your Dream Holiday’yang di anjurkan oleh Pacific West dengan kerjasama Holiday Tours & Travel Sdn Bhd (Penang Office). Hadiah yang di tawarkan pun sangat best iaitu pakej percutian 4 hari 3 malam ke Perth, Australia ataupun ke Bali, Indonesia. Kalau ada kesungguhan dan ada rezeki, kita boleh menang salah satu pakej percutian tersebut. Bestnya!
Contest Win Your Dream Holiday |
Contest Win Your Dream Holiday |
Syarat-Syarat 'Win Your Dream Holiday'
Nak join contest Win Your Dream Holiday ni senang sangat....
1. Yang paling utama adalah korang kena beli satu produk Pacific West. Apa-apa produk pun takpa janji dari Pacific West.
2. Hantar Penyertaan. Ada dua cara iaitu:;-
- Melalui POS dengan melengkapkan borang penyertaan yang boleh di perolehi ketika membeli produk Pacific West. Sertakan sekali resit pembelian yang original.
- Melalui WHATSAPP. Yang ni pasti ramai yang join...
Jangan lupa hantar penyertaan |
Details contest adalah seperti yang terdapat dalam borang dan juga boleh di dapati di lawan web dan facebook rasmi Pacific West seperti di bawah.
3. Contest ini berlangsung mulai selama dua bulan iaitu 15 November 2017 sehingga 15 Januari 2018.
4. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
5. Boleh submit banyak borang penyertaan. Janji ada resit di setiap borang penyertaan. Nak menang mestilah ada usaha kan?
6. Sebarang update tentang contest dan pengumuman pemenang contest adalah melalui laman facebook rasmi Pacific West. So, jangan lupa like kalau dah join.. takut terlepas pandang ja nanti.
So, jom join sama-sama. Good luck to me and to others participants..
So, jom join sama-sama. Good luck to me and to others participants..
merecik betul tgk cheezy fish chips ni..nak2 tgh berpuasa ni..sabo je lah
ReplyDeleteSabar El. Nanti bila dah masuk waktu, boleh cuba masak resepi senang ni... Opps jangan lupa beli product pacific west tau.
DeleteWah....nampak cam mama grill...papa grill...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Akak cuba-cuba ja...
DeleteFrozen Food Pacific West memang sedap. Pernah makan. Siap ada resepi ni. Yang penting boleh join contest!
ReplyDeleteKan.. Jom join contest dan makan produk yang sedap ni
Deletenak carila jenama ni..nak cuba rasa..
ReplyDeletecubalah dan confirm Nad pun akan suka. Dah beli nanti jangan lupa join contest tau!
Deleteoh menarik ni, nanti I nak beli lah fish and chips tu masak sendiri saja di rumah kan hahahaa
ReplyDeleteBetul tu dik. Beli dan masak sendiri lagi sedap dan boleh letak banyak bahan...hahaha
DeleteMenarik betul hadiah dia. Rasa nak join pulak. Saya memang suka pacific west punya fish fillet. Serius sedap
ReplyDeleteJom join contest. Fadzi patut cuba yang versi cheese ni... Sedap sangat.
DeleteSedapnya fish & chip ni.... walaupun bukan fav tapi kali ni nampak menggodes jiwa
ReplyDeleteJangan lupa beli tau Marsha. sedap ni!
Deletethanks sharing..nak join contest ni juga..hehe. Moga2 ada rezeki anak2 ke PErth :)
ReplyDeleteBestnya..pndai buat..
ReplyDeleteNk join la contest tu
Mana tau dpt pi perth lg
Wah..best nya..nak kena beli lagi nih..
ReplyDeletePergh.. belum pernah rasa cheezy fish chips ni.. tapi memang merecik.. nak try la
ReplyDeleteLook crispy and delicious the cheezy fish. I love it so much.
ReplyDeletefuhhhh ada french fries lagi!
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
wahhh saya pun penggemar produk Pacific West ni! Tempura dia sedap!
ReplyDeleteSedapnye, macam home made fish and chips, I'm hungry thinking about it.
ReplyDeleteSedapnya! Ika just goreng je. Tak pandai labuat resepi macam awak.
ReplyDeleteWah~ Bila Mommy nak buka kedai Cheezy Fish & Chips? :)
ReplyDelete