Buat Border Pass Untuk Ke Hatyai Dan Songkhla - Cahaya Hayati

8 Dis 2017

Buat Border Pass Untuk Ke Hatyai Dan Songkhla

Buat Border Pass Untuk Ke Hatyai Dan Songkhla ~ Pergi bercuti memang best. Siapa pun suka... Kali ini kami ke Hatyai dan Songkhla tapi hanya menggunakan Border Pass. Kenapa Border Pass? Sebab border pass lebih murah dari buat passport. Border pass ni hanya boleh di buat oleh penduduk di negeri yang bersempadan saja. Kalau lahir di Pulau Pinang atau mana-mana negeri dalam Malaysia tapi bermastautin di Kedah, boleh juga buat border pass tapi dengan syarat alamat di Mykad adalah alamat Kedah. Kalau alamat negeri lain maaflah yer... Sila  buat passport. 

Border Pass atau Pas sempadan baharu ini meliputi perjalanan ke lima wilayah di selatan Thailand iaitu Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani.

Cara Memohon Border Pass 


First sekali uolls kena sediakan 2 benda ini terlebih dahulu....
  • Sekeping gambar passport berlatarbelakang putih.
  • Satu salinan Mykad depan dan belakang dalam satu muka surat atau satu Salinan Surat Beranak jika memohon untuk anak-anak
Cara Memohon Border Pass, pas sempadan, pas sempadan ke thailand, border pass ke thailand, jalan-jalan ke hatyai, hatyai, songkhla, jalan-jalan ke songkhla, travel to hatyai and songkhla, cara pergi ke hatyai, cara memohon pas sempadan, dokumen untuk border pass, dokumen untuk memohon pas sempadan, bayaran pas sempadan, tempoh pas sempadan, bagaimana cara untuk membuat border pas, cara membuata pas sempadan, border pass, borderpass, how to make borderpass, how to do borderpass, cara murah untuk bercuti di thailand, percutian budget ke Hatyai, percutian budget ke Thailand
gambar berlatarbelakang putih 

Kemudian, baru pergi ke Imigresen terdekat ataupun ke mana Imigresen di UTC. 
  • Isi borang permohonan border pass dan sertakan dengan gambar serta salinan mykad/surat beranak.
  • Bayaran RM10
Ketika memohon untuk anak-anak, sila bawa anak-anak sekali kerana perlukan cap jari anak ketika isi borang permohonan.

Tempoh proses Border Pass bergantung kepada Imigresen sebab ada tempat yang sibuk dan ada yang kurang sibuk. Bagi tempat yang sibuk seperti Kulim, tempoh untuk siapkan proses lebih kurang 1 jam.. Masa pengambilan Border Pass akan di tetapkan oleh staff Imigresen. So, bila dah dapat masa pengambilan... Silalah pergi makan atau buat kerja yang lain dulu dari menunggu kat situ...

Cara Memohon Border Pass, pas sempadan, pas sempadan ke thailand, border pass ke thailand, jalan-jalan ke hatyai, hatyai, songkhla, jalan-jalan ke songkhla, travel to hatyai and songkhla, cara pergi ke hatyai, cara memohon pas sempadan, dokumen untuk border pass, dokumen untuk memohon pas sempadan, bayaran pas sempadan, tempoh pas sempadan, bagaimana cara untuk membuat border pas, cara membuata pas sempadan, border pass, borderpass, how to make borderpass, how to do borderpass, cara murah untuk bercuti di thailand, percutian budget ke Hatyai, percutian budget ke Thailand
Cara Memohon Border Pass

Dah siap. Border Pass mommy sekali dengan anak-anak. Border Pass mommy dan anak-anak pun baru RM10 saja. Lengkaplah 1 step untuk percutian budget kami. Oh yer, border pass  ni adalah untuk tempoh setahun. Kiranya mommy boleh keluar masuk sempadan Thailand dalam tempoh setahun. Lepas setahun, baru mohon yang lain....

In sha Allah kalau ada rezeki pergi jauh lagi, baru mommy akan buat passport. Doakan yer!

1 ulasan:

  1. untung orang Kedah nooo..mcm suami sy pun boleh buat border pass kalau dia tak guna passport...

    BalasPadam