Bagi Madu - Cahaya Hayati

21 Dec 2017

Bagi Madu

Baru-baru ni chit chat ngan anak-anak. Kakak Aisya yang mulakan dulu. Dia kata dia darjah enam nanti baru ada birthday mommy. Yelah 29 februari kan 4 tahun sekali.

mommy & kakak Aisya

Then, dia kata dia nak bagi hadiah kat mommy. Mommy nak apa katanya? Mommy nak iphone. Well, your mommy kan mata duitan plus materialistik😂😂. Dia kata okey, nanti akak simpan sehari singgit. Okey, nanti mommy tuntut eh😚.

Lepas kakak, abang ammar pula nak bagi something yang di reka khas untuk mommy. Okey, mommy terima gak tapi mommy request hadiah lain lagi dari dia. Saja nak tengok dia kedekut atau tak.. Nasib baik dia kata boleh mommy😂😂

Pastu encik suami pula nyampuk sambil kata "Abang bagi 'MADU' boleh?" 😡😡😡 Yang tu tak boleh dan tak mahu. Biarlah kekal sebagai yang satu saja..

Amboi encik suami ni, semakin dekat umur 40 semakin miang pula.. Nak kena bagi lebih kasih sayang lah ni.

2 comments:

  1. hahaha.. amboi encik somi pun.. ayat tuu.. nak bagi madu yea.. jangab biar kak.. silat bersilat.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ofkos akak akan bersilat. Walaupun sekadar melawak takut ada makna tersirat ja. hahaha

      Delete