Isteri Jangan Jadi Penyebab Suami Mencari Yang Lain - Cahaya Hayati

14 Jan 2020

Isteri Jangan Jadi Penyebab Suami Mencari Yang Lain

Isteri Jangan Jadi Penyebab Suami Mencari Yang Lain. Impian seorang isteri adalah untuk hidup susah dan senang dengan suami yakni orang yang paling disayangi dan dicintai selepas Allah. Saling cinta mencintai dan sayang menyayangi yang ikhlas. Kekayaan, kemewahan dan kejayaan adalah bonus. Siapa yang tak nak senang dan mewah serta mempunyai nama dalam masyarakat. Tapi banyak perkahwinan yang di uji. Saling tuding jari menunjuk siapa yang salah. Malah tanpa rasa malu membuka aib di media sosial sampai habis terbuka. Siapa yang malu? Fikir-fikirkan lah...



Namun, kadang kala wanita atau isteri ni tak sedar mereka adalah punca kepada suami beralih arah kepada yang lain. Bukan menunding jari kepada wanita sebab CH juga wanita yang bergelar isteri, malah ibu kepada anak-anak. CH nak ajak semua wanita untuk tidak menjadi penyebab suami mencari yang lain. So, inilah antara kesalahan yang sering wanita tak sedar tetapi sangat di rasai oleh para suami... 

Isteri Jangan Jadi Penyebab Suami Mencari Yang Lain


1. Tidak Berdandan Ketika Dirumah

Ramai isteri tak suka berdandan ketika dirumah. Rimas dan malas sebab tak ke mana pun. Just duduk rumah dan buat kerja rumah yang berpeluh-peluh. Suka pakai baju kelawar, tak pun baju serupa macam bibik dah. Korang selesa tapi tang mana yang menarik di mata suami? Cer habaq? 

Baju kelawar dan baju T-shirt lusuh tu korang boleh ambil dan letak dalam plastik sampah. Haramkan terus pemakaiannya. Mulakan pakai baju T-shirt yang cantik, ada cutting dan sedikit seksi. Jangan lupa solekan diwajah. Untuk siapa? Untuk suami juga dan barulah seronok mata suami memandang. Suami pun asyik lekat di rumah. 



Untuk tidur pula, korang jangan tidur pakai baju yang korang pakai depan anak-anak. Baju dibilik tidur yang lain pula yer. Yang lagi seksi dan menarik. Cutting body dah tak menarik, jangan rendah diri sebab yang tidur sebelah tu suami korang juga. Korang nak tahu tak? Pemilihan pemakaian juga menjadi motivasi kepada kita untuk mempunyai dan mengekalkan bentuk badan yang menarik. Sooooo, kalau rasa dah tak menarik, start la berdiet, bersenam dan bersolek. . 


2. Perubahan Fizikal

Ada suami yang tak suka isteri berisi atau gemuk. Ramai para isteri berisi atau menjadi gemuk selepas melahirkan. Cara makan yang sama, malah buat kerja yang sama tapi kenapa badan boleh naik? Ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon dan metabolisme yang rendah. So, jangan asyik bagi alasan berisi/gemuk sebab lahirkan anak sebab ada 1001 cara untuk kekal ramping, sihat dan menarik. 



Kalau mampu, korang boleh ke gym atau pun join mana-mana kelas zumba yang berbayar dan mempunyai tenaga pengajar terlatih. Bagi yang tak mampu, korang start diet dan lakukan joging atau walking sekitar kawasan perumahan korang. Jimat dan sihat. 


3. Bau Badan

Korang rasa badan korang berbau tak? Tak, badan takde bau. Confirm ke badan tak ada bau? Balik dan tanya suami korang. Wanita ni kadang-kadang tak sedar badan sendiri berbau. Pelik tapi benar. Oleh itu, isteri disarankan kerap mandi dan tukar baju terutamanya selepas memasak dan membersihkan rumah. Jangan lupa juga pakai perfume dan deodorant. Barulah wangi.


4. Sifat Malas Melampau

Setiap orang ada sifat malas sendiri tapi janganlah melampau sangat sampai rumah tak berkemas, tong sampah berulat, singki penuh pinggan mangkuk, baju bertimbun tak basuh dan banyak lagi lah. Suami ni balik kerja, penat dan dia tak suka tengok perkara menyemakkan mata dan fikiran dia. Jadi senangkanlah hati suami dengan pastikan rumah berkemas, bersih dan wangi. 

Confirm ada yang kata, tak kerja boleh la buat. Betul ke? Cer pergi rumah isteri tak bekerja dengan isteri yang bekerja yang kita kenal. Ada perbezaan? Confirm ada. Kadang-kadang isteri yang bekerja rumah lebih kemas teratur. Kenapa? Sebab dia pandai urus, dia rajin dan dia tahu cara mudah. Minta tips dan perlahan-lahan belajar untuk urus rumahtangga kita dengan baik.


5. Ego, Suka Melawan Dan Bersifat Panas Baran

Kalau isteri tak suka suami yang ego dan panas baran, suami pun begitu juga. Suami tak suka isteri yang ego, suka melawan dan bersifat panas baran. Tegur sikit, menjawab lebih siap dengan pakej tinggi suara. Tegur sikit, buat muka. Suami nasihat sikit, terus sentap. Yang suami mahu, kita dengar dan ikut apa yang dinasihat. Yang suami mahu dengar adalah kata maaf dari isteri... 


Isteri pula, turunkan sedikit ego. Minta maaf dikala ditegur. Jangan terus menjawab. Biar suami sejuk dulu, then pujuk dan ceritakan perkara sebenar. In sha Allah suami boleh faham dan terima... Hati kita pun tenang. 


6. Tidak Manja Dan Tak Suka Dipeluk

Masa bercinta atau berdua dulu, isteri ni bukan main lagi manja dan suka di peluk. Dah bertahun-tahun kahwin dan ada anak, sifat manja dah hilang. Nak peluk dah tak boleh sebab panas dan rimas. Habis tu, suami nak manja dan peluk siapa? Jeng jeng... 

Kalau rumah korang panas, mintalah suami belikan aircond supaya sentiasa sejuk. Bila dah sejuk, rasa panas dan rimas tu dah hilang. Korang juga yang untung sebab tidur malam ber'aircond'. 

Sifat manja korang yang ada dari bercinta dan sebelum kahwin tu, korang kekalkan sebab barulah suami rasa isteri tak boleh buat kalau suami tak ada. Isteri nak pergi mana pun biarlah suami yang temankan. Manja untuk kebaikkan..

7. Tidak Sporting

Jangan kongkong suami. Sesekali kita biarlah suami keluar dan buat aktiviti yang dia suka dengan kawan-kawannya.. 


8. Tidak Hiraukan Pasangan Dan Kurang Beri Perhatian

Ada ke isteri tak hiraukan dan beri perhatian kepada pasangannya?  Ada jer dan cuma kita tak pernah nampak dan bertemu dengan isteri sebegitu. Bagaimana yang dikatakan isteri tak hirau dan beri perhatian kepada suami? Contohnya, kalau isteri pulang ke rumah ibu bapa isteri, isteri biarkan suami urus diri sendiri malah tak call dan tanya keadaan suami...

Contoh kedua pula, isteri tak pernah tanya suami nak minum atau makan apa? Malah tak masak atau bancuh minuman bagi. Kau nak makan, nak minum pandai-pandailah cari atau buat sendiri. Bagus ke perangai macam tu? Kalau hari-hari, suami pun rasa baik tak perlu ada isteri.... 


9. Kurang Komunikasi Dan Banyak Pendam Perasaan

Nampak biasa tapi sebenarnya komunikasi dan luahan perasaan adalah perkara paling utama dalam sesuatu perhubungan. Tanpa komunikasi kita jadi salah faham, tanpa komunikasi perkara kecil jadi besar, tanpa komunikasi ada perasaan terpendam yang akan meletup. 

So, ubah sifat pendam korang kepada perbincangan dua hala. Tanya dia apa yang perlu isteri buat untuk sesuatu masalah. Pandangan suami penting supaya apa  yang berlaku pada masa depan, isteri tak disalahkan. 


10. Terlampau Sibuk Bekerja

Ada isteri yang bercita-cita tinggi. Kalau boleh nak menjawat jawatan paling tinggi dalam organisasi. Bila  dah berjawatan tinggi, kita akan sibuk bekerja. Suami? Dah kena bermadu dengan kerja. Bila dah kena bermadu dengan kerja, suami pun mula sibuk cari madu kat isteri.. Nak ke? Kerja tapi berpada-padalah... 


11. Permintaan Yang Melampau

Meminta-minta kepada suami itu perlu tapi janganlah melampau sampai diluar kemampuan dia. Bila kita mengada-ngan minta yang diluar kemampuan, suami akan rasa tertekan dan tidak bahagia di rumah. Tak bahagia di rumah, suami akan sibuk cari kebahagian di luar.. Terima suami seadanya dan hargai apa saja pemberiannya.



12. Cemburu Buta Dan Kurang Percaya Kepada Pasangan 

Cemburu itu boleh tapi jangan cemburu buta. Cemburu buta boleh menjejaskan hubungan suami isteri sebab bila cemburu kita akan fikir apa dan dengan siapa suami kita berhubung, berbual atau keluar lunch. Ini akan menjadi punca pertengkaran... Bila dah asyik bertengkar dan tak percaya, suami mana tak rimas. Bila dah rimas dan asyik kena tuduh perkara yang tak buat, baik dia buat terus... 

Nampak kan perkara yang isteri rasa biasa dan remeh ini adalah penyebab utama suami mencari yang lain. Ubahlah sebelum terlambat.. 

2 comments:

  1. Betul la tu...kalau tak jaga semua tu sure laki lari or laki kena sondol ngan awek muda..yang muda sekarang suka lelaki dah berkeluarga

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Berubah ke arah kebaikan, kan 😁

    ReplyDelete