Cara Terkini Membawa Masuk Kenderaan Ke Thailand - Cahaya Hayati

12 Dis 2017

Cara Terkini Membawa Masuk Kenderaan Ke Thailand

Cara Membawa Masuk Kenderaan Ke Thailand. Sebelum ni mommy update cara buat border pass, hari ini mommy kongsikan cara terkini untuk membawa masuk kenderaan ke Thailand. Mommy tahu masih ramai lagi yang tak tahu.. So, ini cara terkini untuk membawa masuk kenderaan ke Thailand. Senang saja dan pasti ramai yang akan berkunjung atau bercuti ke Thailand. 


Cara Terkini Membawa Masuk Kenderaan Ke Thailand


Firstly, kena potostat geran dan ic owner kereta. Ini adalah untuk memudahkan proses untuk membawa masuk kenderaan ke Thailand. Selalunya Encik suami pergi dengan motosikal dia... Cuma kali ini pergi dengan keluarga jadi kena naik kereta. Proses dia sama saja dengan motor.

Cara Membawa Masuk Kenderaan Ke Thailand, ke thailand, bawa kereta masuk thailand, jalan-jalan thailand, cara bawa masuk kereta ke Thailand, ke thailand, mudahnya bawa masuk kereta ke thailand, bawa kenderaan sendiri ke thailand, dokumen ke Thailand, dokumen untuk bawa kereta ke Thailand, proses bawa kereta ke Thailand, visit thailand, bercuti di Hatyai, Hatyai, ke Hatyai, tempat menarik di Hatyai, Hatyai, jalan-jalan di Haytai.
Cara Terkini Membawa Masuk Kenderaan Ke Thailand

Untuk bawa kenderaan masuk ke Thailand, kena isi beberapa borang tapi encik suami selalunya pergi saja ke kedai Insurans di sekitar Changloon. Bagi saja supporting dokumen seperti geran, salinan ic owner, border pass atau passport. Kedai Insurans tu yang isi semua dan kita just bayar saja... Harga insurans bergantung kepada kedai, Ada mahal dan ada yang murah... Ada yang cepat proses dan ada yang lambat proses. Tengok kedai yer... Husband selalu singgah di kedai selepas traffic light simpang 4 pekan lama Changloon. Ada kedai makan chinese di situ... Kedai first. So, kat situlah kami buat Insurans, Borang Arrival/ Departure (White Form) dan borang senarai penumpang (TM Form). Dalam 20 minit juga untuk siapkannya. 

Untuk White Form atau White Card semua yang pergi Thailand perlu isi atau ada. Sebab itulah kena serah semua border pass atau passport masa buat insurans tu. Senang pihak kedai nak proses... Untuk bawa masuk kereta pula, tuan punya kereta kena ada sekali. Sebab nanti ada form yang tuan kereta kena sign depan pegawai imigresen Thailand.

Cara Membawa Masuk Kenderaan Ke Thailand, ke thailand, bawa kereta masuk thailand, jalan-jalan thailand, cara bawa masuk kereta ke Thailand, ke thailand, mudahnya bawa masuk kereta ke thailand, bawa kenderaan sendiri ke thailand, dokumen ke Thailand, dokumen untuk bawa kereta ke Thailand, proses bawa kereta ke Thailand, visit thailand, bercuti di Hatyai, Hatyai, ke Hatyai, tempat menarik di Hatyai, Hatyai, jalan-jalan di Haytai.
Bangunan Imigresen Thailand yang baru


Kami masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam. Buat pengetahuan semua, dah tak perlu turun dari kereta ketika di Imigresen Malaysia dan juga Thailand. Cuma, masa di imigresen Thailand... Pemilik kereta kena sahkan untuk bawa masuk kenderaan di kaunter kastam Sadao Thailand. Kat luar bangunan imigresen Thailand yang baru tu saja. 

Lepas sahkan, terus drive ke kaunter drive thru Imigresen Thailand. Proses ni sama saja dengan proses Imigresen Malaysia. Pemandu saja yang turun dan beri semua dokumen iaitu paspport/ border pass sekali dengan White Card. White Card ada 2 iaitu Arrival & Departure. Pegawai Imigresen Thailand akan ambil yang Arrival. Untuk bayaran pula, tengok pada pegawai yang proses... Ada yang ambil bayaran dan ada yang tak minta. Masa masuk hari tu, suami kena  bayar RM1 seorang. Ada tujuh orang, maka kena bayar RM7 lah. Ingatkan bila dah ada bangunan baru, system baru dan cara baru dah tak kena bayar. Masih kena yer sebab dah jadi budaya sana.

Cara Membawa Masuk Kenderaan Ke Thailand, ke thailand, bawa kereta masuk thailand, jalan-jalan thailand, cara bawa masuk kereta ke Thailand, ke thailand, mudahnya bawa masuk kereta ke thailand, bawa kenderaan sendiri ke thailand, dokumen ke Thailand, dokumen untuk bawa kereta ke Thailand, proses bawa kereta ke Thailand, visit thailand, bercuti di Hatyai, Hatyai, ke Hatyai, tempat menarik di Hatyai, Hatyai, jalan-jalan di Haytai.
Pekan Danok Thailand

Kenapa bawa kenderaan sendiri ke Thailand? Untuk persoalan ini mommy hanya boleh jawab sebab kos dia lebih murah, senang nak bawa barang dan tambah-tambah lagi ada anak kecil. Masa pergi pun dah penuh bonet kereta. Kalau ambil transport lain, jenuhlah kami nak usung bag dan barang-barang yang kami bawa. Senget bahu kami nanti... hahaha. Selain itu, ia memudahkan kami untuk atur masa sendiri. Takdak jadual, sukahati nak pergi masa bila dan nak balik masa bila. 

Travel ke Thailand lebih mudah sebab percutian kami di bantu oleh Google Maps tapi sebelum pergi kami dah google tempat-tempat menarik di Hatyai. Dah atur hari pertama ke mana, hari kedua kemana dan hari ketiga  nak singgah mana. Masa lepas dari Imigresen, suami singgah di pekan Danok dan beli simcard  telco Ais. Untuk satu minggu dan unlimited. Kongsi saja sebab internet/data di sana laju. 

Lagi satu tips, sila isi minyak penuh tangki sebelum sampai Imigresen. Bukan apa, minyak kat sana mahal. Jadi jimatlah sikit bila isi full tank. Kami isi fill tank, sempatlah pusing-pusing Hatyai -> Songkhla dan isi semula masa keluar dari Thailand. Kiranya full tank tu untuk kami pusing Hatyai selama 3 hari termasuklah sesat dan salah jalan. hikhik. 

2 ulasan:

  1. Haritu ke Hatyai, saya/husben & mak mertua travel by train..best jugak..cuma kalau ada anak kecik tak berapa praktikal sebab nak bawa beg-beg..better guna kereta je...

    BalasPadam
  2. Wah, jimat juga minyak 3 hari buh full tank baru habis ye

    BalasPadam