Buat Border Pass Untuk Ke Hatyai Dan Songkhla ~ Pergi bercuti memang best. Siapa pun suka... Kali ini kami ke Hatyai dan Songkhla tapi hanya menggunakan Border Pass. Kenapa Border Pass? Sebab border pass lebih murah dari buat passport. Border pass ni hanya boleh di buat oleh penduduk di negeri yang bersempadan saja. Kalau lahir di Pulau Pinang atau mana-mana negeri dalam Malaysia tapi bermastautin di Kedah, boleh juga buat border pass tapi dengan syarat alamat di Mykad adalah alamat Kedah. Kalau alamat negeri lain maaflah yer... Sila buat passport.
Border Pass atau Pas sempadan baharu ini meliputi perjalanan ke lima wilayah di selatan Thailand iaitu Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani.
Cara Memohon Border Pass
First sekali uolls kena sediakan 2 benda ini terlebih dahulu....
- Sekeping gambar passport berlatarbelakang putih.
- Satu salinan Mykad depan dan belakang dalam satu muka surat atau satu Salinan Surat Beranak jika memohon untuk anak-anak.
Kemudian, baru pergi ke Imigresen terdekat ataupun ke mana Imigresen di UTC.
- Isi borang permohonan border pass dan sertakan dengan gambar serta salinan mykad/surat beranak.
- Bayaran RM10.
Ketika memohon untuk anak-anak, sila bawa anak-anak sekali kerana perlukan cap jari anak ketika isi borang permohonan.
Tempoh proses Border Pass bergantung kepada Imigresen sebab ada tempat yang sibuk dan ada yang kurang sibuk. Bagi tempat yang sibuk seperti Kulim, tempoh untuk siapkan proses lebih kurang 1 jam.. Masa pengambilan Border Pass akan di tetapkan oleh staff Imigresen. So, bila dah dapat masa pengambilan... Silalah pergi makan atau buat kerja yang lain dulu dari menunggu kat situ...
Dah siap. Border Pass mommy sekali dengan anak-anak. Border Pass mommy dan anak-anak pun baru RM10 saja. Lengkaplah 1 step untuk percutian budget kami. Oh yer, border pass ni adalah untuk tempoh setahun. Kiranya mommy boleh keluar masuk sempadan Thailand dalam tempoh setahun. Lepas setahun, baru mohon yang lain....
In sha Allah kalau ada rezeki pergi jauh lagi, baru mommy akan buat passport. Doakan yer!
In sha Allah kalau ada rezeki pergi jauh lagi, baru mommy akan buat passport. Doakan yer!
untung orang Kedah nooo..mcm suami sy pun boleh buat border pass kalau dia tak guna passport...
ReplyDeleteIsteri sebagai pegiring rasa boleh juga apply border pass
DeleteSuami kena guna passport lah sebab dia bukan orang Kedah
ReplyDeletekalau menetap di kedah boleh ja...
DeleteSalam.. Tapi boleh ke buat border pass jika no ic kita tgh² 02 tp alamat bkn almat di kedah???
ReplyDeleteic 02 tapi menetaap di negeri lain, tak boleh jugak
DeleteP hatyai perlu border or pasport...tajuk ada hatyai, list wilayah xda hatyai
ReplyDeleteHatyai bawah songkhla bro...
DeleteAnak sy sorang alamat png...umr 13 bleh x pkai srat branak wlpon dia dh ada my kad..sy dn sorang lg ank almat kdah mcm mn sis..
ReplyDeleteboleh tidur disana atau border pass ni hanya untk pergi balik xbleh tdo sna
ReplyDeleteAssalamualaikum sis ,saya minta maaf sebab mengganggu. Saya ingin tanya ,kita tk boleh buat border pass di utc ye? Maaf ye sis
ReplyDelete