Hatyai Day2 | Night Live at Lee's Garden. Hi uolls! cerita tentang mommy sefamili bercuti ke Hatyai Masih belum habis. Mommy buat part by part sebab gambar banyak sangat. kihkih... Hari kedua kami di Hatyai adalah pada hari isnin. Rancngnya nak ke pasar malam terbesar di Hatyai... Rupanya pasar malam tersebut di tutup pada hari isnin. Terpaksa ubah plan. Yang ada untuk jalan-jalan pada waktu malam di hari isnin adalah di kawasan Plaza Lee Garden. Kat sini lebih kurang macam pasar malam tapi hari-hari ada. Masa kami sampai, hari masih awal dan proses pemasangan pentas masih berjalan. Kawasan ni pun meriah dengan pelancong... Ramai rakyat malaysia juga. Peniaga kat sini pun fasih berbahasa melayu.
Tujuan kami ke sini adalah untuk menikmati street food Hatyai yang ramai kata sedap dan mabeles. Yess memang sedap. Di sini, hampir semua gerai menjual benda yang sama, harga pun sama dan rasa pun sama. Pilih saja peniaga mana yang korang rasa nak...
Dekat sini korang kena rasa Ayam Merah. Sedap. Kami order 5 ke 6 ketul paha ayam yang besar. Seketul berharga 70 baht. Udang satu bekas 300 baht, Harga ketam mommy tak ingat berapa baht tapi murahlah sebab encik suami ambik 5 ekor.
Untuk makan pula, korang kena request meja dan kerusi dari peniaga di situ... Bila request baru mereka akan letak meja dan kerusi. Kalau tak, korang akan tercari-cari tempat untuk duduk. Kami pun serupa masa tu. Nasib baik ada couple yang baik hati bagitau dan suruh minta meja dan kerusi.. hikhik.
Maaf gambar ayam merah takde tapi warna dia merah macam ketam ngan udang ni lah. Nampak saja warna merah tapi rasa sedap dan segar. Udang, ayam dan ketam ini akan di goreng balik apabila pelanggan beli. Yang display ni semua separuh masak... Jadi bila pelanggan dapat makanan ni memang panas. So, kat sini kami ratah saja ayam, udang dan ketam ni... Sos dia sedap.
![]() |
Dah dapat tempat duduk |
![]() |
us |
Tempat kami duduk ni betul-betul simpang tiga dan ada kereta keluar masuk. Yang lawaknya tengah sedap-sedap makan kena ubah meja kerusi sebab kereta tak boleh masuk... hihi. Bukan salah kita... Nanti ada pegawai perbandaran mereka akan datang tegur peniaga ni. Kita relax ja...
Dah kenyang, kami jalan-jalan di kawasan sekitar untuk melihat barangan yang di niagakan... mana tahu ada yang berkenan.
![]() |
makan aiskrim kelapa tepi jalan |
Dah penat jalan-jalan, encik suami belanja aiskrim kelapa. Aiskrim kelapa kat sini lagi sedap dan banyak dari kat Songkhla. Puas makan... Tu pun sebekas kongsi dua orang.
aiskrim kelapa Hatyai |
Untuk ke Lee Gardens Plaza, korang boleh follow maps ni... Kat sini, parking susah sikit. Pandai-pandailah korang cari parking.
Lepas makan aiskrim, kami pun balik ke hotel.. Itulah night live kami di Hatyai. Masa kami balik tu, pelancong semakin ramai dan suasana di situ pun semakin meriah. Yang sanggup tunggu, tunggulah untuk melihat persembahan yang di adakan sebab kami travel dengan anak-anak. Masa jalan-jalan kami, ikut suka kami...
Fuh tengok udang Ketam Tu terliur pulak
ReplyDeleteBesar2 nya udang.. Aiskrim kelapa tu sdpp.. Zaza pnh rasa aiskrim tu ms kat karnival thai food.
ReplyDeleteDlu kat krabi gi psr malam dia.. strert food lg sedap dri yg restoren2.
ReplyDeleteWow...sronoknya dpt jalan sana. Ramai sungguh yer. Paling win tang ketam ngan udang. Terliur tgk.
ReplyDeleteSedapnya seafood, sekarang harga mahal. Okey tak harga kat sana?
ReplyDeleteWahhhh heaven betul dapat makan seafood banyak segar tapi harga murah. Boleh la singgah sini nanti kalau pergi hatyai. Thanks share :)
ReplyDeletePergh..bestnya jalan2 hatyai
ReplyDeleteWah seronoknya travel bersama keluarga. InsyaAllah tahun depan murah rezeki nak juga travel bawa ibu dan family
ReplyDeleteterliur pulak tengok aiskrim kelapa tu.. macam mana rasany yea.. haha. rasa kelapa la yea.. syok ya kalau dapat pi hatyai
ReplyDelete