Khasiat Mengamalkan Buah Lemon Setiap Hari - Cahaya Hayati

21 Jan 2020

Khasiat Mengamalkan Buah Lemon Setiap Hari

Khasiat Mengamalkan Buah Lemon Setiap Hari. Bila sebut lemon pasti korang terbayang air lemon atau teh o lemon sejuk yang sedap lagi berkhasiat. Selain itu, lemon juga kaya dengan vitamin C dan mampu merawat pelbagai penyakit yang timbul akibat kurang vitamin C seperti gusi berdarah. Selain dari merawat penyakit akibat kurang Vitamin C, lemon juga mempunyai khasiat yang lain. Antaranya adalah seperti dibawah.

Khasiat Mengamalkan Buah Lemon Setiap Hari


Lemon, khasiat lemon, buah lemon, khasiat buah lemon, khasiat mengambil buah lemon setiap hari, khasiat mengamalkan buah lemon, khasiat mengamalkan buah lemon setiap hari, kebaikkan lemon,khasiat lemon untuk kuruskan badan, cara mudah kuruskan badan dengan lemon, khasiat-khasiat lemon, kebaikkan lemon, kebaikkan lemon kepada tubuh badan, kebaikkan lemon untuk kesihatan, fungsi lemon dalam kesihatan, fungsi lemon, fungsi-fungsi lemon, lemon dalam kesihatan, kebaikkan minum air lemon, khasiat minum air lemon setiap hari, Khasiat Mengamalkan Buah Lemon Setiap Hari
khasiat lemon

  • Menstabilkan pH Badan

Baru tahu yang lemon boleh menghasilkan alkali walaupun sebenarnya ia berasid. Jadi untuk seimbangkan badan yang berasid, kita perlukan alkali. Dengan mengamalkan lemon, kita dapat menghasilkan alkali semulajadi. Jom sihatkan badan dengan amalkan air lemon setiap hari. 


  • Melegakan Demam Dan Selsema

Lemon kaya dengan vitamin C. Untuk melegakan demam, beberapa titik jus lemon bersama air suam sudah mencukupi. Anda tidak perlu untuk ke klinik dan hospital sebenarnya. Lakukan rutin ini setiap dua jam sehingga sembuh. Lemon sebenarnya boleh meningkatkan tahap penyerapan di dalam badan. Namun, jika demam dan selsema masih belum sembuh, segeralah berjumpa dengan doktor.


  • Legakan Sistem Pencernaan

Lemon boleh mempercepatkan proses pencernaan dengan membanyakan penghasilan air liur dan asid perut. Hanya beberapa titis air lemon boleh mengatasi masalah pencernaan.


  • Membantu Untuk Menurunkan Berat Badan

Jika sedang berdiet, amat elok amalkan pengambilan buah lemon kerana lemon membantu mengeluarkan toksik dalam badan dan memberi tenaga. Selain itu, lemon juga rendah kalori selain tiada lemak dan kolesterol. Nak cepat turun berat badan, amalkan lemon setiap hari.


  • Membunuh Parasit
Parasit seperti cacing dalam perut amat susah di buang kerana keadaan perut kita yang berasid. Jadi untuk memusnahkannya adalah mengalkalikan asid perut ssekaligus mematikan parasit tersebut. Seperti yang kita tahu, lemon boleh menghasilkan alkali semulajadi. Maka, hanya makan dan minum air perahan lemon itu untuk membunuh parasit!

  • Memperbaiki Sistem Pernafasan Anda

Baru tahu yang lemon boleh mengatasi masalah mulut berbau, masalah pernafasan dan dengkur. Tapi bagaimana? Apabila anda mempunyai masalah gigi, jangan lupa untuk letakkan perahan lemon untuk mengurangkan kesakitan.

Lemon juga boleh menghentikan pendarahan bagi gusi yang berdarah. Hanya urut gusi anda perlahan lahan dengan air perahan lemon dan bakteria akan menjauhi gigi anda.


  • Memutihkan Gigi

Tahukah anda dengan mencampurkan jus lemon dengan baking soda ia dapat memutihkan gigi setanding dengan produk pemutihan gigi yang mahal. Boleh google cara menghasilkan campuran ini. Tapi awas jangan guna terlalu lama dan kerap kerana ia boleh menghakiskan enamel anda. 


  • Meningkatkan Daya Fokus Anda

Dalam kajian yang pernah dilakukan, minyak lemon mempunyai bau yang menenangkan dan mampu meningkatkan fokus seseorang selepas menghidu bau tersebut. Hebatnya!


  • Memperbaiki Kulit Yang Terkupas

Vitamin c dalam lemon boleh mengstimulasikan kulit anda agar kelihatan mulus. Cubalah menggunakan lemon sebagai skrub muka sekali seminggu. Muka anda akan kelihatanlebih sihat dan muda selepas itu!


  • Merawat Masalah Jerawat

Jerawat? Jangan risau. Sebaliknya, ambil kapas dan perah lemon keatasnya. Lekapkan kapas tersebut di tempat jerawat dan biarkan ia semalaman. Keesokkannya, lakukan rutin penjagaan muka seperti biasa. 

Ulangi langkah tersebut sehingga jerawat tiada. Mudah dan jimat!


  • Membuatkan Muka Anda Lebih Berseri

Vitamin C yang terkandung dalam lemon boleh menjadikan kulit lebih cerah, mulus dan berseri. Yang pasti anda boleh jadikkannya sebagai scrub, masker dan juga ejen pengelupasan yang boleh memberi hasil kulit yang cantik dan berseri. Hanya perlu google untuk ketahui caranya. 


  • Menjauhkan Serangga

Hanya campurkan lemon dengan minyak yang sesuai seperti minyak bunga matahari ataupun minyak zaitun. Letakkan ia dalam botol penyembur dan gunakan. Semudah itu dan serangga tidak akan datang menggangu anda lagi!


  • Detox Hati Anda

Lemon yang kaya dengan anti oksida berupaya untuk meningkatkan keupayaan hati dan buah pinggang anda dengan membolehkan badan anda untuk detoks.

Seperti yang disebutkan di atas tadi, lemon boleh mengeluarkan toksik yang ada di badan anda menerusi air kencing. Secara tidak langsung anda akan berasa lebih segar dan bertenaga daripada sebelum itu.


  • Merawat Tekanan Darah Tinggi

Lemon terbukti boleh mengurangkan kolesterol dalam darah. Jika anda mengambil lemon setiap hari lemon secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan darah tinggi anda dan vitamin p yang ada di dalam lemon akan membantu untuk menguatkan saluran darah.


  • Mengurangkan Kesakitan & Menghilangkan Urat-Urat Yang Ketara

Bukan perahan lemon saja yang berkuasa, minyak lemon juga berkuasa kerana dengan sapuan minyak lemon, kita dapat mengurangkan kesakitakan dan menghilangkan urat-urat yang ketara timbul. 

Lakukan secara kerap dan anda akan nampak perubahannya.


  • Melawan Masalah Kelemumur
Hanya letakkan jus perahan lemon bersama minyak kelapa ke atas kepala anda untuk membuat mask rambut. Bahan bahan ini akan membantu untuk melembabkan kulit kepala anda sekali gus menghilangkan kelimumur anda. Mudahkan? Tapi awas jangan kerap sebab ia boleh menipiskan rambut anda. Berpada-padalah!


  • Merawat Masalah Batuk 
Ramai yang dah mencuba dan berjaya. Caranya dengan hanya merendam hirisan nipis lemon dalam madu dan dibiarkan semalaman sebelum mengambilnya. Hanya sesudu besar setiap 4 jam, mampu melegakan batuk dan kahak. Cubalah!

Lemon, nampak saja kecil tapi banyak khasiatnya. Jom kita cuba cara semujadi yang sihat dan menjimatkan ini. 


2 comments: