Lelaki Yang Memiliki 20 Perkara Ini Bikin Hati Wanita Cair - Cahaya Hayati

28 Jan 2020

Lelaki Yang Memiliki 20 Perkara Ini Bikin Hati Wanita Cair

Lelaki Yang Memiliki 20 Perkara Ini Bikin Hati Wanita Cair. Wanita bukan senang nak jatuh cinta dengan lelaki. Setiap wanita pasti ada senarai lelaki idaman. Bila jumpa lelaki yang ada ciri-ciri idaman, confirm si wanita jatuh hati dan suka. Handsome dan berduit itu bonus. Sebab kalau handsome dan berduit tapi menyakitkan hati tak guna jugakkan. So, korang yang lelaki kalau jumpa wanita yang korang suka dan mahu si dia pun suka korang balik, pastikan korang miliki 20 perkara ini. Confirm si dia akan cair dengan korang.In sha Allah.  

Lelaki Yang Memiliki 20 Perkara Ini Bikin Hati Wanita Cair

Lelaki Yang Memiliki 20 Perkara Ini Bikin Hati Wanita Cair, sifat lelaki, sifat lelaki yang paling wanita suka, sifat-sifat lelaki yang gadis suka, sifat-sifat crush wanita, lelaki, sifat-sifat lelaki yang wanita cair, lelaki-lelaki seperti ini di sukai oleh wanita, lelaki idaman, lelaki hensem, sifat lelaki yang didambakan oleh wanita, ciri-ciri lelaki idaman wanita, ciri-ciri suami idaman, lelaki idaman, hot guy, lelaki hangat, lelaki kacak, ciri-ciri lelaki idaman, ciri-ciri lelaki idaman wanita, lelaki hot,
Lelaki Yang Memiliki 20 sifat Ini Bikin Hati Wanita Cair


#1 Penyayang Dan Pengasih

Sifat penyayang dan pengasih lelaki menjadi tarikan utama wanita. Yelah siapa yang taknak lelaki bersifat penyayang dan pengasih. Kalau boleh yang sentiasa tunjukkan perasaan kasih dan sayang tu. Jangan simpan sebab perempuan tak pandai baca. Perempuan lebih suka lelaki zahirkan perasaan tersebut. 


#2 Romantis

"Bestnya kalau aku dapat pasangan yang romantis camtu". Itu antara ayat-ayat wanita kepada bff dia. Nak pikat wanita kenalah romantis. Romantis bukan saja dari segi sentuhan, ia juga bermakna menghargai pasangan dan mengingati tarikh-tarikh penting pasangan tersebut. Contohnya, penghargaan ketika pasangan melahirkan anak, hari lahir dan lain-lain lagi. 


#3 Pembersih

Pembersih ni selalu ada pada lelaki yang bersifat metroseksual. Bukan hanya diri dan pakaian yang bersih tapi juga tempat tinggal. Kalau tempat tinggal pun tak bersih macam mana korang declare diri korang bersih. 


#4 Pengemas

Pengemas antara sifat yang selalu tenggelam dalam lelaki. Mungkin dan terbiasa sebab semua telah diuruskan oleh ibu ketika bujang dan oleh isteri setelah berkahwin. Kalau korang nak tak tahu, bila tiada sifat pengemas inilah yang menyebabkan isteri letih dan lelah menguruskan rumahtangga. Lelaki patut tunjukkan sifat ini dan amalkan ketika masih bujang agar tidak kekok apabila berumahtangga. 


#5 Ringan Tulang

Lelaki ringan tulang atau rajin sentiasa menjadi idaman wanita. Bukan apa, kebanyakkan lelaki melayu tidak suka membantu wanita terutamanya hal-hal urusan rumahtangga. Malah ada yang biarkan isteri membeli belah dan mengangkat barang seorang diri. Mana sifat budiman dan ringan tulang korang? Kudrat korang lagi kuat dari wanita kot.


#6 Bertanggungjawab

Eh, kitaorang sangat bertanggungjawab tau! Sure ke? Cer check berapa ramai kes penceraian yang anak-anak tidak mendapat nafkah dari bapa? Banyak tau. Itu kes yang bercerai.

Banyak juga kes yang mana pasangan tidak pernah mendapat nafkah sebab suami kata dia telah sediakan tempat tinggal dan makan. Pakaian setahun sekali beli.. Cukup ke? Tak sebenarnya sebab isteri ni ada kehendak dan keperluan dia sendiri. Bila kerap meminta dikatakan tidak bersyukur. Last-last jadilah isteri yang tak pandai urus diri sendiri dan semakin hodoh di mata suami. 

So, Bertanggungjawab disini adalah korang memastikan segalanya lengkap dan mencukupi termasuk nafkah kepada anak isteri, serta bertanggungjawab kepada keluarga sendiri dan isteri. Kalau rasa tak boleh nak bertanggungjawab, jangan kahwin lagi. 


#7 Beriman

Paling penting dalam penentu sesebuah perhubungan kerana lelaki adalah imam dan ketua dalam sesebuah keluarga. Tanpa iman, hala tuju dan keluarga menjadi kucar kacir. Dari sini jugalah wujud masalah sosial.

So, lelaki sebelum pinang anak dara orang, pastikan ilmu asas penuh didada. Bukan mencari ustaz tapi cukuplah yang cukup solat sehari semalam dan tahu membaca Al-Quran.


#8 Bekerjaya

Yang ni pun penting sebab kalau tak macam mana korang nak sara dan beri nafkah secukupnya kepada isteri korang. Kerjaya tak tinggi takpa, janji korang rajin berusaha.


#9 Berdikari

Lelaki wajib pandai berdikari sebab lately ni banyak lelaki yang tak pandai berdikari hatta pinggan sebiji pun tal reti basuh. Malu la weiii.. Yang makan tu korang juga.


#10 Berpendidikan Tinggi

Lelaki WAJIB belajar setinggi yang boleh sebab korang adalah khalifah dimuka bumi dan juga tanggungjawab korang kepada isteri, anak dan ibu bapa. Banyak dan berat.

Kalau tak mampu balajar tinggi, mantapkan diri korang dalam bidang kemahiran sehingga ia menjadi satu kerjaya.

Lagi satu, lelaki yang berpendidikan tinggi ni ada aura tersendiri. Betul tak wanita sekalian?


#11 Peka Dan Memahami

Selalu terbaca di page KRT yang suami selalu biarkan isteri merajuk tanpa di pujuk. Ketidakpekaan korang menyebabkan hati isteri jadi keras dan hilang hormat kat korang. Menjadi peka bukan bermakna korang takut atau kena queen contol tapi ia adalah salah satu penguat sebuah perhubungan.


#12 Soft Spoken

Wanita suka lelaki yang cakap dengan nada lembut bukan nada yang dibuat-buat yer . Just soft spoken.


#13  Stylo

Wanita juga suka dengan lelaki yang stylo dimana pandai menggayakan pakaian mengikut majlis. Lelaki jenis ni ada aura disebabkan ketrampilan tersendiri.


#14 Tidak Merokok

Susah nak jumla lelaki yang tak merokok. Yang dah merokok tu boleh tak berhenti demi orang yang tersayang.

Lelaki yang tak merokok lebih di sukai kerana pandai menjaga kesihatan diri dan orang sekeliling. Bila tidak merokok bau badan pun lebih wangi.


#15 Berfikiran Matang

Jangan salahkan wanita muda mencari lelaki lebih berusia kerana lelaki yang berusia ni lebih matang dan bijak menjaga hubungan. Susah nak jumpa lelaki yang matang fikirannya ketika usia muda.

So, lelaki perlu berfikiran matang dalam membuat keputusan untuk hubungan kekal sehingga ke akhir hayat.


#16 Kreatif

Lelaki kreatif sangat disukai oleh wanita kerana lelaki kreatif bijak menceriakan suasana. Yelah wanita mana yang tak mahu lelaki kreatif kerana lelaki kreatif ni umpama penyelamat wanita disaat-saat kritikal.


#17 Pandai Memasak

Lelaki sebenarnya punya rasa yang sangat baik dalam memasak sebab itulah ramai chef dan tukang masak kenduri adalah lelaki. Sedap walaupun simple. 


#18 Setia

Susah tau nak cari yang setia. Sekarang ni muka biasa-biasa pun tak setia. So, lelaki patut belajar setia pada yang satu sebab wanita memang suka dan admire pada lelaki yang setia. 


#19 Tidak Baran

Perangai lelaki yang ini paling wanita takut sebab salah cakap sikit jer kena marah, buat salah sikit kena pukul. Buang sifat baran dengan perbanyakkan istighfar ketika marah. 


#20 Lucu Dan Suka Mengusik

Lelaki kena ada sifat ni barulah perhubungan penuh dengan gelak ketawa. Takkan serius memanjang ja... 

1 comment: