Mulakan Hari Dengan Kebaikkan Susu Dutch Lady - Cahaya Hayati

1 Nov 2018

Mulakan Hari Dengan Kebaikkan Susu Dutch Lady

Mulakan Hari Dengan Kebaikkan Susu Dutch Lady. Sejak remaja sehingga dewasa ini mommy semakin melupakan kebaikkan susu sebab terpesona dengan minuman berkafien yang sedap di tekak. Boleh dikatakan setiap pagi mommy memang wajib ambil minuman berkafien. Kalau tidak ambil mommy akan rasa lemah, lesu dan mengantuk. Semua itu menyebabkan mommy terus melupakan khasiat dan kebaikkan susu sehinggalah mommy mengalami sakit kaki yang agak terus dan perlu jumpa pakar tulang. Setelah di analisis mommy mengalami osteoporosis. Sejak dari itulah mommy mula mengamalkan minum susu balik. Alhamdulillah masalah sakit kaki mommy semakin baik dan struktur tulang pun makin baik. 

Apabila telah mengalami sendiri, barulah mommy percaya tentang kebaikkan susu dan perlu diambil setiap hari. Ia perlu di amalkan dari kecil. 

Permulaan Hari yang Kuat dengan Protein daripada Susu

Hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga Malaysia pada waktu sarapan untuk menyemarakkan pagi mereka bagi mengharungi cabaran sepanjang hari.

Sarapan pagi sering diabaikan kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian. 

Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita.  Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan.

Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.

"Sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun , kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat," kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.

Bagaimana susu membina keluarga yang kuat? 


Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1 kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta  memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".

"Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain2. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi," katanya.

Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan  masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita3".

"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah4," katanya.

Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

  • Protein membantu membina dan memperbaiki tisu6 supaya badan kita berfungsi dengan baik;
  • Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak6, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif;
  • Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
  • Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein6;
  • Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus6.

Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Menyahut  #DutchLadybreakfastchallenge

Walaupun minum susu tapi sejak kaki sudah baik, mommy kembali skip minum susu. Bila rasa nak minum baru minum. Jadi apabila ada Cabaran Sarapan Pagi Dutch Lady mommy pun tak lepaskan peluang untuk join sebab mommy nak pastikan mommy kembali minum susu setiap pagi sebelum memulakan hari yang sibuk serta untuk kesihatan yang lebih baik. So, jom tengok apa yang mommy ambil bersama dengan Susu Dutch Lady dalam #dutchladybreakfastchallenge....


DAY 1
Nasi Lemak Telur Rebus Sambal Ikan Bilis Dan Susu Dutch Lady Full Cream

#dutchladybreakfastchallenge , Dutch lady, dutch lady pure farm, Dutch lady Purefarm Full Cream, Cabaran sarapan pagi Dutch Lady, Mulakan Hari Dengan Kebaikkan Susu Dutch Lady

Yang sebenarnya untuk hari pertama, mommy mendapat tajaan breakfast dari Dutch Lady Malaysia. Kiranya hari pertama tu makan free lahh... hihi. Alhamdulillah, walaupun tajaan tersebut simple tapi ia adalah malaysian favorite. So memang sedap dan kenyang sampai petang... 

#dutchladybreakfastchallenge , Dutch lady, dutch lady pure farm, Dutch lady Purefarm Full Cream, Cabaran sarapan pagi Dutch Lady, Mulakan Hari Dengan Kebaikkan Susu Dutch Lady

Tajaan pertama ini adalah untuk mengajar mommy bagaimana untuk mengambil sarapan yang sihat dan kuat walaupun menu sarapan tersebut adalah sarapan rakyat malaysia. Dulu, kalau makan nasi lemak confirm akan bersama segelas kopi sebab takut mengantuk. Tapi bila mommy cuba makan nasi lemak dengan susu Dutch Lady PureFarm Full Cream ni, rupanya tak mengantuk langsung... So, sila lupakan mitos dan makan dengan sihat selepas ini. 

#dutchladybreakfastchallenge , Dutch lady, dutch lady pure farm, Dutch lady Purefarm Full Cream, Cabaran sarapan pagi Dutch Lady, Mulakan Hari Dengan Kebaikkan Susu Dutch Lady


DAY 2
Tosai Telur Dan Susu Dutch Lady Full Cream

Untuk Hari Kedua, Mommy ambil Tosai Telur bersama Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream untuk menghadapai hari yang sibuk. Walaupun tosai tu kecik saja tapi bila di ambil bersama susu Dutch Lady rasa kenyang sehingga tengahari. 

#dutchladybreakfastchallenge , Dutch lady, dutch lady pure farm, Dutch lady Purefarm Full Cream, Cabaran sarapan pagi Dutch Lady, Mulakan Hari Dengan Kebaikkan Susu Dutch Lady


DAY 3
Sandwich Telur Bayam Tomato Dan Susu Ducth Lady Full Cream

Hari ketiga baru dapat buat breakfast sendiri tapi yang simple simple sajalah. Hahaha... 2 keping roti bersama 2 biji telur yang dimasak bersama bayam dan tomato. Ala buat macam telur dadar tu cuma jangan bagi garing ja. Okayyy sedap sampai menjilat jari. Memang padanan terbaik bila bersama dengan Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream

#dutchladybreakfastchallenge , Dutch lady, dutch lady pure farm, Dutch lady Purefarm Full Cream, Cabaran sarapan pagi Dutch Lady, Mulakan Hari Dengan Kebaikkan Susu Dutch Lady


DAY 4
Nasi Lemak Kuning Sambal Sotong Dan Kopi Susu Dutch Lady Full Cream

Hari keempat rajin sikit sebab saka masak dah masuk. Hahaha.. Disebabkan anak-anak semua ada di rumah maka mommy masak nasi lemak kedah atau nasi lemak kuning dengan sambal sotong. Sooo kedahan. Tak lupa juga sorang segelas Kopi Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream. Burrrppp sampai petang sebab mommy masak pagi jerrr..hahaha.

#dutchladybreakfastchallenge , Dutch lady, dutch lady pure farm, Dutch lady Purefarm Full Cream, Cabaran sarapan pagi Dutch Lady, Mulakan Hari Dengan Kebaikkan Susu Dutch Lady


DAY 5
Susu Dutch Lady Full Cream 

Hari kelima tak sempat masak apa. Tak kisahlah sebab minum Susu Dutch Lady segelas pun dah okay. Dah boleh hadap hari yang penuh dengan tugasan. Lunch nanti baru cari yang berat sikit...

#dutchladybreakfastchallenge , Dutch lady, dutch lady pure farm, Dutch lady Purefarm Full Cream, Cabaran sarapan pagi Dutch Lady, Mulakan Hari Dengan Kebaikkan Susu Dutch Lady
Mmmmm sedapnya!

#dutchladybreakfastchallenge , Dutch lady, dutch lady pure farm, Dutch lady Purefarm Full Cream, Cabaran sarapan pagi Dutch Lady, Mulakan Hari Dengan Kebaikkan Susu Dutch Lady
Jom join #dutchladybreakfastchallenge

Dah complete #dutchladybreakfastchallenge. So, korang dah join... Jom ler join sempat lagi ni....

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my

1 comment: