Tips kekal Sihat Di Musim Panas. Hi Korang! Seminggu ni memang terasa panas dan kering. Tambah-tambah lagi apabila keluar dari rumah. Pokok bunga yang sebelum ni menghijau pun dah jadi layu dan kuning daunnya. Kiranya memang panas sungguh. Jadinya kita kena lebih menjaga kesihatan kerana cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia dimana dia boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan pada tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut. Contohnya strok haba.
Add caption |
Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Namun ada kumpulan yang lebih berisiko iaitu:-
- Mereka yang terbabit dalan kegiatan aktiviti fizikal diluar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
- Orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda.
- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
- Penghidap penyakit sistem pernafasan.
- Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiriod.
Mereka ini lebih berisiko jika memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar semasa penyejatan atau pengeringan peluh.
Antara gejala-gejala yang terjadi apabila cuaca panas melampau adalah:-
- Sakit kepala
- Keletihan
- Lemah tumpuan
- Pening
- Lemah Otot-otot atau kekejangan
- Mual dan muntah
Walaubagaimanapun keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma). Jadinya sebelum terjadinya gejala-gejala diatas dan untuk kekal sihat, kita ikut nasihat dari kementerian kesihatan untuk kekal sihat di musim panas.
Tips kekal Sihat Di Musim Panas
Tips kekal Sihat Di Musim Panas |
- Hadkan Aktiviti Fizikal
Elakkan aktiviti fizikal dan lasak. Lakukannya pada waktu pagi atau malam kerana aktiviti fizikal meningkatkan pembakaran tenaga, menjana haba yang banyak dan meningkatkan suhu badan.
- Banyakkan Minum Air Kosong
Ganda dan kerapkan minum air. Jangan tunggu sehingga terasa dahaga atau bibir menjadi kering. Pastikan minum lebih 8 gelas sehari. Jika lakukan aktiviti fizikal, minum air 200ml setiap 15 atau 20 minit. Tahap dehidrasi yang baik sangat penting bagi mengekalkan suhu badan normal ketika cuaca panas.
- Optimakan Proses Nyah Haba
Banyakkan berada di persekitaran yang lebih sejuk dan teduh. Antaranya, lebihkan masa dalam bangunan, kerap mandi, lembapkan badan dan hidupkan kipas.
- Minum Minuman Isotonik
Digalakkan minum minuman isotonik ketika cuaca panas bagi menggantikan garam dan mineral yang hilang ketika berpeluh.
- Hadkan Aktiviti Luar & Lasak
Boleh buat tapi hadkan agar kesihatan korang sentiasa baik dan korang sentiasa sihat.
- Makan Buah-Buahan
Banyakkan makan buah-buahan berjus kerana ia baik bagi hidrasi badan.
- Pakai Payung/Topi Bila Berada Dibawah Sinaran Matahari
Singkatkan tempoh berada di bawah sinaran matahari.
- Kurangkan Minuman Berkafien/ Alkohol/ Manis
Minum minuman berkafien/ Alkohol / Manis boleh menggalakkan kehilangan air dari badan.
- Pilih Pakaian Berwarna Terang, Ringan Dan Longgar
Jenis pakaian membantu proses penyerapan dan nyah haba.
Dah tahukan? Jom kita utamakan kesihatan diri dan keluarga...
No comments:
Post a Comment