Novel Coronavirus (2019-nCoV) | Langkah-Langkah Pencegahan Dan Panduan Perjalanan Ke Luar Negara - Cahaya Hayati

30 Jan 2020

Novel Coronavirus (2019-nCoV) | Langkah-Langkah Pencegahan Dan Panduan Perjalanan Ke Luar Negara

Novel Coronavirus (2019-nCoV) | Langkah-Langkah Pencegahan Dan Panduan Perjalanan Ke Luar Negara. Sejak 2 minggu lalu, Malaysia gempar dengan Novel Coronavirus (2019-nCoV) dimana ia telah berleluasa sehingga 10 buah negara dan menyebabkan 100 kematian di negara China. Bahkan di Malaysia sendiri telah sahkan 7 pelawat dari China menjangkiti virus tersebut dan dikuarantin di hospital.

Novel Coronavirus (2019-nCoV)
Novel Coronavirus (2019-nCoV)

Virus atau wabak ini berpunca dari binatang eksotik yang dijual dan dimakan oleh penduduk tempatan Wuhan, China. Penyebaran wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) berlaku dari binatang kepada manusia. Pegawai kesihatan China juga telah mengenalpasti Pasar Huanan Seafood yang terletak di tengah bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak. Di pasar tersebut terdapat pelbagai haiwan eksotik yang di jual antaranya adalah ular, buaya, kelawar, tikus, anjing dan banyak lagi.

Novel Coronavirus (2019-nCoV) | Langkah-Langkah Pencegahan Dan Panduan Perjalanan Ke Luar Negara


Dinyatakan sekali lagi yang virus Corona ini masih belum ada penawar walaupun telah tular dalam media sosial yang menyatakan ada seorang pesakit virus Corona telah sembuh dengan menggunakan ubatan untuk pesakit aids dan kanser. So, disini korang boleh bayangkan betapa kuatnya virus ini dan hanya seorang saja yang pulih. Lain? Masih dalam rawatan yang tak pasti lagi.

Di Malaysia sendiri, lokasi-lokasi yang menerima pelawat dari China seperti lapangan terbang telah sanitizer atau membersihkan tempat tersebut bagi mengelakkan virus ini dari menular sepertimana Movie Flu. Bagi yang belum pernah tengok, better korang tengok dan korang boleh bayangkan situasi tersebut di Wuhan...

Novel Coronavirus (2019-nCoV) adalah famili virus corona yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema sehingga penyakit yang lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. Ia dinamakan  Novel Coronavirus (2019-nCoV) kerana merujuk kepada spesis baru yang belum pernah temui oleh manusia.

Novel Coronavirus (2019-nCoV), novel Coronavirus, CoV, 2019-nCoV, maksud novel corona virus,  Langkah-Langkah Pencegahan Corona Virus, cara mengelak dari jangkitan virus corona, cara mencegah jangkitan virus corona, tempat bermulanya virus corona, dimana virus corona di jumpai, akibat dari jangkitan virus corona, apa itu virus corona, bagaimana virus corona berjangkit, ubat virus corona, ubat coronavirus, coronavirus medicine,
Novel Coronavirus (2019-nCoV) | Langkah-Langkah Pencegahan Dan Panduan Perjalanan Ke Luar Negara

So, ini adalah langkah-langkah pencegahan (sarana WHO) yang boleh kita ambil untuk memastikan kita dan ahli keluarga tidak dijangkiti virus tersebut.

  • Mengamalkan tahap kebersihan diri yang maksimum seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer. 
  • Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk serta menggunakan face mask apabila mengunjungi tempat yang sesak dan ramai orang. 
  • Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang mempunyai simptom atau gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk dan selesema. 
  • Dapatkan rawatan di klinik atau hospital jika anda demam, batuk dan selesema yang teruk.
  • Masak makanan dengan betul dan jangan beli makanan dari premis yang tidak menjaga kebersihan. Elakkan juga dari makan makanan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna. 
  • Jika melakukan perjalanan ke luar negara dan negara tersebut adalah negara yang telah menular virus ini, elakkan dari melawat ladang ternakan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat penyembelihan haiwan dan menyentuh sebarang haiwan.  
  • Jika dalam tempoh 14 hari selepas balik dari luarnegara dan anda mempunyai simptom seperti demam, batuk dan selesema, segeralah membuat pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan dan hospital yang berdekatan. 

Walaubagaimanapun bagi yang travel disebabkan kerja, korang boleh berbincang dengan penyelia untuk menangguhkan perjalanan sehingga  pengumuman selanjutnya. Jika terpaksa pergi juga, mohon patuhi langkah pencegahan yang disarankan oleh WHO dan syarikat perlu tanggung sepenuhnya kos rawatan ketika anda dijangkiti virus ini ketika berada di luarnegara. 

Semoga kita semua selamat dari virus Corona ini. 


1 comment:

  1. Moga kita semua dilindungi dari virus yang tiada penawar lagi ini

    ReplyDelete